Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID
SEBENARNYA seorang Muslim yang baik adalah mereka yang sedar akan kezaliman diri sendiri dan tidak lalai memohon kepada Allah s.w.t secara berterusan agar mengampuninya, juga tidak melemparkan tuduhan kepada orang lain. Inilah akhlak yang sebenarnya telah menjadi doa bagi setiap orang Islam sejak dahulu hingga sekarang.
Pada pandangan Islam, sesuatu perbuatan yang dikatakan zalim itu ialah tindakan yang melampaui batasan agama Islam sendiri. Misalnya, jika tindakan seseorang itu melampaui batasan akidah dan peraturan kehidupan yang ditetapkan, maka tindakan itu dianggap zalim.
Menurut al-Quran, ciri-ciri kezaliman ialah dengan mendustakan atau menduakan (mensyirikkan) Allah s.w.t ataupun yang mengingkari dua kalimah syahadat yang dituntut sebagai asas utama bagi menentukan sama ada beriman atau kufurnya seseorang itu. Tegas kitab suci, jika seseorang itu mendustakan Allah s.w.t, ia adalah manusia yang zalim. Ini dijelaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang amat besar. (Surah Luqman, ayat 13).
Ciri kedua, sesuatu perbuatan atau tindakan itu dikatakan zalim kerana ia terkeluar daripada prinsip-prinsip kemanusiaan. Contohnya, membunuh orang sesuka hati atau melakukan sesuatu tindakan yang di luar perikemanusiaan.
Oleh yang demikian itu, amatlah dikesali sekiranya konsep kezaliman ini disalahertikan sehingga sanggup pula menuduh mereka yang menjalankan tanggungjawab sosial dan keamanan sebagai zalim. Manakala mereka yang menjadi penceroboh harta orang lain dikatakan dizalimi. Justeru, Islam mengingatkan supaya kita berhati-hati dan berwaspada agar tidak mudah menuduh kerajaan sebagai zalim bagi mengelakkan berlakunya kezaliman yang lebih besar lagi.
Sebenarnya golongan yang melemparkan tuduhan itulah yang lebih zalim. Mereka lebih gemar menganjurkan sesuatu perkara yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai melalui kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan hakikat yang sebenar. Tegasnya, tindakan kerajaan menghalang sesiapa jua yang
Kisah jurai keturunan kita Nabi Adam a.s dan Hawa yang disebut di dalam al-Quran dapat dijadikan petunjuk tentang konsep kezaliman menurut Islam. Tindakan Nabi Adam a.s menghampiri dan memakan buah terlarang itu telah memberi pengertian zalim di sisi Islam. Begitu juga Firaun kerana mendustakan Allah s.w.t dan tidak mempercayai kewujudan-Nya, maka disahkan ia sebagai orang yang zalim.
Dengan membuat atau melemparkan tuduhan bahawa seseorang itu berlaku zalim terhadap orang lain menunjukkan sikap ego si penuduh itu sendiri. Dalam Islam, cara yang sesuai dilakukan ialah mengiktiraf dan menginsafi diri sendiri sebagai zalim dan tidak boleh seseorang itu membuat tuduhan kepada orang lain. Sifat manusia sebagai zalim dan jahil telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud: “Ingatlah, sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
Orang yang suka menuduh orang lain sebagai zalim dan sebagainya adalah mereka yang tidak mengenali dirinya sendiri, dan sepatutnya berasa malu atau tidak sanggup untuk membuat sebarang tuduhan terhadap orang lain kerana dirinya sendiri berada di dalam keadaan zalim dan kotor.
Jika kehendak golongan ini dipenuhi oleh sistem demokrasi yang ada sekarang, mereka akan mengatakan kerajaan berlaku adil. Bagaimanapun, perkara di sebaliknya akan berlaku jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Mereka akan mengatakan kerajaan yang ada sekarang sebagai zalim. Pendek kata, ukuran kezaliman dan keadilan yang diyakini oleh golongan ini terletak pada kepuasan kehendak nafsu dan kepentingan diri sendiri sahaja, bukan keperluan atau kepentingan ajaran Islam. Islam telah mengakui bahawa tidak menjadi suatu kesalahan jika mana-mana sistem pentadbiran
Oleh hal demikian itu, golongan ini sepatutnya menjadikan ajaran dan syariat Islam sebagai cermin yang dapat mendidik peribadi agar tidak menzalimi diri sendiri, juga tidak menzalimi orang lain dengan lemparan demi lemparan tuduhan yang tidak berasas dari segi moral, apatah lagi dari segi agama yang suci ini.
* PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan