Wahai pemimpin! Kemewahan diri bukan kehebatanmu
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil, Umar bin Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak: Ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju.
”Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya 500 dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ia murah.” Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah, suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju.” Maka aku membeli untuknya baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya 5 dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ia mahal.” Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga 500 dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga 5 dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. Umar bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak? Kataku: “Perkataanmu wahai Amirulmukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju lepas yang berharga
Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah dua tahun, tetapi mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat menjadikan kepimpinannya penuh keadilan dan rahmat Allah sekalipun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk. Lihatlah tampungan pada baju Khalifah Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik. Kesilapan besarlah seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana
Saya tidak pernah menyeru pemimpin dunia Islam hidup kemiskinan, kelaparan, memakai pakaian buruk dan tinggal di rumah yang nak roboh atau berkenderaan cabuk. Tidak! Mungkin
Jika pemimpin menjadikan harta dan
Hari ini, banyak sukatan dan ukuran berubah. Ramai yang tidak memiliki idealisme atau karisma kepimpinan menjadi pemimpin hanya kerana harta atau kem politiknya yang berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya. Maka rasuah dan politik wang akan berleluasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisme dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar daripada pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerana umpan hartanya. Maka akhirnya, golongan Ruwaibidoh akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar. Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat – adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al- Ruwaibidoh.
Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya. Karisma atau kewibawaan dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; pegangannya kepada agama secara menepati al- Quran dan sunah. Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya. Kedua; kemampuannya memegang amanah kepimpinan dalam erti kata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan harta atau lebar serbannya tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (an-Nisa’ ayat 58).
Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran tentang limpahan harta dan
Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan
Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata “berikan pendapat yang ikhlas lagi diredai Allah kepada saya. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat). (Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah (Riwayat al- Bukhari dan al-Nasai). Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis. E-mel: moasriza@yahoo.com
Layari http://drmaza.com/
Lupa diri bila hidup mewah
Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Berkat kegigihan bekerja dan sokongan kerajaan, saya boleh dikatakan berjaya, mempunyai kilang sendiri dan bersungguh-sungguh bekerja. Saya menyedari bahawa oleh kerana terlalu memberi tumpuan kepada kerja, saya begitu kurang sembahyang dan banyak melakukan dosa yang melibatkan arak dan perempuan.
Kadang-kadang saya rasa seumpama Allah tidak mengampunkan dosa-dosa lalu, biarpun bertaubat. Bagaimana saya boleh menghilangkan rasa tidak yakin pada Tuhan?
– Mamun, Klang
JAWAPAN: Allah menjelaskan bahawa manusia itu sememangnya bertabiat tidak menentu, sentiasa keluh kesah terutamanya ketika ditimpa kemalangan, kecelakaan atau menghadapi sesuatu yang tidak disukai. Manusia juga akan menjadi pelokek, kedekut dan tamak ketika memperoleh kejayaan, kemenangan, menerima nikmat yang banyak, kecuali mereka yang berupaya melakukan sembahyang dengan sempurna.
Manusia akan terus mahukan sesuatu yang banyak. Orang yang sudah mempunyai dua buah lembah emas, mahukan tiga lembah emas. Demikianlah gambaran hadis mengenai tabiat manusia. Haloba itu tidak berpenghujung, kecuali setelah manusia mati.
Baginda Rasulullah juga ada menjelaskan bahawa manusia tidak akan tunduk kepala- Nya kecuali kerana adanya tiga perkara iaitu kefakiran, sakit dan mati. Kalau diperhatikan, ramai yang hidup miskin menjalani kehidupan dengan baik. Tetapi setelah kaya, ternama dan berkuasa, mereka berubah, mula berjinak-jinak dengan minuman keras, mengheret perempuan luar dan meninggalkan anak isteri di rumah yang sama-sama bertungkus lumus mencari rezeki. Tabiatnya berubah, tidak lagi penyayang.
Begitu juga dengan sakit yang berlaku pada diri sendiri, kaum keluarga atau orang lain. Kematian seseorang, terutamanya dari kalangan keluarga yang hampir sering menjadikan seseorang itu insaf. Memikiri yang dirinya juga akan mati, seperti yang dilihat di hadapannya, contoh-contoh seumpama ini terlalu menjentik hati dan menginsafkan, menyebabkan mereka mendampingi Tuhan.
Mulanya, ada ke masjid dan tahu membaca al-Quran pada waktu malam. Namun demikian, ia berlaku hanya sementara. Tabiat asalnya diikut semula dan meninggalkan sembahyang atau amalan ke masjid apabila gambaran maut dan sakit yang dideritai oleh seseorang itu hilang daripada ingatannya.
Ancaman dan huru hara di sesebuah negara atau tempat itu juga boleh menginsafkan manusia, kerana manusia takut mati lalu mengingati Allah. Namun, setelah aman, manusia mula melupakan Allah s.w.t.
Orang yang memperoleh nikmat Allah, tetapi lupakan Tuhan adalah termasuk dalam golongan yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Hakikatnya, hidup mereka sia-sia dan tidak memberi manfaat kerana kekayaan yang dimiliki menyebabkan mereka leka.
Mendorong melakukan kejahatan, seperti menipu, berzina, minum arak dan seumpamanya. Orang yang tahu dan memahami hakikat hidup dan alam akhirat akan memilih menjadi orang yang baik, tidak melakukan perzinaan, minum arak dan sebagainya biarpun hidup mereka sederhana.
Walaupun demikian, orang yang berjaya di dunia dan akhirat ialah mereka yang mempunyai banyak firma dan berupaya menggunakan kekayaan yang dimiliki untuk menghampirkan diri pada Allah untuk kepentingan roh yang akan diserahkan pada Allah apabila nyawa diambil nanti, untuk digunakan membimbing manusia ke jalan yang benar, bukan menjadi jagoan memperkosa anak, isteri orang atau memasang lukah di air keruh demi untuk memuaskan hawa nafsu.
Tidak ada manusia yang waras mahu membinasakan orang lain. Kalau kita tidak mahu anak-anak dan saudara yang kita kasihi dirosakkan oleh orang lain, begitu juga harapan orang lain. Kerana itu selain memikiri kepentingan diri sendiri, juga perlu memikiri kepentingan orang lain.
Itulah di antara ciri-ciri manusia yang tahu mensyukuri nikmat Allah, iaitu menggunakan kemewahan untuk kebaikan bukan memusnahkan. Melakukan kebajikan, termasuk amalan yang difardukan adalah untuk kepentingan roh yang akan disoal di akhirat.
Orang yang memberi pengamatan atau konsentrasi kesihatan fizikal semata-mata akan memperoleh kesihatan tubuh badan namun roh mereka tetap sakit, menyebabkan lahirnya pelbagai sakit yang berkaitan dengan hati.
Dari sinilah timbulnya manusia yang merasa angkuh, sombong dan besar diri akibat kenikmatan yang dimiliki, nama yang diberi, pangkat, keturunan dan lain-lainnya. Itulah yang dinamakan nafsu, yang boleh mendorong pada kebinasaan, yang melibatkan diri secara langsung juga orang lain.
Orang yang mempunyai tabiat seumpama ini sebenarnya lupa bahawa nikmat dunia terlalu sedikit. Nikmat dunia dibandingkan dengan akhirat tidak ubah seumpama orang yang mencelupkan jarinya dalam lautan. Apa yang diperoleh apabila jari itu dicabut, ialah basahan air yang ada pada jari yang dicelupkan dalam laut, pada hal nikmat Allah itu seumpama laut yang tidak bertepian.
Allah memerintahkan Muhammad memberitahu umatnya bahawa nikmat hidup dunia itu terlalu sedikit dan nikmat akhirat itu adalah banyak, lebih utama dan lebih baik bagi orang yang bertakwa. Bagi orang yang tidak bertakwa, tidak takutkan Allah, dunia yang pendek umurnya itu adalah segala-galanya.
Semua orang akan mati apabila tiba masanya. Apabila mati, jasad akan dikuburkan manakala roh akan menemui Tuhan. Roh inilah yang akan menerima nikmat atau seksaan kelak. Orang yang hanya menjaga jasadnya dalam keadaan segar bugar, sihat walafiat, sebenarnya hanya menyediakan santapan untuk ular, kerana jasad itu akhirnya akan ditanam dalam tanah. Orang ini akan rugi kerana tubuh yang dijaga itu akan menjadi makanan ulat dan ditelan bumi, pada hal roh itu kekal, menerima nikmat atau seksa Allah. Kerana itu manusia perlu menjaga tubuh badannya, juga rohnya dengan beriman sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Mengenai sembahyang kita sendiripun dapat melihat betapa ramai orang yang mengabaikan sembahyang. Mereka seolah-olah menganggap sembahyang itu seumpama tidak wujud dalam kegiatan hidup hariannya.
Keadaan ini terjadi di mana-mana sahaja, tanpa mengira jenis pekerjaan manusia, pangkat atau keturunan. Banyak di antara mereka, memahami bahawa sembahyang itu wajib, tetapi tidak mengambil indah mendirikannya. Di antara mereka, ada yang lebih menitikberatkan amalan sampingan seperti kenduri kendara, kenduri arwah, majlis potong jambul dan seumpamanya.
Orang yang terlibat dengan dosa, lumrahnya tidak sembahyang. Kalau dilakukan sekalipun, sembahyang itu tidak membentuk individu berkenaan untuk mencegah diri daripada melakukan kejahatan, pada hal Allah berfirman memberitahu bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa besar dan kemungkaran.
Ini bererti bahawa tentunya ada kesilapan pada sembahyang yang mereka lakukan, menyebabkan sembahyang itu tidak diterima Allah dan tidak berupaya membentuk pelakunya menjadi baik. Sembahyang adalah penentu kepada penerimaan ibadah yang lain kerana sembahyang itu tiang agama.
Mengenai perkara ini Rasulullah bersabda yang bermaksud: Perkara yang mula-mula sekali ditanya oleh Allah kepada hamba-Nya pada hari kiamat kelak ialah tentang amalan ibadah sembahyangnya. Jikalau sembahyangnya diterima baik, bermakna diterimalah seluruh amalannya. Jikalau ditolak sembahyangnya bererti ditolak seluruh amalannya.
Setiap orang perlu bertaubat kepada Allah, malah Rasulullah yang maksum (terpelihara daripada dosa) juga sentiasa bertaubat tanpa henti. Masalah sama ada diterima Allah atau tidak itu bukan urusan manusia. Tugas manusia berdoa dan memohon keampunan.
Allah amat menerima taubat hamba-Nya. Percayalah bahawa Allah tidak pernah mengingkari janji-janjinya kerana Dia adalah Maha Agung. Seperkara lain, masalah Allah mengampunkan dosa seseorang atau tidak itu bukan urusan manusia. Tugas dan tanggungjawab manusia ialah bertaubat.
Untuk menghilangkan rasa tidak yakin diri pada Tuhan amat mudah, iaitu dengan bertaubat. Allah menyatakan Dia akan mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang bertaubat nasuha.
- PEMBACA yang ada kemusykilan alamatkanlah soalan kepada:
Dr. Amran Kasimin, Lot 3673, Jalan Aman, Kg. Sungai
Ulasan : Diharapkan agar Mufti Perlis melaksanakan tanggungjawabnya sebagai agamawan dan ulama yang mampu menegur umara' di Perlis. Agak keliru juga apabila dikatakan kemewahan pimpinan di Perlis ; kemewahan mereka melimpah sehingga dirasai rakyat-benarkah? Dr Amran Kasimin juga selaku anak murid Dr Haron Din juga perlu membuktikan bahawa golongan agamawan tidak mudah ditpu oleh ahli politik yang berkepentingan. Penjelasannya jelas, tetapi bagaimana dari sudut praktiknya? Adakah Mufti Perlis dan Dr Amran Kasimin menegur kemungkaran yang dilakukan oleh umara' atau pemerintah kini? Moga Allah memudahkan urusan mereka dalam menyatakan yang haq di hadapan pemimpin yang tidak menunaikan haknya kepada rakyat teramai!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan