Rabu, 2 April 2008

Fitna timbul kerana umat Islam tidak berpegang dengan al-Qur'an


KUALA LUMPUR 1 April – Duta Belanda di Malaysia, Lody Embrechts, secara peribadi melahirkan rasa kesal dengan penerbitan filem Fitna yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Rasa kesal berkenaan disampaikan kepada Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Pirdaus Ismail yang menyerahkan memorandum bantahan di kediaman rasmi duta berkenaan di Jalan Langgak Golf di sini hari ini.

‘‘Duta Belanda secara peribadi turut melahirkan rasa kesal di atas penerbitan Fitna. Beliau turut berjanji menyerahkan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende secepat mungkin,’’ katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Embrechts.

Memorandum bantahan berkenaan dibuat sebagai tanda protes terhadap filem Fitna yang diterbitkan oleh Ahli Majlis Perundangan Belanda, Geert Wilders.

Pirdaus bersama 30 ahli Pergerakan Pemuda UMNO berhimpun di hadapan kediaman rasmi Embrechts dalam keadaan hujan lebat, sebelum enam daripada mereka termasuk beliau sendiri dibenarkan masuk pukul 2 petang.

Perbincangan di antara Pirdaus dan Embrechts berlangsung selama 45 minit.

Pirdaus berkata, kerajaan Belanda perlu lebih banyak membuat kenyataan lebih berkesan terhadap apa yang berlaku.

‘‘Ini kerana kenyataan daripada Perdana Menteri Belanda seakan-akan mahu melepaskan diri daripada apa yang telah dilakukan oleh Wilders.

‘‘Mereka seolah-olah enggan bertanggungjawab. Jadi, jika kerajaan Belanda mahu menjalin hubungan yang lebih lama dengan umat Islam, mereka mesti mengambil satu sikap yang lebih bertanggungjawab,’’ tegasnya.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi mendesak negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mengambil tindakan tegas terhadap Barat yang sentiasa menghina umat Islam.

‘‘Malaysia sebagai bekas Pengerusi OIC layak membuat desakan berkenaan.

‘‘Barat sentiasa menghina umat Islam sedangkan umat Islam tidak pernah menghina agama lain,’’ katanya.

Fitna yang disiarkan di Internet pada 27 Mac lalu, mengkritik dan menghina agama Islam dengan menunjukkan surah al-Quran dan berlatarbelakangkan imej pengganas.

Ulasan : Di masa ini, umat Islam perlu kembali kepada panduan al-Qur'an dan al-Sunnah. Musuh Islam hilang rasa gerun kepada umat Islam yang lemah dan tidak bersatu atas dasar Islam. UMNO perlu ikhlas mendaulatkan Islam-tegur dulu mak datin yang masih belum dapat seru untuk menutup aurat!


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude