Rabu, 31 Oktober 2007

Diri dan Iman

Diri & Iman


Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis...entah ar
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma'thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti
Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya liha mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali
Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih..=)Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma'thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnyaDiri : Terima kasih pegawai kewanganku ..
******Sekadar analogi mudah..Begitulah diri kita..Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu..Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu 'diternak' satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir

Mahasiswa Islam Tandus Budaya Ilmu

Mahasiswa Islam Tandus Budaya Ilmu

Berita Harian, 1 Februari 1994

ADA kalangan menyalahkan idea dakwah ala `Harakatul Islamiyyah' sebagai antara punca kelembapan mahasiswa. Sebagai kesan pemikiran begini, timbullah gejala konfrontasi, sloganisme dan sentimen yang merencatkan pertumbuhan pemikiran yang dinamik, kreatif dan futuris. Sebenarnya, jika seseorang itu meneliti pemikiran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam terkemuka seperti As-syahid Hasan al-Banna, Maududi, Fathi Yakan, Dr Hassan Turabi, Syed Qutb atau seumpamanya, mereka akan mendapati bahawa kelembapan gerakan mahasiswa Islam tidak berpunca dari situ bahkan kecemerlangan mahasiswa dan gerakan mahasiswa Islam boleh bermula dari situ.

Sebenarnya gerakan Islam tidak pernah menyeru kepada konfrontasi secara membuta tuli atau bersikap sentimen tanpa berpandukan akal yang rasional. Gerakan Islam adalah satu usaha ke arah pembaikan urusan ummah Islam (islah atau tajdid), memperbetulkan segala yang bertentangan dengan kehendak Islam sama ada kesalahan itu terletak kepada pemerintah atau ummah seluruh (nahi mungkar) dan menyeru ke arah Islam yang sebenarnya (amar makruf). Gerakan Islam tidak bergerak di atas landasan nafsu, perasaan atau sentimen. Sesuai dengan prinsip Islam, gerakan Islam berpandukan kepada pertimbangan akal yang rasional dengan al-Quran dan Sunnah sebagai parameter maksimum dan minimum.

Jika berlaku apa yang dikatakan gejala konfrontasi, slogan dan sentimen dalam gerakan mahasiswa Islam, itu bukan kesilapan pemikiran gerakan Islam tetapi adalah kesilapan mahasiswa itu sendiri yang gagal memahami dengan betul gagasan gerakan Islam, atau kegagalan mereka untuk merealisasikan apa yang mereka pelajari daripada pemikiran gerakan Islam. Inilah keadaan yang perlu diperbetulkan oleh mahasiswa Islam.

Pemikiran sesetengah mahasiswa Islam yang terkongkong dalam satu kerangka pemikiran tertentu yang dicerna daripada pengalaman gerakan Islam luar adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Hasan al-Banna sendiri menegaskan dalam bukunya, Usul Isyrin bahawa tidak ada satu pandanganpun yang bersifat mutlak melainkan yang datangnya daripada Allah s.w.t dan Nabi-Nya Muhammad s.a.w. Setiap generasi berhak membina perundangan mereka sendiri dengan berasaskan prinsip syariah yang jelas. Begitu juga kepelbagaian kawasan dan zaman membawa kepada perbezaan tasawur perjuangan, agenda dan tindakan sebuah gerakan Islam.

Ini bermakna idea daripada gerakan Islam luar yang menyangkut soal strategi atau pendekatan dakwah hendaklah terlebih dulu disaring oleh pendokong gerakan mahasiswa Islam sebelum digunakan dalam lingkungan masyarakat Malaysia. Ini kerana mungkin pendekatan yang dikemukakan oleh mereka relevan dengan situasi negara mereka, tetapi tidak di Malaysia.

Tanggungjawab dakwah menuntut mahasiswa Islam meneliti dan menganalisis suasana sekitar mereka dan mengemukakan alternatif yang lebih baik kepada masyarakat. Jeritan slogan, konfrontasi atau demonstrasi semata-mata tidak akan memberikan input yang bermakna kepada masyarakat. Dalam konteks kebangkitan Islam di Malaysia sekarang, ia sedang berada dalam zaman pembinaan peradaban Islam itu sendiri bukan dalam era `runtuh-meruntuh'. Apa yang diperlukan ketika ini ialah sumbangan mahasiswa Islam yang lebih bermakna dalam pembinaan masyarakat Islam. Mahasiswa Islam mestilah menyedari arus perdana dalam masyarakat dan negara sekarang, bukannya terperangkap dalam kota pemikiran yang mereka sendiri membinanya.

Dalam banyak perkara yang membabitkan pembinaan masyarakat dan negara, suara mahasiswa Islam tidak kedengaran. Apa pandangan mahasiswa Islam dalam soal masyarakat Malaysia, Melayu baru, bahasa dan seumpamanya seolah-seokah tidak kedengaran. Mahasiswa Islam bagaikan terpinggir daripada arus perdana, dan hanya mampu berteriak dalam universiti dalam soal yang sudah berlalu.

Perkara utama yang sebenarnya menyumbang ke arah kelembapan mahasiswa dan gerakan mahasiswa ialah kurangnya penguasaan ilmu dan pemikiran kreatif. Apa yang diketahui oleh kebanyakan mahasiswa ialah apa yang mereka pelajari secara khusus dalam bidang pengajian mereka, itupun tidak secara menyeluruh. Yang lebih dikejar oleh mahasiswa ialah mendapatkan sijil yang baik yang akan memberikan mereka peluang pekerjaan lebih baik.

Soal ilmu adalah soal kedua yang boleh dikesampingkan berbanding kepentingan sijil. Oleh kerana itu, penghayatan budaya ilmu di kalangan mahasiswa amat kurang sekali. Ini dipengaruhi pula oleh keadaan sekarang yang terlalu menekankan kepada aspek pencapaian luaran yang melupakan soal pembudayaan ilmu itu sendiri. Bagi seorang mahasiswa matlamat mereka datang ke universiti ialah sekadar memenuhi harapan untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam masyarakat. Di samping itu, dalam masyarakat kampus sekarang mahasiswa tidak dididik untuk menyintai ilmu dan berfikiran kreatif.

Begitu juga dengan mahasiswa yang membabitkan diri dalam gerakan Islam yang juga gagal membudayakan tradisi ilmu dalam diri mereka ataupun dalam gerakan mereka. Bukan saja mereka kurang membaca buku-buku di luar daripada bidang pengajian mereka bahkan mereka juga kurang menelaah pemikiran-pemikiran dalam gerakan Islam itu sendiri, baik yang bersifat tradisional ataupun moden. Mereka hanya bergantung kepada apa yang diberikan oleh abang-abang atau kakak-kakak usrah mereka tanpa perlu menimbang sama ada yang dikemukakan kepada mereka itu benar-benar bersesuaian dengan situasi mereka atau tidak. Bagaimana mahasiswa Islam boleh memberikan sumbangan yang bermakna kepada ummah Islam sekiranya mereka sendiri tidak memahami dengan jelas apa yang mereka perjuangkan.

Ada di kalangan mahasiswa yang membabitkan diri dalam gerakan Islam yang gagal memberikan alasan yang kukuh mengapa mereka membabitkan diri dengan satu-satu gerakan Islam sebagai wadah perjuangan mereka melainkan kerana itulah gerakan Islam yang dipilih oleh kakak-kakak atau abang-abang mereka yang terdahulu. Sedangkan salah satu daripada konsep utama dalam gerakan Islam ialah perlunya kefahaman mengenai hujah dan dalil mengapa sesuatu sikap itu diambil.

Mustafa Masyhur, salah seorang pimpinan al-Ikhwanul Muslimun di Mesir, dalam bukunya al-Qudwah ala tariq ad-dakwah menyebutkan ciri-ciri mahasiswa Islam contoh. Antaranya:

* Mahasiswa Islam hendaklah memperbetulkan niat. Kebanyakan mahasiswa Islam belajar hanya sekadar untuk mendapat segulung ijazah. Tetapi yang dikehendaki sebenarnya supaya ia belajar untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, umat Islam, menegakkan negara Islam serta mengisi ruang pengkhususan yang diperlukan oleh jemaah Islam.

* Mahasiswa Islam hendaklah membetulkan pandangannya terhadap pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaan akal mengenai maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab peperiksaan akhir tahun, tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya.

* Mahasiswa Islam contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman, pembersihan hati dan dendam dan hasad, pemarah dan takbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah.

* Mahasiswa Muslim contoh hendaklah berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan, mengatasi pelajar yang lain.

ISTERI SOLEHAH MENGATASI PARAS RUPA

ISTERI SOLEHAH MENGATASI PARAS RUPA
Sabda Rasullah s.a.w: “Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha. Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga. Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih calon isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan akhirat. Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.
Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya. Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan demi kebaikan diri serta agama. Melakukan Aktiviti yang Berfaedah Menuntut ilmu amat penting untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat untuk diri dan rumah tangganya. Setiap saat yang berlalu tidak dibiarkan terbuang begitu sahaja. Malah, dipenuhi dengan apa sahaja aktiviti yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan sama ada berbentuk majlis ilmu, membaca bahan bacaan yang melibatkan isu semasa umat Islam atau kitab-kitab muktabar. Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri. Malah, dikongsi bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini. Tidak dilalaikan oleh hiburan yang melampau. Tidak pernah terpengaruh dengan sekelilingnya yang sentiasa mengajak kepada kemungkaran. Sentiasa menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita dan berwaspada terhadap budaya berseronok-seronok yang sedang menyerang muda-mudi masa kini. Ketika rakan sebaya sedang asyik menikmati masa muda dengan cara berpeleseran, berpacaran, membuat janji temu dengan pasangan masing-masing, dia sibuk dengan kerja-kerja yang berguna untuk agama. Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat, menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti yang berfedah. Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi tidak pernah dinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah dia meminta agar dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH. Jiwa remajanya yang meruntun ke arah itu ditepisnya dengan iman dan takwa serta keyakinannya terhadap ALLAH.
Kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-NYA serta kegigihan untuk menjauhi segala yang diharamkan oleh ALLAH membantu dia menjalani zaman remaja yang penuh cabaran dengan benteng iman dan takwa. Mana mungkin dia melayan semua bisikan syaitan ke arah itu. Sedangkan dia amat jelas tentang hukumnya. Dia amat sedar akan batasan hubungan itu. Dalam al-Quran, surah al-Nur ALLAH memerintahkan agar wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina. Mentaati Ibu Bapa Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali menyakiti hati kedua-duanya. Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi: “Dan TUHANmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil." – Surah al-Israak: 23 – 24. Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan miskin, dia juga bersyukur dan bersabar.
Dirinya sentiasa sedar bahawa di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan dunia dan agamanya. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim. Dia juga sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad r.a yang sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar r.a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi Ummu Sulaim binti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar r.a dalam semangat yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup. Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin Oleh itu, adalah tidak wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan rumah tangga muslim yang bakal dibina. Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah.
Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: “(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26. Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh agama. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila salah seorang kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu, dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.” – Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan Ibn Hibban. Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya Namun, apa yang dilarang ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya.
Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak. Ini bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih menawan hati lelaki mukmin. Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu." – Surah al-Baqarah: 221. Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah. Sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama. Mendidik Isteri Tentang Agama Mungkin ada di kalangan muslimin yang mengatakan bahawa dia berupaya memberikan didikan agama yang secukupnya kepada bakal isterinya kelak setelah berumah tangga. Lalu memandang remeh usaha mencari wanita yang beragama sebagai calon isteri.
Tetapi, tidak ramai yang sedar bahawa bukan mudah mendidik isteri tentang agama dari mula sehingga dia benar-benar faham agama keseluruhannya. Usaha mendidik anak mungkin terbantut kerana isteri itu sendiri masih belum mendalaminya. Ini merumitkan lagi tugas suami kerana terpaksa menghabiskan tenaga yang banyak dalam mencari nafkah, mendidik isteri dan memastikan anak-anak membesar dengan agama yang sempurna. Sebaliknya, isteri yang telah pun faham dan mengamalkan tuntutan agama dengan baik akan memudahkan tugas suami. Bukan sahaja meringankan beban suami dengan memberikan pelbagai pandangan yang bernas untuk kebaikan rumah tangga, malah anak-anak juga membesar dengan didikan agama yang sempurna. Dan suami tadi tidak perlu lagi memikirkan cara mendidik isteri kerana dia sendiri telah pun faham segala tuntutan agama lalu menerapkannya kepada anak-anak dan rumah tangga. Paras Rupa, Harta Benda dan Kedudukan Tidak Kekal Kecantikan paras rupa, harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan. Namun, kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung badan. Sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga. Antara kelebihan wanita solehah ialah akan sentiasa menghiburkan hati suami, redha dan menghargai pemberian suami serta sanggup bersama suami sama ada ketika susah mahupun senang. Ini kerana, agama menuntut dia melakukan demikian. Sabda Rasululah s.a.w: “Tidak boleh bagi seorang manusia bersujud kepada manusia lain. Sekiranya perbuatan sujud seorang manusia kepada manusia lain ini baik, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana hak suami ke atasnya terlalu besar.” – Hadis tsabit riwayat Ahmad dan al-Bazzar. Sebuah riwayat menceritakan: “Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w kerana hajat tertentu. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kamu mempunyai suami? Dia menjawab: Ya. Sabda baginda: Bagaimanakah kamu dengan dia? Dia menjawab: Aku tidak melalaikan haknya melainkan jika melibatkan apa yang tidak mampu kulakukan. Sabda baginda: Kamu perlu lihat keadaan kamu daripadanya.
Sesungguhnya dia adalah syurga dan neraka kamu.” – Riwayat Ahmad dan al-Nasaai dengan sanad yang baik. Wanita solehah memahami hak suami. Dia berusaha menunaikan semua hak itu semata-mata kerana mengharapkan redha ALLAH. Apa sahaja masalah rumah tangga yang dihadapinya akan ditangani secara baik dan terbuka. Dia juga bersedia menerima segala sikap baik dan buruk suami. Serta memohon petunjuk ALLAH agar dipermudahkan segala masalah yang dihadapinya ketika melayari hidup berumah tangga. Dia tidak akan sekali-kali membuka rahsia suami kepada orang lain terutamanya yang melibatkan rahsia di tempat tidur mereka. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan isteri yang mendatanginya, lalu salah seorang mereka mendedahkan rahsia pasangannya.” – Riwayat Muslim. Mereka sentiasa gembira dan ikhlas menjalankan tugas sebagai isteri semata-mata kerana ALLAH dan yakin terhadap sabda Rasulullah s.a.w bahawa seorang wanita yang melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, menjaga kemaluan dan mentaati suami, dia boleh masuk syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. (Hadis sahih riwayat Ahmad dan al-Tobrani).
Oleh itu, segala perintah agama dilaksanakan sepenuh hati semata-mata kerana ALLAH. Muslimah yang baik sentiasa memahami bahawa ketaatan yang diberikan kepada suami adalah sebagai melaksanakan perintah ALLAH. Setelah itu dia akan diberikan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Keengganannya berbuat demikian mengundang laknat dan kemurkaan ALLAH. Tidak Menolak Permintaan Suami Wanita solehah tidak akan sekali-kali mengabaikan permintaan suaminya di tempat tidur. Dia sentasa berwaspada terhadap sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut: “Demi yang jiwaku di tangan-NYA, mana-mana suami yang memanggil isteri di tempat tidur, lalu isteri itu enggan memenuhinya, maka segala yang ada di langit dan bumi akan murka terhadapnya sehinggalah suaminya redha kepadanya.” – Riwayat Muslim.Dia juga memahami bahawa permintaan suaminya itu wajib dipenuhi segera dan tidak boleh ditangguhkan walaupun ketika itu dia sedang sibuk di dapur atau berada di atas kenderaan. Permintaan yang ditunaikan itu dapat menjaga dan membantu suaminya menghindari segala bisikan dan runtunan syahwat yang melanda fikirannya. Dan menenangkan jiwa suaminya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada dalam dirinya.” - Riwayat Muslim. Hal ini amat berbeza sekali dengan wanita yang tidak memahami tuntutan agama.
Mereka sewenang-wenangnya menolak permintaan suami dan menganggap perbuatan itu tidak mendatangkan sebarang dosa. Mereka sewenang-wenangnya memberi alasan penat atau sebagainya. Amaran dan ancaman laknat ALLAH dan malaikat terhadap perbuatan itu langsung tidak berbekas dalam hatinya. Wanita solehah yang memahami kewajipan itu akan berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya. Sepenat manapun, dia akan berusaha menunaikan segala permintaan suami. Ini kerana, redha ALLAH kepadanya terletak pada redha suami terhadap dirinya. Antara Suami dan Kerjaya Setinggi manapun kerjaya yang disandangnya, ia tidak sama sekali menyebabkan tugasnya di rumah diabaikan. Dia sentiasa sedar bahawa ketika berhadapan dengan ALLAH di akhirat kelak, dia akan ditanya sejauh mana dia melaksanakan amanahnya sebagai isteri. Bukan sebanyak mana harta yang berjaya dikumpul sepanjang berkerjaya. Kalaulah mereka sedar kelebihan yang akan mereka perolehi di akhirat kelak kerana mentaati suami sudah tentu mereka sanggup bersusah payah menunaikan hak suami. Sabda Rasulullah s.a.w: “Wahai para wanita, kalaulah kalian mengetahui hak suami ke atas kalian, nescaya salah seorang kalian akan sanggup menyapu debu yang ada pada kedua-dua telapak kaki suami menggunakan kemuliaan kulit mukanya.” – Riwayat Ibn Hibban dan al-Bazzar dengan sanad yang baik dan rijal yang tsiqaat. Alangkah malangnya wanita yang tidak sedar akan hal ini. Terutamanya setelah berkerjaya. Ramai wanita gagal melakukan tugasnya sebagai ibu dan isteri yang baik sebagaimana yang dituntut oleh agama. Wanita solehah sentiasa sedar akan tanggungjawabya terhadap rumah tangga.
Apa sahaja kerjaya yang disandang bukanlah penghalang untuk dia melakukan yang terbaik untuk rumah tangganya. Dia sentiasa sedar bahawa tugasnya terhadap rumah tangga mengatasi kerjayanya. Dan jika berlaku pertembungan antara kedua-dua tugas di atas, dia tidak teragak-agak untuk mendahulukan rumah tangganya berbanding yang lain. Menjaga Batas Pergaulan Isteri solehah sentiasa memelihara auratnya ketika berurusan dengan lelaki yang bukan mahram. Cara percakapan dan akhlak sentiasa diawasi agar tidak melanggar batasan syarak. Dia tidak bercakap melainkan perkara yang baik. Jauh sekali mengumpat dan mengeji orang lain. Larangan mengumpat, menghina dan mengejek orang lain yang dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah sentiasa terpahat dalam hatinya. Isteri solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa yang terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan pandangan yang bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami. Wanita pertama yang menjadi contoh terbaik dalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orang pertama yang beriman, membenarkan, menyokong, berkoran jiwa dan raga serta sentiasa bersama baginda di saat-saat sukar baginda dalam menyampaikan dakwah. Segala kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat pengiktirafan dan penghargaan daripada ALLAH S.W.T. Sehinggakan ALLAH dan Jibril berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah mahligai untuknya di syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAH terhadap segala kebaikan, layanan dan pengorbanannya buat suami tercinta. Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana baginda selalu bertahannuts di Gua Hirak: “Jibril mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makanan atau minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka sampaikanlah kepadanya salam TUHANnya dan daripadaku dan berilah khabar gembira kepadanya tentang sebuah mahligai di dalam syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada kesusahan dan keletihan di dalamnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sentiasa Bersih dan Kemas Wanita solehah telah dididik oleh keluarga yang beragama. Dia cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran hidup. Dia akan sentiasa menguruskan rumah tangga mengikut apa yang dipelajari dan dididik kepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amal ibadah, solat, puasa dan memastikan seluruh anggota keluarganya mentaati perintah agama. Dia juga sentiasa berhias untuk suaminya dan memastikan dirinya sentiasa kemas, bersih dan harum ketika berada di hadapan suami. Sabda Rasulullah s.a.w: “Antara punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara punca kecelakaan anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan kenderaan yang tidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawi yang sahih. Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan kecantikannya hanya untuk suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan suami melainkan apa yang cantik dan wangi. Dalam sebuah riwayat diceritakan: “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.” – Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani. Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang remeh perkara ini. Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan suami dalam keadaan kusut masai, berbau, pakaian compang-camping dan sebagainya. Lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada di rumah.
Sebaliknya apabila hendak keluar rumah, mereka berhias secantik mungkin untuk dipamirkan kepada lelaki yang tidak berhak melihatnya. Ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengundang dosa besar dan musibah terhadap keharmonian rumah tangga muslim. KesimpulanSebagai kesimpulan, dalam memilih calon isteri, faktor agama perlulah dijadikan matlamat utama. Jika itu yang dicari, sudah pasti suami akan mendapat segala kebahagiaan dan ketengan di dunia ini sebelum menuju kepada kebahagian yang kekal abadi di akhirat kelak. Seorang suami memerlukan pembantu yang solehah lagi bijaksana dalam melayari kehidupan berumah tangga. Dengan ini tugas suami dalam memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya menjadi lebih mudah. Dan bahtera rumah tangganya dapat belayar dan berlabuh dengan aturan yang betul dan diredhai ALLAH S.W.T.
Original Article, FromKak Sakinah Johor, Karangkraf.sakinah.ariff@ alaf21.com.
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar (30): 9) "Masuklah Islam Secara Kaffah" (al-Baqarah (2): 208), Dakwah perlu dilakukan pada setiap sudut dan dari setiap penjuru yang ada. Fokus perlu diperkuatkan kepada setiap bahagian yang mengalami kerosakan atau bermasaalah. Tidak kiralah masalah (kerosakan) itu besar atau pun kecil. "Janganlah kamu memperkecilkan perkara kebaikan itu sedikit pun, meskipun dalam hal bertemu saudara (seagama) dengan wajah yang manis."(Sahih Muslim, 2626)------------ --------- --------- ---

The Top 10 Languages Spoken In The World


The Top 10 Languages Spoken In The World

10. French
Number Of Speakers: 129 Million
Often called the most romantic language in the world, French is spoken in tons of countries, including Belgium, Canada, Rwanda, Cameroon, and Haiti. Oh, and France too. We're actually very lucky that French is so popular, because without it, we might have been stuck with Dutch Toast, Dutch Fries, and Dutch kissing (ew!).
To say "hello" in French, say "Bonjour" (bone-JOOR).


9. Malay-Indonesian
Number Of Speakers: 159 Million
Malay-Indonesian is spoken - surprise - in Malaysia and Indonesia. Actually, we kinda fudged the numbers on this one because there are many dialects of Malay, the most popular of which is Indonesian. But they're all pretty much based on the same root language, which makes it the ninth most-spoken in the world.
Indonesia is a fascinating place; a nation made up of over 13,000 islands it is the sixth most populated country in the world. Malaysia borders on two of the larger parts of Indonesia (including the island of Borneo), and is mostly known for its capital city of Kuala Lumpur.
To say "hello" in Indonesian, say "Selamat pagi" (se-LA-maht PA-gee).


8. Portuguese
Number Of Speakers: 191 Million
Think of Portuguese as the little language that could. In the 12th Century, Portugal won its independence from Spain and expanded all over the world with the help of its famous explorers like Vasco da Gama and Prince Henry the Navigator. (Good thing Henry became a navigator . . . could you imagine if a guy named "Prince Henry the Navigator" became a florist?) Because Portugal got in so early on the exploring game, the language established itself all over the world, especially in Brazil (where it's the national language), Macau, Angola, Venezuela, and Mozambique.
To say "hello" in Portuguese, say "Bom dia" (bohn DEE-ah).


7. Bengali
Number Of Speakers: 211 Million
In Bangladesh, a country of 120+ million people, just about everybody speaks Bengali. And because Bangladesh is virtually surrounded by India (where the population is growing so fast, just breathing the air can get you pregnant), the number of Bengali speakers in the world is much higher than most people would expect.
To say "hello" in Bengali, say "Ei Je" (EYE-jay).


6. Arabic
Number Of Speakers: 246 Million
Arabic, one of the world's oldest languages, is spoken in the Middle East, with speakers found in countries such as Saudi Arabia, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lebanon, and Egypt. Furthermore, because Arabic is the language of the Koran, millions of Moslems in other countries speak Arabic as well. So many people have a working knowledge of Arabic, in fact, that in 1974 it was made the sixth official language of the United Nations.
To say "hello" in Arabic, say "Al salaam a'alaykum" (Ahl sah-LAHM ah ah-LAY-koom) .


5. Russian
Number Of Speakers: 277 Million
Mikhail Gorbachev, Boris Yeltsin, and Yakov Smirnoff are among the millions of Russian speakers out there. Sure, we used to think of them as our Commie enemies. Now we think of them as our Commie friends. One of the six languages in the UN, Russian is spoken not only in the Mother Country, but also in Belarus, Kazakhstan, and the U.S. (to name just a few places).
To say "hello" in Russian, say "Zdravstvuite" (ZDRAST-vet- yah).


4. Spanish
Number Of Speakers: 392 Million
Aside from all of those kids who take it in high school, Spanish is spoken in just about every South American and Central American country, not to mention Spain, Cuba, and the U.S. There is a particular interest in Spanish in the U.S., as many English words are borrowed from the language, including: tornado, bonanza, patio, quesadilla, enchilada, and taco grande supreme.
To say "hello" in Spanish, say "Hola" (OH-la).



3. Hindustani
Number Of Speakers: 497 Million
Hindustani is the primary language of India's crowded population, and it encompasses a huge number of dialects (of which the most commonly spoken is Hindi). While many predict that the population of India will soon surpass that of China, the prominence of English in India prevents Hindustani from surpassing the most popular language in the world. If you're interested in learning a little Hindi, there's a very easy way: rent an Indian movie. The film industry in India is the most prolific in the world, making thousands of action/romance/ musicals every year.
To say "hello" in Hindustani, say "Namaste" (Nah-MAH-stay) .


2. English
Number Of Speakers: 508 Million
While English doesn't have the most speakers, it is the official language of more countries than any other language. Its speakers hail from all around the world, including the U.S., Australia, England, Zimbabwe, the Caribbean, Hong Kong, South Africa, and Canada. We'd tell you more about English, but you probably feel pretty comfortable with the language already. Let's just move on to the most popular language in the world.
To say "hello" in English, say "What's up, freak?" (watz-UP-freek) .


1. Mandarin [Chinese]
Number Of Speakers: 1 Billion+
Surprise, surprise, the most widely spoken language on the planet is based in the most populated country on the planet, China. Beating second-place English by a 2 to 1 ratio, but don't let that lull you into thinking that Mandarin is easy to learn. Speaking Mandarin can be really tough, because each word can be pronounced in four ways (or "tones"), and a beginner will invariably have trouble distinguishing one tone from another. But if over a billion people could do it, so could you. Try saying hello!
To say "hello" in Mandarin, say "Ni hao" (Nee HaOW). ("Hao" is pronounced as one syllable, but the tone requires that you let your voice drop midway, and then raise it again at the end.)


As we move through life we make a lot of friends along the way. Some of them will stay with us for a very long time while others will just slip away, but the best ones are the ones that leave a mark

Selasa, 30 Oktober 2007

Cerpen menarik berjiwa Islam


Saya terbaca cerpen ini yang tidak diketahui penulisnya tetapi sangat menarik. Dunia Islam Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan. "Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. "Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang.Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. "Hoi budak, Aku di mana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak.
Serban mereka berwarna hitam berjalur biru. "Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali." Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak.Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? " Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh. "Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. "Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu?Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar.
Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula -Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. " "Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa."
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Dimana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah,namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini." Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar. "Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..." Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring danjelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa. "Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Nerakaamat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya.
Ia terlepas ....Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum.Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan : "Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed AlAbrar, hartawan besar berada di Jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman.Sila datang!" Datuk Dr. Johar orang besar DarulGhurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga. "Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di siniuntuk lelaki." "Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum."Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.
Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih. "Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..." "Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...."Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya. Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. "Nasi beriani sepinggan!"ujarnya kepada pelayan. "Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan. "Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan. Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?"tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu keempat orangenikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. "Jemput makan dengan nama Allah yang memberiezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang. " Ya Allah,apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, "ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja. "Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ....malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita. Tolonglah terima sedekah kita. Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita, keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.
Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!"ujarnya kepada pelayan restoran. "Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan....berhentilah sebelum kenyang. Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram. "Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khususuntuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital! "Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan. "Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya. "Di sana,tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.
Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: 'RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI..
Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. "Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.T op-hit anak-anak muda sekarang..." "Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mumendamba kasih yang tidak berhujungmengutip sayang di hamparan cinta suci.Inilah getaran hatiku memburu cinta.......stanza hati merindu Ilahi!"Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. "Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. "Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yangboleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri." " Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka." "Ah, aku tak nak dengar semuanya. makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIRTRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy, meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar. "Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya..." "Habis, mereka mahu apa?" "Mereka mahu Islam, Datuk!" "Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya. "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI

Why are Jews so powerful ?

Why are Jews so powerful? Dr Farrukh Saleem There are only 14 million Jews in the world; sevenmillion in the Americas, five million in Asia, twomillion in Europe and 100,000 in Africa. For everysingle Jew in the world there are 100 Muslims.
Yet,Jews are more than a hundred times more powerful thanall the Muslims put together. Ever wondered why? Jesus of Nazareth was Jewish.
Albert Einstein, themost influential scientist of all time and TIME magazine's 'Person of the Century', was a Jew. SigmundFreud -- id, ego, superego -- the father ofpsychoanalysis was a Jew.
So were Karl Marx, PaulSamuelson and Milton Friedman. Here are a few other Jews whose intellectual outputhas enriched the whole humanity: Benjamin Rubin gavehumanity the vaccinating needle. Jonas Salk developedthe first polio vaccine.
Alert Sabin developed theimproved live polio vaccine. Gertrude Elion gave us aleukaemia fighting drug. Baruch Blumberg developed thevaccination for Hepatitis B. Paul Ehrlich discovered atreatment for syphilis (a sexually transmitteddisease). Elie Metchnikoff won a Nobel Prize ininfectious diseases.
Bernard Katz won a Nobel Prize in neuromusculartransmission. Andrew Schally won a Nobel inendocrinology (disorders of the endocrine system;diabetes, hyperthyroidism). Aaron Beck foundedCognitive Therapy (psychotherapy to treat mentaldisorders, depression and phobias). Gregory Pincusdeveloped the first oral contraceptive pill.
GeorgeWald won a Nobel for furthering our understanding ofthe human eye. Stanley Cohen won a Nobel in embryology(study of embryos and their development). Willem Kolffcame up with the kidney dialysis machine. Over the past 105 years, 14 million Jews have won15-dozen Nobel Prizes while only three Nobel Prizeshave been won by 1.4 billion Muslims (other than PeacePrizes). Why are Jews so powerful?
Stanley Mezor invented thefirst micro-processing chip. Leo Szilard developed thefirst nuclear chain reactor. Peter Schultz, opticalfibre cable; Charles Adler, traffic lights; BennoStrauss, Stainless steel; Isador Kisee, sound movies;Emile Berliner, telephone microphone and CharlesGinsburg, videotape recorder.
Famous financiers in the business world who belong toJewish faith include Ralph Lauren (Polo), LevisStrauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's),Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers),Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), IrvRobbins (Baskins & Robbins) and Bill Rosenberg (DunkinDonuts). Richard Levin, President of Yale University, is a Jew.So are Henry Kissinger (American secretary of state),Alan Greenspan (fed chairman under Reagan, Bush,Clinton and Bush), Joseph Lieberman, MadeleineAlbright (American secretary of state), CasperWeinberger (American secretary of defence), MaximLitvinov (USSR foreign Minister), David Marshal(Singapore's first chief minister), Issac Isaacs(governor-general of Australia), Benjamin Disraeli(British statesman and author), Yevgeny Primakov(Russian PM), Barry Goldwater, Jorge Sampaio(president of Portugal), John Deutsch (CIA director),Herb Gray (Canadian deputy PM), Pierre Mendes (FrenchPM), Michael Howard (British home secretary), BrunoKreisky (chancellor of Austria) and Robert Rubin(American secretary of treasury). In the media, famous Jews include Wolf Blitzer (CNN),Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (WashingtonPost), Henry Grunwald (editor-in-chief Time),Katherine Graham (publisher of The Washington Post),Joseph Lelyyeld (Executive editor, The New YorkTimes), and Max Frankel (New York Times).
Can you name the most beneficent philanthropist in thehistory of the world? The name is George Soros, a Jew,who has so far donated a colossal $4 billion most ofwhich has gone as aid to scientists and universitiesaround the world. Second to George Soros is WalterAnnenberg, another Jew, who has built a hundredlibraries by donating an estimated $2 billion. At the Olympics, Mark Spitz set a record of sorts bywining seven gold medals. Lenny Krayzelburg is athree-time Olympic gold medalist. Spitz, Krayzelburgand Boris Becker are all Jewish. Did you know that Harrison Ford, George Burns, TonyCurtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, BillyCrystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers,Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, KirkDouglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner,Jerry Lewis and Peter Falk are all Jewish? As a matterof fact, Hollywood itself was founded by a Jew.
Among directors and producers, Steven Spielberg, Mel Brooks,Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210),Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo1/2/3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman(One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks(The thief of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters)are all Jewish. To be certain, Washington is the capital that mattersand in Washington the lobby that matters is TheAmerican Israel Public Affairs Committee, or AIPAC.Washington knows that if PM Ehud Olmert were todiscover that the earth is flat, AIPAC will make the109th Congress pass a resolution congratulating Olmerton his discovery. William James Sidis, with an IQ of 250-300, is thebrightest human who ever existed. Guess what faith didhe belong to?
So, why are Jews so powerful? Answer: Education.

Dakwah di Kalangan Mahasiswa : Tuntutan dan Cabaran

PENGERTIAN DAKWAH MENURUT ISLAM

Dari segi bahasa, dakwah bererti menyeru,memanggil sama ada kepada yang hak atau yang batil. Dalam istilah syarak ia membawa perngertian yang lebih khusus, iaitu menyeru atau memanggil ke jalan Allah.

Firman Allah yang bermaskud:

"Katakanlah, inilah jalan (Deenku), aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) ke jalan Allah dengan hujjah yang nyata." (Surah Yusuf, 108)

Dalam Islam, melaksanakan dakwah adalah tugas pokok para Anbiya'. Malahan mereka dibangkitkan untuk berdakwah. Para Anbiya' tanpa berkecuali ditugaskan berdakwah kepada kaumnya, dan memang mereka diutuskan untuk menyeru kaum mereka, agar manusia beriman kepada Allah, beribadah kepadaNya, tidak mensyirikkanNya kepada sesuatu dan berpegang teguh kepada syariat yang ditetapkanNya.


Orang-orang yang beriman adalah mereka yang mentaati jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka mereka tidak akan meninggalkan tugas dakwah, kerana tugas ini tidak sepatutnya terpisah dari sifat mereka yang mengaku tergolong daripada kalangan kaum muslimin. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru ke jalan Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang yang menyerah diri (muslimin)." (Surah Fussilat: 33)

DALIL-DALIL TUNTUTAN DAKWAH

Syarak menuntut dakwah dilaksanakan di atas beberapa sebab, antaranya:

i. Untuk menyelamatkan diri dari azab Allah (al-A'raf: 164-165)
ii. Untuk menyelamatkan Ummah (al-Anfal: 25, al-Maidah: 78)
iii. Untuk memenuhi sifat mukmin sejati (Ali Imran: 104)
iv. Untuk membezakan diri dari golongan munafik ( At-Taubah: 31,67)
v. Untuk mewarisi jalan Rasulullah s.a.w. (Ali Imran: 31, Yusof: 108)
vi. Untuk memastikan keutuhan Ummah ( Al-Maidah: 2)

HUBUNGAN DAKWAH DENGAN TUNTUTAN IMAN


Dakwah dijalan Allah terjumlah dari keimanan kepada 5 perkara:

a) Dakwah merupakan salah satu dari tuntutan iman (Al-Ahzab: 72, Al-Hajj: 67)
b) Dakwah sebagai bukti keimanan ( Al-Baqarah: 165, Al-Maidah: 54)
c) Dakwah adalah syarat kesempurnaan Iman (Surah Al-Fussilat: 33)
d) Dakwah menjadi benteng kepada Iman dari godaan syaitan (Al-A'raf: 27)
e) Dakwah sebagai bekalan mengukuhkan Iman (Muhammad: 7, Al-Ankabut: 69)


KEDUDUKAN DAKWAH DARI SEGI HUKUM SYARA'


Allah s.w.t. memerintahkan umat Islam supaya sentiasa menjaga keimanan mereka daripada sebarang kelemahan yang boleh menggugat syahadah mereka terhadap Allah. Oleh kerana menjaga kesejahteraan Iman itu wajib dan salah satu cara terpenting untuk menjaganya adalah dengan melaksanakan dakwah di jalan Allah, maka tidak dapat tidak, melakukan dakwah itu sendiri adalah wajib. Ini kerana sekiranya dakwah itu tidak dijalankan maka manusia akan mudah dipengaruhi dan dipimpin oleh syaitan dan bala tenteranya.



Dalam surah Al-An'am ayat 116 ada menjelaskan bahawa orang-orang yang tidak berpegang kepada jalan Allah hanya mengikut persangkaan mereka belaka. Mereka tidak mengenal apa yang dinamakan makruf dan mungkar. Mereka juga tidak mempunyai kayu ukur yang jelas terhadap tingkah laku dan amalan mereka.



Oleh kerana kaum muslimin sahajalah yang mempunyai neraca yang membezakan perkara yang makruf dan mungkar, maka sudah tentulah tugas menyeru makruf dan mencegah mungkar terletak di bahu umat Islam. Tanggungjawab ini dengan sendirinya menjadikan tugas dakwah fardhu kepada orang-orang yang beriman. Hukum fardhu ini telah disepakati oleh para ulamak pada setiap zaman.



Fardhu Kifayah



Sebahagian besar ulama' Islam mengatakan bahawa melaksanakan dakwah ialah salah satu fardhu Kifayah ke atas masyarakat Islam, berdasarkan firman Allah:



"Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beriman." (Ali Imran: 104)



Dari ayat di atas, mereka berpegang bahawa yang dituntut oleh syara' ialah sebahagian daripada umat Islam untuk melakukan kewajipan ini. Di mana dari ayat ini juga mereka mengqiaskan yang umum, iaitu amal makruf dan nahi mungkar dengan khusus, iaitu berperang dengan senjata. Apabila khusus itu hukumnya dalam keadaan biasa ialah fardhu kifayah, maka hukum yang umum, iaitu segala bentuk amal makruf dan nahi mungkar dalam pengertiannya juga adalah fardhu kifayah selagi mana tiada kerahan umum yang diisytiharkan oleh pihak pemerintah di dalam sebuah negara Islam.



Fardhu Ain



Setengah-setengah ulama' mengatakan bahawa melaksanakan dakwah itu adalah fardhu Ain, mengikut kadar keupayaan. Para ulama' yang berpendapat bahawa dakwah itu fardhu Ain ke atas setiap muslim adalah kerana berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tiada kuasa maka dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."(Muslim)


Mereka berperang bahawa firman Allah dalam surah Ali-Imran itu adalah sebagai bayan atau penjelasan dan bukan sebagai tab'id atau bertujuan untuk menunjukkan atas dua alasan ini:



i) Allah mewajibkan agar amar makruf dan nahi mungkar ke atas seluruh umat Islam berdasarkan firmannya dalam Ali-Imran:110
ii) Tidak akan dibebankan kecuali untuk membuat amar makruf nahi mungkar, baik dengan tangan, lisan dan hati. Bagi setiap orang pula wajib ia menolak dengan membawa mudharat atau kerosakan pada dirinya.



Yang lebih kuat atara dua pendapat ini adalah yang mengatakan dakwah adalah fardhu Ain ke atas setiap muslim menurut kadar keupayaannya. Ini kerana berdasar dua keadaan utama:

a) Seorang muslim yang mendiamkan dirinya daripada menyebarkan sesuatu yang makruf dengan beranggapan ada orang lain yang telah melakukannya, mungkin akan meluputkan banyak kebajikan dari kumpulan kaum muslimin dan juga merupakan penyembunyian hidayah Allah sepertimana dalam Firman Allah, surah Al-Baqarah:159.



b) Sikap berlengah-lengah dalam mencegah yang mungkar kerana bergantung kepada usaha orang lain akan membawa kepada keadaan yang lebih teruk sehingga tidak boleh dicegah lansung. Ianya ibarat penyakit kanser sehingga boleh membunuh sel-sel keimanan. Walaupun ada individu yang bangkit untuk mencegah kemungkaran, tanggungjawab ini sekali-kali tidak akan gugur sehinggalah ia menyaksikan sendiri bahawa usaha orang lain tersebut telah berjaya menghentikan atau menghalang kemungkaran itu.



CABARAN DALAM DAKWAH



1. Cabaran Aqidah, Ideologi, dan Kebudayaan
2. Cabaran Dalaman
3. Cabaran Sosial
4. Cabaran Ekonomi
5. Cabaran Sebaran Am
6. Cabaran Keselamatan dan Ketenteraan



Kesimpulan :

Cabaran ke atas aqidah umat Islam khususnya mahasiswa kampus masa kini membuatkan tugas dakwah merupakan tugasan yang fardhu ain bagi setiap individu muslim yang memahami. Ianya terdiri daripada menyuruh yang makruf dan meninggalkan kemungkaran. Orang-orang yang beriman adalah mereka yang mentaati jalan yang ditunjukkan olah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan tidak meninggalkan tugas dakwahnya dengan membiarkan kegelapan dan kesesatan menyelubungi hidup umat Islam.

Benarkah Islam satu agama mundur?

Benarkah Islam satu agama mundur?
Oleh: DR. SIDEK BABA

Meneliti keadaan umat Islam hari ini , ada yang berpendapat bahawa kemunduran yang dialami akibat kerana agama Islam itu sendiri tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Istilah Islamphobia atau `ketakutan pada Islam’ wujud kerana Islam dihubungkan sebagai agama pengganas, ekstrem dan fanatik. Syariah Islam dianggap tidak sesuai dengan proses kemodenan yang sedang berlangsung. Sesetengah yang lain berpendapat bahawa Islam hanya sesuai untuk ritual atau kerohanian tetapi jangan dicampuradukkan dengan cara hidup.

Kemurnian Islam akan menjadi rosak sekiranya Islam dihubungkan sebagai suatu cara hidup. Malah ramai juga yang berpendapat bahawa kemajuan yang dibawa oleh Barat itu sudah Islam. Mengapa harus heboh-heboh mengenai pengislaman ilmu, ekonomi, pendidikan dan sistem. Ikut saja apa yang Barat buat, maka majulah umat Islam.

Kenyataan seperti di atas harus diperiksa secara ilmiah apakah yang menyebabkan kemunduran umat Islam, mengapa maksud jihad menjadi kebencian orang-orang Barat, mengapa Islam dikaitkan dengan kemunduran dan mengapa Islam sering menjadi ketakutan dan kebencian banyak pihak. Apakah yang silapnya itu ialah penganutnya atau agama Islam itu sendiri. Para remaja sebagai generasi penerus harus memahami dengan baik bahawa menjadi seorang Islam tidak harus dirasakan sebagai beban dan penganut agama itu sewajarnya mempunyai imej maju dan cemerlang.

Remaja hari ini terutama mereka yang sedang berada di pusat-pusat pengajian dan pendidikan negara merupakan generasi yang berpotensi untuk mencetuskan perubahan. Remaja tidak harus menjadi ‘pak turut’ atau pengekor terhadap tanggapan yang negatif kepada Islam. Sebagai remaja Islam, kenyataan-kenyataan yang negatif harus diteliti dengan saksama dan bijaksana di samping kesediaan untuk mengakui bahawa antara kelemahan itu adalah berpunca dari diri remaja dan umat Islam sendiri.

Pertama, harus difahami tentang Islam itu sendiri dari sudut konsep, sejarah dan sumbangannya terhadap pembangunan ilmu dan tamadun. Pemahaman ini amat penting supaya remaja harus dapat membezakan mengenai kekuatan yang ada pada Islam dan kelemahan yang terdapat pada umat. Amat tidak adil kelemahan umat dikaitkan dengan sifat agama itu sendiri. Dan lebih tidak adil jika remaja membuat kesimpulan bahawa agama menghalang umat untuk maju dan moden.

Islam tidak hanya agama dalam bentuk suatu sistem kepercayaan semata-mata. Asas akidah dan iman yang ada pada pemeluknya memberi kesan terhadap akhlak dan cara hidupnya. Kalaulah Islam hanya suatu sistem kepercayaan semata-mata, tidakkah sejarah silamnya mendukung ilmu dan tamadun yang berasaskan sains dan matematik di samping keutamaan kepada sifat amanah, jujur, adil, tulus dan telus.

Oleh itu amat penting remaja Islam memahami agamanya secara menyeluruh dan sumbangan umat Islam terhadap tamadun ilmu di Eropah dan juga umat manusia. Memahami proses sejarah jatuh-bangun sesuatu tamadun memudahkan remaja Islam melihat kekuatan dulu, meneliti kelemahan hari ini dan merancang strategi membangun umat pada masa depan.

Kedua, remaja Islam harus mengkaji pengalaman sejarah penjajahan yang berlaku terhadap umat Islam sehinggalah ke tahap berlakunya globalisasi yang memperlihatkan penguasaan Barat terhadap ilmu, pemikiran dan cara hidup yang mempengaruhi sebahagian besar umat Islam untuk ratusan tahun. Islam tidak mengambil pendekatan menentang Barat dan Timur semata-mata kerana ia berbeza dari sudut geografi atau sejarah.

Sifat Islam yang sejagat mengemukakan nilai-nilai yang fitrah untuk dijadikan pedoman dan pertunjuk untuk seluruh umat manusia. Terdapat manfaat berbanding dalam perkembangan sains dan teknologi Barat yang tidak menghalang umat Islam memanfaatkannya. Cuma Islam memberi keutamaan kepada akhlak pengguna. Teknologi sebagai alat digunakan oleh remaja Islam yang berakhlak dan ia akan memberi nilai guna yang tinggi.

Kritik kita tentang Barat ialah asas pemikiran dan kemajuannya tidak merujuk kepada agama sebagai sumber. Epistemologi atau asas binaan ilmu di Barat banyak bergantung kepada kekuatan akal sedangkan Islam menghubungkan faktor agama untuk memimpin akal. Oleh itu tasawwur atau pandangan semesta Barat tentang sesuatu, banyak yang bercanggah dengan kefahaman Islam itu sendiri.

Agama Islam adalah agama yang memberi pedoman kepada manusia bagaimana ilmu dan pendidikan harus dibangunkan, bagaimana ekonomi dan pengurusan harus berlaku, bagaimana kemajuan yang seimbang dapat dicetuskan dan bagaimana maqasid atau maksud kepada syariah atau hukum Islam menjaga kepentingan agama, keturunan, akal, maruah dan harga diri umat manusia dapat dilaksanakan dengan bijaksana.

Sebagai agama dan Cara Hidup Islam menghubungkan pemikiran, ilmu, pendidikan dan kemajuan dengan nilai-nilai baik supaya manusia mempunyai nilai-nilai manusiawi yang tinggi dan memiliki teladan yang menjadi contoh ikutan.

Ketiga, orientasi berfikir dan hidup masyarakat Islam sudah bercampur aduk. Islam tidak menolak adanya kepelbagaian dan asas litaarafu yang disebutkan dalam al-Quran dengan maksudnya yang luas supaya isu kelainan bangsa, agama, budaya dan sistem nilai didekati dengan bijaksana, namun ayat-ayat Allah atau pun al-Quran adalah pedoman yang sentiasa hidup dan menghidupkan untuk faedah umat manusia.

Ayat al-Quran yang pertama disampaikan kepada Nabi Muhammad iaitu Al Alaq menekankan tentang kepentingan ilmu. Maksud Bacalah dengan nama Tuhanmu memberi asas yang kuat tentang kepentingan ilmu tidak saja meneliti apa yang tersurat tetapi mengkaji apa yang tersirat. Maksud Alaqa dalam surah tersebut memberikan asas tentang ilmu sains embriologi atau kejadian manusia dan konsep al Kalam memberi makna yang amat besar tentang kepentingan ilmu dimana akal dan pancaindera manusia sebagai alat terhadap perkembangan ilmu dan ilmu yang dipandu oleh hikmah atau al-Quran memberikan manusia kekuatan untuk melakukan penerokaan saintifik tetapi dipandu oleh petunjuk dan perisyaratan dari Allah. Darinya bakal lahir ilmuan dan saintis yang melakukan tadabbur (kaji selidik) terhadap hikmah kejadian dan dalam masa yang sama beriman terhadap kebesaran dan keperkasaan Allah mencipta dan mengaturkan alam ini dengan tertib, tersusun berasaskan Qada dan Qadar (ketentuan-Nya) Allah.

Oleh itu dalam siri-siri seterusnya saya akan berkongsi ilmu, pemahaman kepada remaja tentang Islam sebagai agama yang sering menimbulkan salahfaham orang Bukan Islam malah orang Islam sendiri. Islam sering dikaitkan dengan kemunduran sedangkan Islam adalah agama yang maju dan sering mendukung kemajuan.

Bezanya, perspektif Barat dan Islam mengenai kemajuan sudah tentu terdapat perbezaannya. Islam dalam erti kata sebenar diletakkan dalam suatu ‘penjara’ dan umat Islam hari ini diletakkan dalam sebuah ‘rumah kaca’ untuk dilihat serba tak kena dan menjadi punching-bag atau beg tinju bagi mereka memburukkan lagi Islam.

Para remajalah sewajarnya melakukan pencerahan dan penjernihan kembali Islam supaya gambaran tentang ajaran, sejarah dan tamadunnya menyumbang ke arah kemajuan dan perubahan yang sifatnya manusiawi.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, Selangor

Isnin, 29 Oktober 2007

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikirtentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindumendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu', tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahirmempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Good approach by Dr Danial Zainal Abidin

Good approach by Dr Danial... maybe useful tool> untuk nasihat anak2 remaja... > > Soalan > > Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas> telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal> Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:> Dr.> Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan> seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina.> Tetapi> saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas> dengannya.> Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya> tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan> saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman.> Tetapi> saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya> rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan> nasihat tuan.> > Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin: > > Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang> keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas> perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah> saya> menulis jawapan ini kepada saudara. > > Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis.
Satu di> antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah> yang> menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon> dalam bukunya The History of Decline and Fall of the> Roman Empire telah menulis bahawa: Segala> dasar-dasar> akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai> orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir> abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di> ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali! > > Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran> yang> seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku> diutuskan> untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis> riwayat> Ahmad & Baihaqi)> > Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu> pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak> menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia> mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah> menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya> menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan> mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.> > Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:> Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah> isterimu> dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah> ayat 223)
Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin,> puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu,> melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan> kerana kemudaratannya. > > Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini> banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme> yang> dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence,> Italy> yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam> bukunya The Prince telah menekankan konsep the end> justifies the means ataupun niat membersihkan cara.> Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah,> khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya.> Semua adalah halal bagi Machiavelli. > > Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan> krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat> berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah> tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca> berita> RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci> kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai> yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci> walaupun tanpa perkahwinan! > > Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks> bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan.> Nilai> agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari> kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas> kepada> dunia.> >
Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS,> contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der> Spiegel> pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer> Epidemic> in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di> Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.> > Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah> dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan> Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika> mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai> lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi> masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding> dengan> anak-anak lain (Rujukan: California Teenage> Pregnancy> Statistics). > > Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan> penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di> kalangan> remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan> yang> membanggakan bagi dunia moden. > > Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.> Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat.> Syariat> mengharamkan zina.
Nabi kita bersabda, Selepas dosa> syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar> daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj> yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad &> Thabrani) > > Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke> jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan> keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan> sebaliknya> lambang kemunduran dan kehancuran. > > Kaum Lut hancur kerananya. > Kota Pompei hancur kerananya. > Empayar Rom juga hancur keranannya. > Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.> > Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin > (M.B.Ch.B. Universiti Alexandria) > Doktor Perubatan, > Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy, > Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang), > Penulis 8 buah buku, > Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf, > Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, > Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung > Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan dan > Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)








Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude