Sabtu, 1 Disember 2007

7 bulan di dunia blog, 10 bulan di Bumi Kenyalang


Assalamualaikum buat semua pengunjung budiman. Hari ini genap blog ini mencapai 7 bulan usianya. Dilancarkan pada 1 Mei yang lepas, saya bersyukur blog ini masih mampu istiqamah berdiri sama teguh dengan blog yang lain. Benar, blog ini masih kerdil jika dibandingkan dengan blog yang lain. Apapun azam yang kuat dan kemahuan yang jelas, mendorong saya agar terus menyajikan bahan yang terbaik buat anda semua.


Seperkara lagi yang ingin saya kongsikan bersama ialah, telah genap 10 bulan saya berada di Bumi Kenyalang ini. Kecuali bahagian Limbang, bahagian-bahagian lain di sini telah saya jelajahi. Baru-baru ini, saya ke Mukah yang terdiri daripada beberapa kawasan di dalamnya. Antaranya Balingian, Dalat, Oya dan Igan. Subhanallah, benarlah bumi Mukah kaya dengan makanan tradisional tempatan iaitu umai(semacam sushi-ikan mentah dimakan bersama hirisan bawang besar dan titisan limau kasturi). Udang galah pun murah hampir sekali ganda berbanding Bandar Kuching.


Perjalanan balik dari Mukah ke Kuching menaiki twin otter(flight yang hanya memuatkan 10 penumpang dengan kipas di kiri kanan) agak mengecutkan perut. Apapun alhamdulillah saya selamat tiba dengan selamat. Sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam posting terdahulu, peluang dakwah di sini cukup terbuka luas. Terpulang kepada setiap kita yang terpikul tanggungjawab daie untuk melaksanakannya. Sebab itu, pesan saya kepada golongan ilmuan, sebarkanlah ilmu kepada masyarakat tempatan di sini kerana mereka amat memerlukan bimbingan daripada kita. Jangan leka dek elaun wilayah yang tinggi, kita hanya sibuk dengan urusan peribadi sehingga mengabai maslahah ummah.


Di sini juga, saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat seperjuangan saya-akhi Muhtar Suhaili ; jurutera muda yang penuh inspirasi dan tanggungjawab untuk memajukan minda dan ilmu masayarakt di sini(boleh rujuk linknya-al-Sarawaki). Semoga beliau terus istiqamah dengan perjuangan untuk menyebar dakwah di sini.


Akhir kalam, syukran kepada semua yang setia menjadi pengunjung dan pembaca artikel yang ada di blog ini. Moga dapat disebarluaskan untuk manfaat bersama. Wassalam.


1 Disember 2007, 21 Zulqaedah 1428 Hijrah
5.46 petang, Malaysia Timur.


3 ulasan:

M Fitri M Shukri berkata...

DHC6 Twin Otter ialah pesawat kegemaeran saya. Best gilerrrr... terutama bila pilot buat 'corner baring' mengelilingi awan!

Memamng Mukah tempat best. Dan peluang dakwah amat besar di bumi Melanau.

Unknown berkata...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,mudah2an usaha dakwah sentiasa berjalan lancar walaupun sentiasa dirintangi dengan pelbagai halangan sama ada kecil atau besar.

Memang mendebarkan apabila menaiki pesawat yang kecik tuu...Tambahan pulak aritu saya pertama kali menaiki kapal terbang. Mulut terkumat-kamit membaca doa. Harap2 dapat terbang dan mendarat dengan selamat.

Alhamdulillah, x muntah...

Tanpa Nama berkata...

Terus istiqamah!

Terima kasih kerana link ke blog saya :)

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude