Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada adik-adik pro-mahasiswa di UM yang berjaya menawan 11 kerusi daripada 46 kerusi keseluruhannya. Kalau tak silap saya, 2 kerusi umum dan 9 fakulti. Ini kejayaan yang membanggakan dan memberikan isyarat bahawa pro-mahasiswa akan bangkit dan sinar kemenangan telah mula muncul. Insya allah, pada tahun-tahun yang mendatang, jika diizin Allah, anda akan diberi taklif semula oleh Allah untuk memimpin mahasiswa kampus ke arah kebaikan.
Ternyata, walaupun dalam penindasan, konspirasi, penipuan dan manipulasi jentera pentadbir universiti, pro-mahasiswa masih berjaya menunjukkan keberanian untuk menegakkan kebenaran. Saya sentiasa percaya, apabila jalan diplomasi telah ditutup, maka suatu gerakan mencabar perlu diwujudkan. Maka di sana nati, sang penguasa akan cakna dan sedar bahawa geralan tulen mahasiswa tidak boleh diperlekhkan dan diperkotak-katikkan.
Buat adik-adik pro mahasiswa, di sini saya sertakan artikel Ghulam Dakwah (Iman dan Harakah) Bhgn 7 di bawah huraian potongan {7} untuk renungan bersama. Mungkin ada di antara anda akan diambil tindakan kerana vokalnya anda. Jangan takut, jangan gentar-sejarah telah membuktikan ujian menjadikan kita makin kuat sebagaimana para Nabi. Rezeki Allah itu luas, banyak pekerjaan yang halal yang boleh anda lakukan. Tunjukkan kepada mahasiswa kampus, anda juga boleh berjaya dalam akademik walaupun terlibat dalam persatuan. Bahkan andalah yang akan memimpin masyarakat kerana anda mempunyai kredibiliti, interpersonal skill dan kemahiran komunikasi hasil didikan dan penglibatan anda dengan organisasi atau persatuan mahasiswa di kampus.
Pada waktu yang sama, saya ingin merakamkan takziah buat sahabat saya di Pendang, Kedah yang rumahnya disamun. Barang kemas, duit, laptop dan handset antara yang hilang. Penjenayah yang tak berhati perut ini juga mengikat mereka dan mengacukan dengan pisau kepada mereka sebagai ugutan. Modus operandinya sama, apabila rumah seorang Menteri Muda di Sarawak dimasuki perompak bersenjatakan pisau rambo. Beliau kerugian hampir RM 400,000. Buat sahabatku, bersabar dengan ujian Allah. Insya allah kita doakan pencuri itu ditangkap segera dan ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku semalam. Moga Allah merahmatimu sekeluarga!
5 Oktober 2007, 23 Ramadhan 1428 H,
7.38 pagi, Malaysia Timur.
1 ulasan:
Tahniah n Takziah...
Catat Ulasan