Seorang pemberita AFP melaporkan, bas pertama yang membawa tahanan Palestin itu bergerak keluar dari pekarangan penjara awal pagi ini (12 tengah hari waktu Malaysia).
Pembebasan hari ini adalah yang terbaru yang dilakukan sebagai langkah muhibah untuk menyokong Presiden Palestin, Mahmud Abbas ketika usaha damai dilancarkan semula untuk mencari perdamaian di Asia Barat.
Lebih 80 tahanan Palestin dibebaskan pada awal Oktober lalu manakala lebih 250 lagi dibebaskan pada Julai lalu. “Hari ini kami membebaskan 429 tahanan Palestin,” kata Yaron Zamir, jurucakap pihak berkuasa penjara Israel kepada pemberita AFP.
Beliau berkata, 20 daripada tahananPalestin itu dihantar pulang ke Genting Gaza yang dikuasai oleh puak Hamas, manakala bakinya dihantar ke Tebing Barat yang dikuasai oleh Mahmud.
Masyarakat Palestin kini berpecah dua selepas Hamas merampas kuasa di Tebing Barat dengan menyingkirkan pasukan keselamatan yang setia kepada Mahmud.
Lebih memilukan, menerusi sepucuk surat ke Wisma Putra bertarikh 12 Julai lalu, dikatakan Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou republik itu pada 15 Mei lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram.
Ibu Umi Azlim, Umi Slaia Ibrahim, 45, berkata, anaknya diberi tempoh dua tahun dari tarikh dijatuhi hukuman itu untuk membuat rayuan. “Inilah yang membuatkan saya sekeluarga merasa sangat sedih. Sudahlah beberapa bulan tidak mendengar berita akhirnya anak saya ditahan di China atas kesalahan berat ini dan telah dijatuhi hukuman mati.
“Saya dimaklumkan dadah itu untuk diserahkan kepada seorang rakyat Nigeria yang bernama ‘UG’ sebaik tiba di Shantou (China) apabila menerima satu bungkusan di Bangkok (Thailand),’’ katanya ketika ditemui di rumah keluarga itu di Kampung Tok Kamis di sini, hari ini.
Umi Slaia berkata, dadah itu ditemui tersorok dalam baju sejuk di bagasi anaknya sebaik tiba di Shantou.
Umi Azlim yang baru beberapa bulan bekerja selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Sains Biologi dilaporkan telah bekerja dengan sebuah syarikat yang menjual alat mengurut kaki milik seorang yang hanya dikenali sebagai ‘Datuk Anas’ di ibu negara.
Ulasan : Kepada wanita di luar sana berhati-hatilah dengan orang yang baru anda kenal. Selidik latarbelakangnya, agar tidak diperdayakan.
LANGKAWI 3 Dis. – Upacara pembukaan sempena pelancaran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2007 esok tidak akan melibatkan penerjunan anggota 10 Briged Para ekoran cuaca tidak menentu dan angin kencang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, bagi mengelak berulangnya kejadian tidak diingini, gimik penaklukan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang dirampas musuh juga ditukar kepada serangan udara.
‘‘Kita telah memutuskan untuk membuat perubahan pada pertunjukan esok ekoran keadaan cuaca tidak menentu terutama angin kencang, jadi kita tidak akan menjalankan demonstrasi penaklukan semula lapangan terbang,” katanya pada sidang akhbar di Hospital Langkawi di sini hari ini.
Terdahulu Najib yang juga Menteri Pertahanan melawat tujuh penerjun dari Pasukan Atur Cepat (PAC) yang menerima rawatan di hospital berkenaan selepas terlibat dalam tragedi payung terjun ketika mengadakan raptai pembukaan semalam. Anggota tentera terlibat merupakan antara sekumpulan penerjun yang tersasar dari zon pendaratan dan jatuh ke dalam laut ketika membuat terjunan dari ketinggian kira-kira 400 meter akibat angin kencang.
Dalam kejadian itu tiga penerjun iaitu Siti Hajar Yakub, 24, mati lemas di laut manakala dua lagi, Nurul Wahida Yusuf, 20, dan Raymond Anak Duncan, 25, meninggal dunia di Hospital Langkawi dipercayai akibat mengalami kesejukan melampau.
Ulasan : Keputusan yang patut diambil sebagai menghormati pemergian 3 orang penerjun yang meninggal dunia dalam latihan kelmarin. Moga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah swt.
KORAT – Malaysia menghidupkan semula peluang ke separuh akhir bola sepak lelaki dengan membenam Laos 4-0 pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Surapala Keetha Sathan Universiti Teknologi Suranaree, semalam.
Kemenangan menerusi dua jaringan Safee Sali pada minit ke-75 dan 90, Amirulhadi Zainal (67) dan Safiq Rahim (83) ini turut memulihkan semangat skuad bawah 23 tahun negara selepas tewas 1-3 kepada Vietnam, Sabtu lalu.
Anak buah B. Sathianathan dikekang tanpa jaringan oleh Laos sehingga 45 minit pertama yang cuba memburu kesudahan serupa seperti ketika mengikat Singapura, Sabtu lalu biarpun beroleh tidak kurang empat percubaan yang berpotensi jaringan pada minit ke-25 hingga 27 dan 34.
Ulasan : Teruskan memburu kemenangan. Kekalahan kepada Vietnam 1-3 kelmarin, perlu dijadikan pembakar semangat untuk layak ke separuh akhir.
Jika tidak kata laporan itu, Malaysia mungkin akan jauh ketinggalan berbanding negara-negara jiran yang giat membangunkan universiti masing-masing. Sehubungan itu Bank Dunia menyarankan, pembaharuan yang hendak dibuat perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara iaitu:
* Memilih model tadbir urus dan kewangan yang lebih efektif.
* Meningkatkan keseluruhan kualiti universiti dengan memberi fokus kepada program akademi, pengurusan fakulti, dan pembelajaran.
* Melengkapkan graduan dengan ilmu ekonomi berasaskan pengetahuan.
* Mengukuhkan sistem inovasi kebangsaan dengan mewujudkan rangkaian kukuh antara firma-firma di Malaysia dan universiti-universiti.
Pandangan Bank Dunia itu dinyatakan dalam buku laporan berjudul Malaysia dan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan: Membina Sistem Pendidikan Bertaraf Dunia yang diterbitkan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri.
PUTRAJAYA 3 Dis. – Kabinet melahirkan rasa bimbang berikutan kadar bayaran yang dikenakan oleh hospital swasta semakin meningkat dan mempunyai unsur-unsur mengaut keuntungan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, terdapat kes pesakit dikenakan bayaran yang terlalu tinggi melalui cara-cara yang boleh disifatkan sebagai tidak beretika.Beliau menegaskan, sebagai contoh, terdapat kes seorang doktor membuat 15 kali pemeriksaan ke atas pesakitnya dalam sehari dengan caj RM200 sekali pemeriksaan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya RM3,000.
“Perkara itu dibangkit dan dibincangkan oleh Kabinet dan kita sentiasa mengambil perhatian tentang kadar caj yang sengaja diletakkan terlalu tinggi oleh segelintir hospital swasta. “Masalah ini tidak mudah diatasi atau disiasat kerana sesetengah doktor merasakan bahawa siasatan adalah suatu isu yang boleh diperdebatkan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di pejabatnya di sini hari ini.
PETALING JAYA 3 Dis. - Kurangnya kemudahan, peluang pekerjaan dan pendidikan kepada orang kurang upaya (OKU) menyebabkan golongan tersebut terpinggir daripada arus pembangunan negara.
Presiden Gabungan Persatuan Orang Cacat Malaysia (MCD), Mah Hassan Omar (gambar) berkata, kurang peluang diberikan kepada golongan itu di negara ini untuk berjaya seperti orang normal. “Malah kami terkilan kerana tiada platform besar untuk mengutarakan perasaan gembira dengan sambutan Hari OKU dan bagaimana untuk mewujudkan kesejahteraan terhadap golongan ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis ringkas bersempena dengan Hari OKU Antarabangsa 2007 anjuran Majlis Gabungan Orang Cacat Malaysia (MCD) yang bertemakan ‘Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Orang Yang Kurang Upaya’ di sini hari ini. MCD merupakan satu-satunya badan induk kepada persatuan orang cacat di seluruh negara.
GENTING HIGHLANDS 3 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO meminta pihak berkuasa menyiasat siapa sebenarnya dalang di belakang beberapa demonstrasi jalanan yang diadakan di ibu negara sejak kebelakangan ini. Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kekerapan demonstrasi itu dan keengganan parti pembangkang membuat sebarang pendirian berhubung tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dilihat sebagai sesuatu yang tidak berlaku secara kebetulan.
“Ini merupakan tindakan pihak yang terdesak dan tidak bertanggungjawab, yang melihat pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi. “Jika pihak pembangkang betul-betul tidak terlibat (dengan demonstrasi jalanan), tolak tindakan kumpulan itu kerana jika tidak berbuat demikian tentu ada suatu yang disembunyikan mereka. “Jika tidak, masakan wakil DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berada di mahkamah bagi kes peguam-peguam Hindraf jika mereka tidak terlibat,” ujarnya.
PUTRAJAYA 3 Dis. – Kerajaan hari ini mengharamkan serta-merta sebarang bentuk aktiviti ‘gores dan menang’ serta seumpamanya yang berselindung di sebalik perniagaan jualan langsung. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, turut diharamkan ialah taktik seumpamanya seperti koyak dan menang, cabutan dan panggilan telefon bertuah, penawaran baucar serta hadiah percuma.
Sebagai pengajaran kepada penganjur, kata beliau, kementerian akan membatalkan lesen dan menyenarai hitam pengarah syarikat yang terlibat. Beliau menegaskan, keputusan itu dibuat selepas kajian terperinci oleh kerajaan mendapati aktiviti gores dan menang boleh memudaratkan keselamatan orang ramai.
‘‘Statistik dari Januari hingga Oktober lalu menunjukkan 6,903 kes difailkan ke Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,393 kes membabitkan gores dan menang diikuti pembelian kenderaan sebanyak 529 kes. ‘‘Peraduan gores dan menang didapati telah menular ke kawasan luar bandar berikutan ramai pengguna di kawasan itu terpedaya dengan kegiatan syarikat yang menawarkan barangan tidak berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Mesra kementeriannya di sini hari ini.
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Pas menafikan parti itu tidak berpendirian berhubung isu Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi haram pada 25 November lalu, sebaliknya menganggap sebahagian tuntutan kumpulan itu sebagai melampau.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, beliau juga mahu semua pihak di negara ini diberikan hak atau kebebasan untuk berhimpun dan bersuara seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. ‘‘Sebarang isu yang dicetuskan untuk menghasut sentimen mana-mana kaum sama ada India, Melayu atau Cina hendaklah ditolak.
‘‘Pas menganggap sebahagian tuntutan dan tuduhan pihak Hindraf adalah melampau dan dengan ini menuntut agar kerajaan segera menubuhkan badan bebas untuk menyiasatnya,’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan