Jumaat, 7 Disember 2007

Kembalikan integriti badan kehakiman


LIDAH PENGARANG

TEKA-teki mengenai siapa bakal mengisi jawatan Ketua Hakim Negara terjawab semalam apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Datuk Abdul Hamid Mohamad, 65, sebagai peneraju institusi kehakiman di negara ini.

Pelantikan tersebut bagi menggantikan Tun Ahmad Fairuz yang bersara pada 1 November lalu.

Sesungguhnya rakyat amat berharap pelantikan Abdul Hamid dapat mengembalikan integriti kehakiman yang sedikit tercalar dengan dakwaan-dakwaan yang belum dapat dipastikan kesahihannya.

Tempoh setahun memegang jawatan itu kelak walaupun dilihat amat singkat tetapi merupakan cabaran besar bagi ketua hakim baru itu untuk sekurang-kurang ‘mengecilkan’ persepsi negatif yang telah terbentuk terhadap institusi kehakiman kita.

Semua pihak mesti mengakui bahawa sekecil zarah pun keraguan yang timbul terhadap institusi penegak keadilan itu, ia pasti memberi rangkaian kesan yang bukan sedikit.

Masyarakat tidak lagi ‘ikhlas’ ketika berurusan dengan badan kehakiman, setiap keputusan yang dibuat akan dipertikaikan - malah fungsi mahkamah sebagai tempat menegakkan keadilan mudah saja dipersoalkan.

Bahawa terdapat cubaan untuk menonjolkan dakwaan salah laku dalam badan kehakiman itu sendiri jelas menunjukkan telah wujud keraguan di kalangan kita terhadap mahkamah dan hakim-hakim.

Biar sekeras mana pun kerajaan mempertahankan bahawa imej badan kehakiman tidak tercalar, namun isi kandungan ‘surat layang’ atau tuduhan-tuduhan tidak boleh tidak mempunyai kesan yang tersendiri.

Semua pihak mesti diingatkan bahawa untuk membersihkan imej badan kehakiman tidak mudah, malah untuk memupuk kepercayaan masyarakat juga mengambil masa yang lama.

Namun untuk meruntuhkan keyakinan tersebut hanya memerlukan seminit atau kurang – menyebabkan kepercayaan yang terbentuk runtuh begitu sahaja.

Sebab itu, kita mahu melihat pelantikan Ketua Hakim Negara yang baru ini meniup udara bersih kepada institusi kehakiman dengan harapan kelak tiada lagi tohmahan, dakwaan serta tuduhan yang boleh mencalar lagi integriti badan berkenaan.

Kita mahu institusi kehakiman bukan sekadar menjadi lambang neraca keadilan sebaliknya setiap hakim yang menganggotai badan tersebut bersungguh-sungguh membuktikan bahawa mereka berfungsi seperti yang diharapkan.

Bukan sekali orang atas kehakiman dikaitkan dengan skandal – sedangkan sepatutnya insiden pertama dijadikan teladan supaya episod yang sama tidak berulang untuk ke sekian kalinya

Sudah tiba masanya cakap-cakap kurang enak sehingga boleh menjejaskan kemuliaan badan kehakiman ditutup bagi membuktikan bahawa integriti badan kehakiman bukan bermusim.

Ulasan : Komen yang telus dari pengarang Utusan Malaysia, moga boleh dijadikan renungan bersama.


Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude