Khamis, 6 Disember 2007

Sime Darby ; Adakah Merata Manfaatnya ?


SETELAH setahun pengumuman pembentukan entiti perladangan kelapa sawit terbesar dunia dengan menggabungkan tiga syarikat perladangan terbesar tempatan, akhirnya menjadi kenyataan apabila saham Synergy Drive Bhd. (Synergy Drive) akan mula diniagakan di Bursa Malaysia pada Jumaat ini.

Synergy Drive yang akan disenaraikan pada 30 November ini bakal menjadi syarikat terbesar di Bursa Malaysia dengan anggaran modal pasaran hampir RM60 bilion.

Penyenaraian tersebut sekali gus melenyapkan kritikan penganalisis pasaran yang rata-rata berpendapat penggabungan Kumpulan Guthrie Bhd. (Guthrie), Sime Darby Bhd. (Sime Darby) dan Golden Hope Bhd. (GHope) sukar dilakukan memandangkan ia melibatkan pelbagai bentuk perniagaan.

Malah ada yang berpendapat penggabungan itu tidak perlu dilakukan kerana ketiga-tiga syarikat boleh ‘berdiri di atas kaki sendiri’ selain mempunyai prestasi kewangan yang baik.

Bagaimanapun, dalam dunia perniagaan, semuanya perlu efisien dan pembentukan Synergy Drive dijangka akan meningkatkan lagi kecekapan industri hiliran dan huluan kelapa sawit tempatan.

Bukan sahaja prestasi keuntungan yang jelas dilihat meraih manfaat daripada penggabungan itu tetapi operasi Synergy Drive juga akan mendapat faedah yang besar.

Berdasarkan keputusan proforma bagi tahun kewangan berakhir pada tahun 2006, Synergy Drive dijangka berpotensi meraih pendapatan tahunan bernilai lebih RM26 bilion dan keuntungan operasi lebih RM2.7 bilion dengan 41.5 peratus daripadanya dijangka dijana melalui perniagaan perladangan.

Selain daripada keuntungan, para penganalisis berpendapat penyenaraian Synergy Drive di Bursa Malaysia dijangka memberi kesan yang besar terhadap pasaran saham tempatan berikutan modal pasarannya yang besar, seperti saham-saham Malayan Banking Bhd., Tenaga Nasional Bhd. dan Telekom Malaysia Bhd.

“Saya menjangka harga sahamnya akan meningkat memandangkan harga saham syarikat perladangan lain juga telah meningkat sejak saham tiga syarikat (Sime Darby, Guthrie dan GHope) digantung sebelum ini,” kata penganalisis itu.

Menurutnya, bermula dengan harga rujukan penyenaraian baru sebanyak RM8.90, beliau percaya kaunter Synergy Drive mampu melonjakkan Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) antara 10 mata hingga 16 mata pada hari pertama urus niaga saham syarikat tersebut.

Malah menerusi penggabungan tiga syarikat itu, Synergy Drive turut menerima faedah menerusi keluasan ladang yang lebih besar dengan menyepadukan serta menyeragamkan sumber, terutamanya kilang pengeluaran dan loji penapis.

Gabungan Sime Darby, Guthrie dan GHope akan memiliki tanah ladang kelapa sawit melebihi 600,000 hektar dengan pengeluaran minyak sawit sebanyak 2.1 juta tan setahun. Ia mewakili kira-kira lapan peratus pengeluaran minyak sawit dunia.

Sebagai tambahan kepada penjimatan kos melalui operasi bersepadu, entiti itu juga memiliki kelebihan melalui kekuatan kewangan ketiga-tiga syarikat bagi mengembangkan operasinya pada masa depan.

Mungkin ada yang berpendapat pembentukan Synergy Drive juga didorong oleh saingan pengeluaran minyak sawit Indonesia yang semakin menghampiri pengeluaran negara.

Perladangan

Namun perlu diingat, sebahagian daripada ladang milik Guthrie, Sime Darby dan GHope terletak di Indonesia dan perkara itu sebenarnya tidak pernah timbul.

Kini apa yang membezakan perladangan di Indonesia dan Malaysia ialah kadar produktiviti yang memihak kepada negara.

Selain daripada kelebihan ini, industri kelapa sawit perlu meningkatkan nilai tambah menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengelakkan ia terus bergantung kepada penjualan komoditi sahaja.

Menerusi kepakaran yang dimiliki oleh Guthrie, Sime Darby dan GHope sudah pasti Synergy Drive akan membolehkan Synergy Drive menerajui perniagaan minyak sawit dunia pada masa depan.

Sedar ataupun tidak, apabila memperkatakan tentang Synergy Drive, perkara yang diberi tumpuan ialah perniagaan perladangan sawit namun pada hakikatnya syarikat itu juga meletakkan sasaran untuk menjadi sebuah konglomerat yang turut memberi tumpuan kepada empat sektor utama lain membabitkan hartanah, jentera berat, motor serta tenaga dan utiliti.

Malah kira-kira 60 peratus keuntungan Synergy Drive dijangka dijana daripada empat perniagaan utama itu.

Berikutan daripada perniagaan utama itu juga, Synergy Drive akan mempunyai sumber kewangan untuk bersaing bagi aset berharga di seluruh rantau ini dan melaksanakan pertumbuhan dalaman yang agresif selepas ia disenaraikan.

Sebahagian besar daripada hasil ini dijangka dijana daripada operasi seberang lautnya di Asia Pasifik, terutamanya Australia dan China (termasuk Hong Kong dan Macau).

Tidak menjadi kesalahan untuk Synergy Drive mempunyai lebih daripada satu perniagaan namun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan apa yang dilakukan tidak mendatangkan kesan negatif kepada syarikat.

Seperti perniagaan perladangan, empat perniagaan utama ini juga perlu mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan kejayaannya pada masa depan.

Ulasan : Inilah di antara syarikat yang terbesar di Malaysia selain Petronas, YTL, Kumpulan Genting dll. Apa yang menarik Synergy Drive kini dikenali dengan Sime Darby Berhad hasil gabungan dengan Golden Hope Plantation dan Kumpulan Guthrie. Dengan nilai modal pasaran hampir 60 billion, kita mengaharapkan, agar keuntungan korporat yang dijana juga dirasai oleh seluruh rakyat. Jangan hanya membuat projek yang elit hingga meminggirkan rakyat teramai. Moga jadi renungan bersama.


A new Malaysian global champion is born

Press Release

Kuala Lumpur, Wed (Nov 28) – Sime Darby Berhad was today launched as Malaysia's premier diversified multinational amidst expectations that it would carve a name as a global champion in plantations, property and sustainable development.

Since the merger of Sime Darby Berhad, Kumpulan Guthrie and Golden Hope Plantations was announced last year, there has been roiling speculation on the name the merged entity would take.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi answered that question when he unveiled the multinational’s new logo and corporate brand at the launch ceremony at the Sime Darby Convention Centre here.

Developing Sustainable Futures will be Sime Darby's guiding principle in how it approaches all its core businesses, namely plantations, property, energy and utilities; motor and industrial equipment.

This new corporate brand is reflected in Sime Darby's new logo with a warm orange light falling onto a shield and a friendlier typographic treatment.

In his speech, the Prime Minister said that he was confident that the merged entity would make its mark on the global stage, noting that it was starting from a position of strength. For example, Sime Darby would be the largest-listed company on Bursa Malaysia, with a market capitalization of more than RM50 billion.

The diversified multinational will also be the world's leading oil palm plantations group with some 543,000 hectares; the number one developer of residential and commercial communities in Malaysia; the leading dealer for branded industrial equipment in Malaysia and other Asian markets.

In addition, it would also have a majority stake in Bakun dam and the undersea cable transmission, giving its ambitions in the power and utilities sector a major boost.

The multinational also has operations in over 20 countries including Australia, China / Hong Kong, Singapore, Indonesia, New Zealand and Thailand.

More than 1,000 guests and employees of Sime Darby attended the launch. Among the guests were ministers, diplomats, politicians and corporate captains.

Delivering his address, Tun Musa Hitam, chairman of Sime Darby, said that the multinational was ready to uphold the name of Malaysia on the world stage. 'We are constantly making giant strides, foraging into overseas markets from tapping the industrial equipment industries in Australia to vesting for the future in China," he added.

The continuing boom in the mining sector in Australia has boosted the performance of the industrial equipment sector. Sime Darby has also invested in the utilities sector in China and is bullish about prospects for its industrial equipment business and motor sector in China.

Tun Musa also had a message for shareholders in Malaysia and around the world.

"We will continue to create value for our shareholders by realising significant merger synergies and by accelerating our growth. We believe that RM400 million to RM500 million in annual merger synergies will be fully realised over the next three years," he said.

In his speech, the Sime Darby chairman also touched on the need for the multinational to link sustainability to long term viability. "We believe that we cannot succeed or be truly successful without exercising our responsibility".

"We firmly believe that we will be able to deliver not only steady growth and returns but also accountability to people and places to whom and where we owe our existence," said Tun Musa.




Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude