Salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Saya memohon maaf kerana blog ini tidak dapat diupdate hampir 2 hari lamanya. Ini kerana saya terlibat dengan satu program di Betong.
Sebagaimana yang telah saya jelaskan dulu, Alhamdulillah dalam tempoh setahun 2 bulan saya berada di Bumi Kenyalang ini, saya telah sampai ke semua bahagian di Sarawak. Sarawak sebagaimana yang kita maklum, sebuah negeri yang terbesar di dalam negara kita. Di antara bahagian-bahagian yang terdapat di sini yang telah saya jelajahi ialah :
1) Bahagian Kuching
2) Bahagian Samarahan
3) Bahagian Sri Aman
4) Bahagian Betong
5) Bahagian Sarikei
6) Bahagian Sibu
7) Bahagian Bintulu
8) Bahagian Miri
9) Bahagian Mukah
10) Bahagian Lawas
11) Bahagian Limbang
12) Bahagian Kapit
Ternyata, banyak ilmu dan pengalaman yang saya peroleh hasil penjelajahan yang bermakna ini. Dengan etnik yang pelbagai serta lohgat bahasa yang berbeza, membuatkan Sarawak begitu unik. Dan keunikan itu boleh dilihat misalnya dalam sebuah keluarga bangsa Iban yang biasanya beragama Kristian, ada di antara ahli keluarganya yang beragama Islam, Bahai dan sebagainya. Dan apa yang penting, mereka masih mampu hidup bersama dalam suasana yang harmoni walaupun di dalam sebuah rumah. Dan mereka cukup menghormati anak-anak yang beragama Islam dengan tidak menghidangkan tuak(sejenis minuman yang memabukkan) kepada mereka.
Ingin saya berkongsi pengalaman dalam perjalanan balik ke Kuching setelah selesai program di Betong, kami singgah di sebuah rumah panjang(dirujuk kepada kediaman bangsa Iban) di Skrang (suatu tempat di antara Sri Aman dan Betong). Malang yang menimpa penduduk di rumah panjang ini apabila ia musnah dalam kebakaran pada 9 April jam 9.45 malam. Kebakaran ini memusnahkan kesemua 37 buah rumah yang ada dalam rumah panjang itu. Apa yang menyedihkan ialah bantuan yang dipohon lambat sampai dan boleh saya catatkan seperti berikut :
a) Talian kecemasan 999 yang berpusat di Kuala Lumpur, tidak dapat mengenalpasti lokasi kejadian (Rumah Tuai Mani Plasok, Skrang – sempadan di antara Sri Aman dan Betong, lalu menganggapnya sebagai panggilan palsu, kerana merasakan pemanggil cuba mempermainkannya dan menganggap tempat itu di Bentong, Pahang.
b) Pasukan Bomba dan Penyelamat hanya sampai ke rumah panjang itu pada jam 10.15 malam akibat kelewatan mendapat maklumat. Sebelum itu, masih ada 4 buah rumah yang boleh diselamatkan jika pasukan bomba cepat sampai. Apabila hendak memadamkan kebakaran, tekanan air rendah dan air yang dipancut begitu halus. Usaha untuk mendapatkan air dari sungai yang terdekat menemui kegagalan, bila mana hos air pendek dan tidak sampai untuk memadamkan kebakaran.
c) Sebuah kereta ambulans tiba dan stafnya masih boleh bertanya kepada penduduk yang sedang panik kerana rumah mereka yang terbakar, jika ada sesiapa yang tercedera. Saya yakin kakitangan pasukan kecemasan yang terlatih dalam semua keadaan, akan bergegas menyelamatkan mereka yang tercedera dengan insiatif sendiri.
d) Polis tidak meletakkan kon kecemasan di jalan utama dan mengawal lalulintas, sedangkan masih banyak kenderaan yang laju kerana rumah panjang itu terletak selepas selekoh. Dan ini menyebakan kemalangan hampir berlaku.
Setelah saya menilai situasi di atas, saya bertanya mengapa begitu sekali keadaan yang berlaku. Di mana kecekapan kakitangan awam yang digembar-gemburkan selama ini? Mengapa suratkhabar tidak melaporkan kisah yang sebenar di sebalik kebakaran yang mengorbankan seorang nyawa ini? Dan apa yang membuatkan saya dan sahabat saya tersentuh ialah, bila mengetahui terdapat beberpa orang muallaf di dalam komuniti rumah panjang ini.
Setelah saya berbincang dengan beberapa orang sahabat, maka usaha mendapatkan bantuan sekadar yang termampu digerakkan. Di saat ini, saya mula memahami bahawa apabila sesuatu musibah berlaku, mubaligh Kristian yang akan sampai terlebih dahulu. Dengan bantuan dan belaian yang penuh kasih sayang (walaupun terdapat tipu muslihat), tidak mustahil seorang Muslim yang kehilangan harta benda dan nyawa orang tersayang, boleh menukar aqidah mereka kerana betapa mereka(Mubaligh Kristian) mengambil berat kebajikan mangsa musibah.
Begitu jugalah Islam boleh menunjukkan dakwah bil hal, jika para daie sanggup untuk memberikan bantuan walaupun mangsa musibah itu non-Muslim. Dan di sinilah kekuatan watak Islam yang mementingkan kebajikan umat manusia. Malangnya, tidak ramai yang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk membantu mereka yang berada dalam penuh kesedihan dan kejutan kerana mengalami musibah yang tidak disangka.
Apaila saya sampai di Kuching, saya memberitahu hal ini di masjid yang saya mengajar. Alhamdulillah, sebuah masjid di pinggir Kuching menyahut seruan kebajikan ini, dengan ahli jemaahnya mendermakan pakaian terpakai hampir 30 kotak. Dan ada sekumpulan ahli jemaah di masjid taman yang saya tinggal, bersetuju untuk berkonvoi menziarahi mangsa kebakaran di samping menyampaikan bantuan sekadar yang ada.
Dan syukur kepada Allah, setelah hampir 2 minggu kejadian ini berlalu, pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, kami dapat meyampaikan bantuan dari sahabat di Kuching. Saya juga tidak menyangka bila rombongan kami diiringi oleh polis peronda dan disertai oleh Ketua Balai Polis Betong, Penghulu Bahagian Betong dan Pengerusi Lembaga Amanah Melayu Betong, sedangkan kami hanya sekadar menyampaikan bantuan. Dalam majlis yang ringkas, saya mewakili ahli rombongan dari Kuching(4 jam perjalanan ke Betong) berharap agar semua mangsa bersabar dan berharap agar bantuan dari pihak lain akan tiba dengan segera demi meringankan beban yang ditanggung. Dan wakil Tuai Rumah ; walaupun non-Muslim (berbangsa Iban) menyatakan ucapan terima kasih mereka kepada kami di atas bantuan yang diberikan. Dalam hal ini, saya terkenang sebuah hadith Rasulullah saw, bahawa “ Aku bersumpah orang yag menginfaqkan hartanya di jalan Allah, tidak akan miskin”. Benar kata Nabi saw, dan saya dapat menikmati kebenaran sabda junjungan yag mulia itu.
Di dalam hati kecil saya sewaktu sampai di rumah panjang itu pada pagi Ahad lepas, menginsafkan saya ; di kala kita di rumah pada pagi Ahad mungkin ada yang sedang sedap berdengkur dan seronok menarik selimut, mereka pula bertungkus lumus masuk ke dalam hutan, mencari kayu untuk membina pondok sementara buat tempat berteduh. Moga Allah meringankan beban mereka khususnya kepada 4 keluarga yang beragama Islam. Dengan bantuan Baitulmal Sarawak, saya berharap kepada sahabat saya yang merupakan pegawai di situ dapat memberikan bantuan segera kepada mereka yang tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian yang menyayat hati itu. Ternyata, NGO Kristian dan para mubalighnya lebih awal dan lebih banyak memberikan bantuan berbanding dengan kita ; saudara segama yang mungkin semakin terhakis nilai kebersamaan terhadap saudara sendiri yang ditimpa musibah. Tepuk dada, tanyalah iman.

1 ulasan:
tahniah,satu motivasi buat para pendakwah -pro
Catat Ulasan