Sabtu, 17 November 2007

Macam-macam ragam


Terengganu catat keputusan terbaik keseluruhan

PUTRAJAYA 15 Nov: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 yang dikeluarkan semalam, mencatat peningkatan dari segi bilangan calon yang memperoleh 5A dan lulus semua mata pelajaran.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang berpuas hati dengan prestasi calon UPSR tahun ini, berkata keputusan itu mencerminkan kejayaan program melahirkan modal insan yang diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Terengganu, Arifin Embong, berkata berdasarkan maklumat awal yang diterimanya, kira-kira 4,000 atau 17 peratus daripada 24,127 calon UPSR di negeri itu memperoleh 5A, berbanding 12.3 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, Jabatan Pelajaran negeri menetapkan sasaran 15 peratus murid memperoleh semua A dan pencapaian 17 peratus itu sangat membanggakan.

"Hampir semua sekolah mencatat peningkatan dari segi kelulusan atau pencapaian 5A," katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Bariah di Kuala Terengganu.

Sekolah berkenaan adalah antara sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang apabila 41 muridnya memperoleh 5A, meningkat hampir 60 peratus berbanding 28 tahun lalu.

Ulasan : Tahniah bagi yang berjaya. Jangan kecewa bagi yang berduka kerana result yang kurang cemerlang. Petanda yang baik, ramai anak orang miskin seperti nelayan, tukang sapu, pemandu lori yang berjaya. Benarlah faktor kejayaan bukan disebabkan pekerjaan orang tua kita tetapi kita sendiri yang berikhtiar dengan diikuti doa dan tawakkal kepada Allah.


IPOH 15 Nov. – Kerajaan akan menggubal satu undang-undang khas untuk mengharamkan semua jenis peraduan gores dan menang yang dijalankan oleh syarikat jualan langsung dalam tempoh terdekat ini, bagi mengelak lebih ramai pengguna menjadi mangsa penipuan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk S. Veerasingam berkata, ketika ini, kementerian tidak boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat jualan langsung berlesen yang menganjurkan peraduan gores dan menang jika mereka memang ada menyediakan hadiah kepada orang ramai.

‘‘Bagi syarikat jualan langsung yang menganjurkan peraduan gores dan menang, kita tidak boleh ambil tindakan jika mereka benar-benar menyediakan hadiah kepada pemenang peraduan tersebut.

‘‘Peraduan itu hanya dianggap sebagai kes penipuan dan boleh kenakan tindakan jika tiada barang-barang yang dijanjikan kepada pemenang tetapi dalam beribu-ribu peserta menyertai peraduan itu berapa ramaikah yang bertuah boleh mendapat hadiah.


Ulasan : Sekian lama kita didedahkan dengan peraduan gores dan menang yang banyak menganiaya pengguna, maka baru kini undang-undang akan digubal untuk menghukum pihak yang berkenaan. Peraduan gores dan menang sangat patut dilarang kerana ia menimbulkan banyak masalah seperti berhutang, ditipu, penceraian dan sebagainya.

MELAKA 15 Nov. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, beliau tahu bila pilihan raya umum ke-12 akan diadakan tetapi tidak dapat mengumumkannya.

“Saya tidak boleh berbohong yang saya tidak tahu bila (tarikh) pilihan raya umum akan datang. Saya tidak dapat beritahu bila masanya, tetapi saya telah beri cukup peringatan untuk semua pihak membuat persediaan,” katanya.

Sambil menjelaskan bahawa bahang pilihan raya umum semakin hampir, beliau meminta semua pihak bersedia kerana SPR tidak mahu sesiapa pun ketinggalan dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum.

‘‘Bila SPR sudah buat program taklimat seperti ini, harap-harap parti politik juga mula buat persediaan. Malah sebelum ini saya sudah banyak kali keluarkan amaran bahawa pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada bila-bila masa.

‘‘Apa yang saya boleh jamin, pilihan raya ke-12 nanti akan berjalan dengan telus dan adil tetapi jangan campur aduk dengan isu lain yang tidak berkaitan dengan bidang kuasa SPR,” katanya.


Ulasan : Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, tarikh pilihanraya jangan dibiarkan dalam keadaan teka-teki. SPR perlu mendesak pemerintah agar lebih telus dalam soal tarikh pilihanraya agar semua pihak yang bertanding mendapat peluang dan hak yang sama adil.


KUALA LUMPUR 15 Nov. – Kerajaan negeri Selangor telah melanggar sempadan pentadbiran yang bukan dalam bidang kuasanya apabila menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, PBT bukan agensi di bawah kerajaan negeri, sebaliknya terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak wajar memberikan penyapu kepada agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan kerana PBT bukan ‘hak mutlak’nya.

Menurut Rais, pemberian penyapu itu mengaibkan penerimanya lebih-lebih lagi diberi kepada penjawat awam di hadapan khalayak ramai.

Ulasan : Niat yang baik tidak semestinya menghalalkan cara. Apa yang dilakukan oleh MB Selangor mengundang pelbagai polemik. Memang ada pro dan kontranya, namun biarlah perubahan yang dibuat jangan sampai mencarik adat dan budaya kita. Bayangkan kalau beliau sendiri berada di tempat orang yang menerima penyapu itu? Mulut boleh berkata saya terima tetapi hati belum tentu. Mungkin rasa nak belasah je orang yang beri penyapu dekat kita

SEREMBAN 15 Nov. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan terus menggabungkan tiga strategi iaitu punitif (menghukum), pendidikan dan pencegahan dalam memastikan masyarakat Malaysia bebas rasuah, sekali gus mempunyai lebih integriti.

Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan berkata, rasuah merupakan penyakit sosial yang jika tidak dibendung, boleh menjatuhkan sesebuah negara dan pemerintah.

‘‘Lebih parah kalau jenayah rasuah dan salah guna kuasa ini menjadi budaya dalam sesebuah masyarakat hingga rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan dan sistem pentadbiran negara,” katanya.

Ulasan : Mohonlah kepada Allah dengan doa yang diajar Nabi saw apabila ada peluang untuk menerima rasuah " Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agamaMu dan taat kepadaMu. Rasuah dapt dielak jika seseorang mempunyai nilai ihsan dan integriti dalam diri . Dia yakin Allah memerhatikan segala perbuatannya. Waktu yang sama dia berjaya membendung hawa nafsunya yang menginginkan kemewahan dunia yang sementara dengan cara yang batil.

KANGAR 15 Nov. – Bukan seorang tetapi berkemungkinan dua. Itulah yang dinyatakan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung kesediaan negeri itu melantik wanita menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Menurut beliau, kelima-lima calon hakim wanita itu akan ditemu duga di sini petang esok oleh para pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kehakiman Syarie dan Jabatan Agama Islam Perlis.

‘‘Pada mulanya saya maklumkan kepada media bahawa wanita yang bakal mengisi jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah di negeri ini berusia 23 tahun. Saya tersilap. Beliau sebenarnya berusia 26 tahun.

Shahidan baru-baru ini mengumumkan bahawa Majlis Fatwa negeri itu bersetuju untuk menerima pelantikan wanita sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Persetujuan itu dicapai pada persidangan Majlis Fatwa Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin Sabtu lalu.

Jika perancangan itu menjadi kenyataan, Perlis akan menjadi negeri yang pertama di negara ini melantik hakim mahkamah syariah daripada kalangan wanita di negara ini.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mempertikaikan langkah Kerajaan Perlis melantik Hakim Syarie wanita daripada calon yang baru berusia 26 tahun.

Persatuan itu meragui kredibiliti wanita berkenaan yang disifatkan terlalu muda dan mempersoalkan sama ada beliau mempunyai cukup pengalaman untuk menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Ulasan : Saya juga sependapat dengan PGSM. Siapa calon tersebut? Adakah dia layak? Mengapa terlalu muda dan cukupkah pengalamannya untuk menjadi wanita pertama menjadi hakim syarie. Tidak salah wanita menjadi hakim sebagaimana pandangan ulama, tetapi biarlah orang yang ahli di dalam bidangnya. Jangan hanya kerana nak mengejar nama, porak peranda jadinya apabila institusi agama dipublisitikan.

Jadi sama-sama renungkan, macam-macam ragam.



17 November 2007, 7 Zulkaedah 1428,
7.42 pagi, Malaysia Timur.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah ragam akhir zaman. Yang benar dikata batil, yang batil dikata benar

Tanpa Nama berkata...

Syukur kepada Allah SWT. Tahniah kepada pendidik2 seluruh Malaysia khususnya pendidik2 dari negeri Terengganu kerana dapat mendidik anak-anak ini 4,000 org (17%) mendapat 5A menempa kejayaan rata-ratanya anak-anak orang Melayu. Tetapi yang sedihnya anak-anak Melayu yang sebaya di bandar seperti Kuala Lumpur, rata-rata sekolah di tengah bandaraya Kuala Lumpur : 8 org dapat 5A di SK Kiaramas, Persiaran Dutamas, SK Raja Muda Ab Aziz, Kg Baru, KL percaya tak - tak sampai 10 org dapat 5A. Apa sebab ?

Pencapaian 5A di Terengganu sungguh menakjubkan. Kita perlu tahu apa kah formula kejayaan anak-anak didikan di Terengganu berbanding dgn kelompok kecil di bandaraya Kuala Lumpur. Formula yang sama patut digunakan demi kejayaan anak-anak Melayu di seluruh Malaysia.

Analisa keputusan menilai prestasi sesebuah sekolah tersebut. Tetapi formula kejayaan pendidikan yang bagaimana boleh menyebabkan sekolah-sekolah di Terengganu mencapai keputusan cemerlang seperti di SK Seri Nilam, Chabang Tiga, Kuala Terengganu sehingga 39 orang dapat 5A.

Pendidik2 di seluruh negara sepatutnya berkumpul membincangkan formula kejayaan digunapakai di Terengganu utk diaplikasikan ke sekolah masing-masing samada di Kuala Lumpur atau di mana-mana saja.

Demi Bangsa Melayu khususnya.

iskandar zulkarnain berkata...

Terima kasih saudara Meor Radzuan atas komen. Benar kejayaan di Terengganu perlu dibongkar rahsianya. Saya yakin ini hasil kerjasama pelbagai pihak.

Tanpa Nama berkata...

Bila nak haramkan pertandingan gores dan menang tu? Setahun dah berlalu, jd ke x?

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude