Isnin, 21 April 2008

Pembangkang perlu satu lambang

KOTA KINABALU 20 April - Pakatan pembangkang perlu mempunyai satu lambang tersendiri bagi mewakili barisan pembangkang seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai simbol dacing.

Pengarah Pusat Reformasi Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr. Wan Abdul Rahman Abdul Latif berkata, lambang tersebut akan mewakili setiap parti pembangkang bagi menunjukkan kesatuan parti-parti berkenaan.

"Kalau BN ada simbol neraca berwarna biru, pakatan pembangkang pula perlu ada simbol kita sendiri, dicadangkan simbol atau lambang itu mempunyai seekor merpati putih di dalam sebuah bulatan berjalur.

"Jalur tersebut pula diselang-seli dengan warna yang mewakili setiap parti pembangkang, misalnya hijau untuk Pas dan merah untuk DAP," katanya semasa berucap pada Seminar Analisis Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini hari ini.

Wan Abdul Rahman berkata, faktor utama yang memberi kemenangan kepada parti pembangkang sehingga ia berjaya merampas empat negeri pada pilihan raya umum lalu adalah berkempen melalui Internet.

"Inilah faktor yang merubah fikiran rakyat, ia dipanggil 'gerila siber'. Orang kini memiliki akses kepada blog dan tidak menonton televisyen atau kain-kain rentang," katanya.
Ulasan : Pakatan rakyat perlu meneliti cadangan yang baik ini demi memperkasa gerakan.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude