Selasa, 15 April 2008

Bila BN kalah pilihan raya, babi pun jadi mangsa

Wak Tarmudi ; Ketua Kampung Ladang Tumbuk

Dr Karim Mansor (bekas SetPol Dr Khir Toyo)

Dr Lee Chong Meng (MCA)

Tidak tahulah bila isu tapak ternakan babi moden warisan kerajaan BN Selangor bakal reda. Sehingga rencana ini ditulis, media massa utama khususnya TV3 dan Utusan Malaysia menjadikan isu babi itu sebagai 'hidangan utama' mereka.

Bukanlah menjadi satu kesalahan kepada media massa pro-BN untuk mengetengahkan isu rakyat termasuk isu babi ini. Tetapi sejak ia dicetuskan oleh berita tunjuk perasaan puluhan penduduk kampung dari daerah Sepang di hadapan Bangunan SUK, Shah Alam; isu babi ini dipolitikkan dan dijadikan bahan untuk menghentam kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ironinya, walaupun sudah puluhan tahun ladang ternakan babi bertapak di daerah Sepang, bantahan mengenainya hanya kedengaran setelah baru sebulan pentadbiran Selangor bertukar tangan. Sehingga kini, terdapat 137 ladang babi peninggalan pentadbiran kerajaan BN terdapat di Selangor. Jumlah keempat tertinggi selepas Pulau Pinang, Perak dan Kelantan, dakwa Utusan Malaysia!

Yang lebih membingungkan, projek tapak ternakan babi moden itu telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008. Mustahil bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mohd Khir Toyo dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Dato' Noh Omar tidak mengetahuinya?

Malah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari mendedahkan bekas Setiausaha Politik Khir Toyo pernah mengadakan lawatan ke Jerman bersama wakil penduduk Kampung Ladang Tumbuk, untuk melihat lebih dekat teknologi penternakan babi secara moden di sana.

Malah wakil-wakil penduduk terbabit, jelas Yaakob bersetuju dengan kaedah penternakan babi di Jerman itu dan tidak keberatan untuk menyokong pelaksanaan projek yang serupa di Sepang.

Persoalannya, mengapakah wakil-wakil penduduk yang sama tiba-tiba membantah projek yang mereka sokong semasa pentadbiran BN?

Jawapannya adalah kerana sentimen politik. Kawasan Sepang adalah antara saki baki kubu BN yang masih bertahan selepas dilanda tsunami politik pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Calon BN, Dato' Mohd Zin Mohamed menang di Parlimen Sepang mengalahkan calon PAS, Mohamed Makki Ahmad dengan majoriti 4849 undi berbanding majoriti 18837 undi pada 2004.

BN juga menang di 2 Dun majoriti Melayu di Tanjong Sepat dan Dengkil dengan majoriti rosot berbanding 2004.

Di Dun Sungai Pelek yang mempunyai komposisi 41.03% Melayu, Cina (37.86%) dan India (20.81%), calon BN tewas di tangan DAP dengan majoriti 1572 undi. BN menang di Sungai Pelek pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 4107.

Jelas usaha Umno untuk mempolitikkan isu ternakan babi ini lebih bertujuan memainkan sentimen kaum sekaligus cuba menjuarai isu-isu kepentingan Melayu di Sepang dan Selangor umumnya.

Cubaan mempolitikkan isu ini diserlahkan dalam kain-kain pemidang yang dijulang para penunjuk perasaan di hadapan Bangunan SUK, baru-baru ini. Foto tiga ekor babi yang setiap satunya tertulis perkataan DAP, PKR dan PAS dipaparkan melalui baner. Babi yang ditulis perkataan PAS ditunggang oleh seorang Arab Badawi - mengingatkan kita tentang Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah mengetuai jawatankuasa bertindak isu JE (Japanese Enphylitis), Bukit Pelanduk, Port Dickson (yang menyaksikan puluhan ribu babi dihapuskan kerana dikesan membawa virus JE).

Para pemimpin Umno Selangor juga mendakwa projek ternakan babi secara moden itu sebagai 'hadiah' kerajaan Pakatan Rakyat kepada rakyat.

Malah, Utusan Malaysia dalam laporannya cuba memburuk-burukkan Kelantan dengan mendakwa negeri tersebut mempunyai ladang babi ketiga tertinggi di Malaysia (151 ladang) di belakang Pulau Pinang (227) dan Perak (152).

Akhbar yang sama bagaimanapun tidak mendedahkan statistik ladang babi di negeri-negeri dikuasai BN khususnya Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menunjukkan Kelantan hanya mempunyai 682 ekor babi yang semuanya diternak di belakang rumah oleh penduduk-penduduk Siam-Buddha di jajahan Tumpat.

Soalnya, dari manakah statistik ladang babi Kelantan itu diperolehi Utusan? Dan mengapakah maklumat palsu itu diwar-warkan jika bukan bertujuan mengocak sentimen pembaca?

Apa yang pasti para penduduk di daearah Sepang dan Hulu Langat perlu diberikan penjelasan sebenar berhubung isu ini. Amat malang jika penduduk menjadi mangsa percaturan politik pihak-pihak tertentu yang dihinggapi sindrom hilang kuasa.

Isu yang perlu difahami para penduduk berkaitan cadangan projek tapak penternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Hulu Langat adalah:

* Ia adalah pelaksanaan konsep peladangan babi moden (MPF) yang diputuskan kabinet Kerajaan Pusat BN pada Julai 2007. MPF mempunyai empat kriteria iaitu ladang tertutup; mempraktikkan pengolahan sisa buangan sifar (zero discharge); membangunkan infrastruktur yang baik dan mencukupi untuk ternakan; dan menetapkan kuota untuk pengeluaran babi.

* Ia adalah projek MPF yang telah diluluskan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 9 Februari 2008; di saat kerajaan negeri masih ditadbir BN.

* Pelaksanaan projek telah mendapat persetujuan wakil-wakil penduduk kampung Ladang Tumbuk yang telah melakukan lawatan kerja ke Jerman bersama bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

* Projek bernilai RM100 juta ini bukan bertujuan menambah kapasiti dan keluasan ternakan babi, sebaliknya erperanan memusat dan mengawal penternakan babi di daerah Sepang dan Hulu Langat.

* Tiada lesen baru ternakan babi akan dikeluarkan kerajaan negeri selepas projek ini terlaksana.

* Najis dan sisa kumbahan babi dari ladang akan dikumpulkan dalam satu takungan bercampur sisa rumput, yang kemudian menghasilkan bio-gas untuk menjana kuasa elektrik bagi keperluan ladang.

* Tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang sekaligus membanteras pencemaran air, bau dan alam sekitar yang kini dialami penduduk.

* Projek seluas 119 ekar itu tidak dibiayai kerajaan negeri sebaliknya dibiayai penternak. Sebagai contoh, para pengusaha ladang dikenakan bon sebanyak RM40 juta untuk membiayai kos pengambilan tanah.

Sehubungan itu isu berhubung projek penternakan babi moden ini perlu difahami dan diteliti sungguh-sungguh oleh pihak-pihak terbabit.

Rundingan dan pandangan daripada masyarakat setempat perlu bagi memastikan projek yang dirancang mampu menyelesaikan masalah peninggalan kerajaan BN ini.

Di masa yang sama, media massa dan para pemimpin Umno negeri perlu lebih bertanggung jawab dengan tidak memainkan sentimen masyarakat.

Kegagalan kerajaan negeri BN di Negeri Sembilan dan Melaka dalam mengawal penternakan babi perlu dijadikan iktibar.

Amaran Yaakob bahawa kerajaan negeri tidak teragak-agak mendedahkan dokumen rasmi berhubung projek yang telah diluluskan MTES pada 9 Februari lalu perlu diberi perhatian serius pemimpin Umno negeri.

Jangan jadi bagai meludah ke langit terkena batang hidung sendiri ataupun menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri.

Mungkin Karam Singh Walia punyai perumpamaan yang lebih baik bagi mengulas isu babi dan BN ini?


DARI SUMBER ROSLAN SMS


Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi sahabat lama saya yang bertugas di KWSP telah menghubungi saya, oleh kerana saya sedang memandu beliau berjanji untuk telefon saya kemudian. Beliau kemudian mengirim SMS minta saya baca akhbar The Sun hari ini berhubung isu "ladang babi" di Selangor dan kalau boleh dedahkan untuk pengetahuan umum.

Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng (yang kebetulan saya kenali) dilaporkan telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.

Bagi saya pendedahan Dr Lee (lebih dikenali sebagai Dr Ayam, kerana beliau pakar veterinar) itu turut mededahkan siapakah yang sebenarnya "babi" dan "membabi"dalam kontroversi ini!


Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?

Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!

(Cuba tanya mengapa seorang Ketua Kampung seperti Tarmudi perlu ikut "study tour" ke Jerman itu, jika tidak kerana Umno telah merancang untuk beliau menutup mulut anak-anak buahnya nanti. Bukan senang Ketua Kampung boleh melancong ke Jerman!)

Berikut kenyataan Dr Lee:

Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)

Menurut akhbar The Sun lagi:

At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.
Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.

Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini! Begitulah al kisah "babi" di Selangor ini. Sekarang baru kita tahu siapa yang penipu, siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!

Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong. Mansor pun pembohong besar begitu juga Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Tarmudi, lidah bercabang itu. Saya tertunggu-tunggu juga bila Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramah Dr Lee Chong Meng.

Kalau beginilah sikap dan perangai Umno Selangor sebenarnya, saya yakin, rakyat akan terus menyisihkan parti ini, dan PRU ke 13 nanti, tidak mustahil Umno Selangor ditimpa nasib bagai Umno di Kelantan, hidup segan mati tak mahu, akhirnya "gila babi", "membabi buta" dan entah apa-apa lagi.

Ulasan : Moga sedikit sebanyak, kita mendapat fakta dan data tentang isu di sebalik projek ternakan babi RM 100 juta di Selangor ini.



Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude