Ahad, 6 April 2008

CUEPACS jangan ugut kerajaan penuhi tuntutan – PM


KUALA LUMPUR 5 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya tidak menggunakan pendekatan mengugut kerajaan dalam menyelesaikan isu berbangkit.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, segala isu tersebut perlu diselesaikan dengan baik dan berhemah melalui kaedah rundingan.

Katanya, beliau bukan sengaja tidak mahu memenuhi tuntutan yang telah dikemukakan oleh CUEPACS tetapi kesatuan juga harus faham bahawa pihaknya juga perlu mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan.

“Fikirlah semula dan jangan hendak mengugut, menggertak atau memboikot Hari Pekerja. Hari Pekerja adalah hari cukup penting dan sudah tentu CUEPACS harus menyertainya.

“Kita mengambil berat setiap tuntutan CUEPACS dan satu kajian mengenainya telah pun dibuat oleh pegawai-pegawai kita iaitu dengan berasaskan kepada kemampuan yang ada hubung kait dengan kemampuan kewangan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2008 di sini hari ini.

Abdullah mengulas tindakan CUEPACS yang tetap dengan keputusan memboikot sambutan Hari Pekerja pada Mei ini selagi kerajaan tidak mahu merundingkan lima tuntutan yang tertangguh sekian lama.

Presidennya, Omar Osman berkata, kali terakhir mereka bertemu Perdana Menteri pada 7 Januari lalu dan sehingga hari ini masih tidak mendapat sebarang jawapan positif.

Abdullah menjelaskan, beliau boleh memenuhi setiap tuntutan CUEPACS terutama pemberian bonus atau honorarium sekiranya kenaikan gaji tidak setinggi hingga 40 peratus seperti yang diterima oleh kakitangan awam tahun lepas.

“Jika kenaikan gaji bawah daripada jumlah yang kita berikan pada tahun lalu, saya kira kerajaan tidak ada masalah untuk memberikan bonus atau honorarium.

“Namun begitu kerajaan tidak mahu berbuat demikian kerana kita berpendapat kakitangan awam wajar mendapat kenaikan gaji yang tinggi kerana mereka berhak menikmatinya,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya kenaikan yang tinggi itu, ia memberi kesan kepada taraf kehidupan anggota awam terutama mereka yang akan bersara.

“Selepas bersara kebanyakan kakitangan awam tidak ada sumber lain kecuali bakal menerima pencen setiap bulan. Dengan kenaikan gaji yang kerajaan laksanakan itu sekurang-kurangnya wang pencen mereka tinggi.

“Ini kerana wang pencen yang dibayar kepada anggota awam terbabit adalah berasaskan gaji terakhir yang secara tidak langsung memberi kebaikan kepada mereka,” ujarnya.

Ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan CUEPACS, beliau berkata: “Boleh, apabila tiba masa-masa tertentu yang saya kira tidak ada masalah untuk berjumpa.’’

Sementara itu, beliau berkata, pengumuman mengenai kekosongan tiga jawatan timbalan menteri akan diumumkan minggu depan.

Abdullah turut ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi meredakan keadaan.

“Tengoklah,” jawabnya ringkas.

Mengenai kemungkinan Setiausaha Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dipecat berikutan kenyataannya semalam yang meminta semua anggota Majlis Tertinggi meletakkan jawatan, Abdullah berkata:“Hari ini bukan untuk perkara politik, esok boleh.

Ulasan : Saya berpandangan CEUPACS mungkin tersalah langkah dengan caranya dalam menuntut kerajaan memenuhi 5 tuntutan mereka. Namun begitu, pihak kerajaan juga wajar menimbangkan apa yang dituntut kerana kakitangan awam telah banyak membantu dalam urusan pentadbiran negara.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude