Isnin, 21 April 2008

MOSTI belum sediakan peruntukan untuk hantar Dr. Faiz ke ISS

KUALA LUMPUR 21 April – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengumumkan setakat ini tiada sebarang peruntukan disediakan bagi menjalankan misi penghantaran angkasawan kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Menterinya, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, pada dasarnya kerajaan membuat keputusan akan meneruskan misi penghantaran itu tetapi masih menunggu keputusan kajian yang dijalankan mengenai misi tersebut.

``Satu kajian sedang dijalankan untuk mengkaji kebaikan dan kos perbelanjaan misi penghantaran angkasawan kedua. ``Apa yang saya boleh katakan ialah kita masih tidak mempunyai peruntukan untuk menghantar angkasawan kedua ke angkasa.

“Sekiranya misi ini diteruskan, kami (kerajaan) perlu mengutip dana untuk menjayakannya,” kata Maximus kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kreativiti dan Inovasi 2008 (CID 2008) di Menara Kuala Lumpur di sini.

Malaysia menghantar angkasawan Dr. Sheikh Muszaphar Syukor ke ISS pada Oktober tahun lalu dan merancang menghantar angkasawan kedua, Kapten Dr. Faiz Khaleed ke ISS dalam satu lagi misi pada tahun 2010. - Utusan
Ulasan : Ternyata program angkasawan ini menelan kos yang besar. Kerajaan perlu mempertimbangkan kembali program ini dengan mendahulukan perkara yang lebih utama. Buat Dr Faiz, jangan bersedih-sabarlah.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude