Jumaat, 2 Mei 2008

Gara-gara curi besi, menara elektrik tumbang lagi


KOTA KINABALU 1 Mei - Sebuah lagi menara talian penghantaran grip elektrik berhampiran kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sepanggar dekat sini tumbang dipercayai akibat besi penyokongnya dicuri malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.35 malam itu, Menara 31 terbabit merupakan menara ketiga tumbang dalam tempoh sembilan hari selepas Menara 34 di Suang Parai, Inanam tumbang, pada 21 April lalu.

Ia diikuti dengan kejadian pada 29 April apabila seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut, manakala empat lagi cedera parah selepas menara kecemasan sementara (ERS) yang sedang dibina di Suang Parai, Inanam tumbang.

Kejadian pertama yang juga berpunca daripada perbuatan mencuri besi menyebabkan hampir dua juta penduduk Sabah bergelap antara dua hingga empat jam.

Ia berlaku berikutan talian penghantaran 132 kV antara Kayu Madang ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpelantik sehingga mengakibatkan semua stesen janakuasa SESB dan projek jana kuasa bebas (IPP) turut terpelantik akibat penurunan frekuensi

Sementara dalam kejadian malam tadi, menara yang tumbang itu berada pada talian yang sama daripada keseluruhan 39 buah menara yang merentasi talian Sungai Kuala Menggatal.

Jarak antara Menara 34 dan Menara 31 yang terletak berhampiran Sungai Kuala menggatal itu cuma kira-kira satu kilometer.

Pengarah Urusan, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir. Baharin Din berkata, siasatan mendapati kejadian malam tadi berlaku selepas lebih 60 batang besi palang penyokong menara berkenaan hilang dipercayai akibat dicuri.

Katanya, SESB telah menyedari kehilangan besi-besi palang penyokong menara berkenaan ketika membuat pemeriksaan lanjut ke atas menara-menara grip di kawasan itu selepas kejadian 21 April.

Ulasan : Kenapa penguatkuasaan begitu lemah sehingga memungkinkan kali ketiga menara elektrik tumbang? Kelmarin seorang maut dan 4 cedera. Diharap Sabah Electricity dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara ini demi kemaslahatan rakyat.


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude