Salam buat semua pembaca budiman. Setelah hampir setahun desas desus pilihanraya diperkatakan, maka saatnya telah tiba. Dengan Parlimen dibubarkan pada 12.45 tgh, 13 Februari yang lalu, maka persoalan telah dijawab. SPR pula mengumumkan pada hari berikutnya bahawa sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN akan dipertandingkan. Dan ianya melibatkan 10.9 juta pengundi di seluruh negara.
Di saat ini, yang mentadbir adalah caretaker government yang terdiri daripada PM, TPM, Menteri dan Timbalan serta SU parlimen dan Ahli Exco di negeri-negeri. 2 perkara yang mereka tidak boleh lakukan ialah menggubal rang undang-undang baru dan membelanjakan peruntukan di luar penetapan yang telah diputuskan pada sidang Parlimen yang terakhir.
Walaupun penamaan calon hanya pada 24 Februari dan mengundi pada 8 Mac, sekalian jentera parti yang bertanding telah digerakkan. Dan sebagaimana biasa, kita menuntut agar hak sama rata diberikan kepada semua parti yang bertanding. Kalau pemerintah sedia ada boleh menggunakan saluran media massa yang sangat berpengaruh kenapa tidak parti pembangkang? Inilah amalan demokrasi yang perlu ditegakkan setelah sekian lama ia dinafikan.
Tempoh berkempen selama 13 hari seakan tidak bermakna jika seluruh media massa hanya dimanipulasi dan digunakan sepenuhnya oleh pemerintah sedia ada. Padang gelanggang perlu sama rata dan adil agar tidak mengundang ketidakpuashatian di kemudian hari.
Kepada semua pengundi yang layak, tunaikan tanggungjawab anda dalam memilih kerajaan baru yang bakal mengutamakan kebajikan rakyat berbanding memenuhkan tembolok masing-masing!

2 ulasan:
harap-harap SPR sediakan padang yang rata untuk pertandingan kali ni.. sepatutnya pengadilnya mestilah umur bawah 65 tahun. tapi atas sebab2 nak berkuasa lagi tiba2 tukar peraturan lanjut usia bersara ke 66 tahun pulak.. suka-suka jek...
Itulah antara realiti yang berlaku. Moga rakyat sedar dan peka untuk melakukan perubahan yang lebih baik. Amin.Iskandar
Catat Ulasan