Isnin, 2 Julai 2007

Penyelesaian Dalam Kekalutan

Saya telah diminta untuk menyampaikan suatu ceramah yang bertajuk Iman dan Taqwa Menjana Insan Berintegriti kepada sekumpulan audien yang terdiri dari kakitangan perkhidmatan awam. Saya memang telah bersedia untuk tajuk ini dan segala persediaan telah dibuat.

Program ini dianjurkan oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan Daerah Sibu. Saya tidak menjangka bahawa audiennya akan bercampur antara Muslim dan non-Muslim. Ini kerana, saya meyakini bahawa audien yang hadir adalah semuanya Muslim. Memang silap saya kerana tidak meneliti terlebih dahulu kelompok audien yang bakal saya hadapi.

Sehinggalah kira-kira 20 minit sebelum slot saya bermula, barulah saya dimaklumkan. Saya mula terfikir, bagaimana nak mengatasi kekalutan ini? Mujurlah dengan pertolongan Allah, saya teringat bahawa saya membawa bersama satu slaid presentation yang bertajuk Membina Motivasi Diri. Saya merasakan, inilah tajuk yang lebih sesuai.

Alhamdulillah, bila sampai giliran saya untuk menyampaikan pengisian, saya mendapat satu semangat untuk merangsang peserta dalam membina motivasi dan keyakinan diri masing-masing. Pada waktu yang sama, saya selitkan unsur dakwah kepada yang non-Muslim. Di antaranya apabila saya memulakan ceramah dengan lafaz Bismillah al-Rahman al-Rahim. Ia menunjukkan supaya kita mendapat keberkatan apabila melakukan sesuatu urusan di kalangan Muslim. Saya juga membaca ayat 30-31, Surah al-Naml yang bertujuan untuk melembutkan hati dan menenangkan hati peserta apabila mendengar ceramah yang ingin disampaikan.

Saya tak pasti sama ada di kalangan non-Muslim yang majoritinya beragama Kristian melakukan aktiviti yang sama sebagaimana Muslim(pejam mata dan letak tangan kanan di dada kiri sambil saya membacakan ayat di atas). Apa yang pasti, mereka turut merasakan ketenangan apabila saya membacakan ayat Allah tersebut.

Ternyata, Allah telah membantu saya dalam memberikan jalan penyelesaian terhadap kekalutan yang berlaku. Semoga sedikit percikan seruan dakwah yang diberikan, dapat membuka hati-hati yang masih belum menerima hidayah Allah.

12 Julai 07, 127 Jamadil Akhir 1428,

4.52 petang, Malaysia Timur.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam akhi Izwan. Harapnya masih ingat ana.

PAS BTR

Tanpa Nama berkata...

why u not add me for your blog.tq.god bless you

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude