Tiga parti pembangkang utama - PAS, DAP dan PKR - hari ini bersetuju untuk menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat
Penubuhan pakatan tersebut turut menyaksikan PAS dan DAP memulihkan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.
Sebelum ini, DAP, PKR dan PAS, menganggotai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada tahun 1999.
Bagaimanapun, DAP bertindak keluar dari barisan tersebut dua tahun kemudiannya kerana membantah agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Keputusan menubuhkan pakatan tersebut dibuat dalam satu perjumpaan hari ini yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Dalam perjumpaan hari ini, kami telah mencadangkan untuk menggabung kerjasama antara ketiga-ketiga parti tersebut di bawah nama Pakatan Rakyat," kata para pemimpin berkenaan dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mereka berkata, nama tersebut dicadangkan sementara menunggu pengesahan parti-parti terbabit.Majlis Kepimpinan
Menurut kenyataan itu lagi, Pakatan Rakyat berikrar untuk melindungi hak-hak dan kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan.
Berikutan itu, kata mereka, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Dasar-dasar kerajaan-kerajaan negeri berkenaan akan dijalankan mengikut dasar-dasar yang dipersetujui Pakatan Rakyat," kata kenyataan itu lagi.
Menurutnya lagi, bagi mengukuhkan lagi kefahaman bersama mengenai dasar-dasar berkenaan, satu konvensyen wakil rakyat Pakatan Rakyat akan diadakan pada 27 April depan.

Bagi mengukuhkan struktur Pakatan Rakyat, sebuah Majlis Kepimpinan ditubuhkan, yang dianggotai pemimpin tiga parti berkenaan.
Di samping itu, kata kenyataan itu lagi, Urusetia Bersama, yang dianggotai tiga pemimpin dari setiap parti terbabit, turut ditubuhkan dengan tugas untuk membina asas dan rangka kerja Pakatan Rakyat untuk disahkan oleh Majlis Kepimpinan.
Ulasan : Semoga keadilan dan kebajikan rakyat akan terbela dengan tertubuhnya Pakatan Rakyat ini. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan