Ahad, 1 Julai 2007

Macam-macam hal!

Malangnya hari kerana hati

Inilah cerekarama yang saya tonton malam semalam bersama isteri. Kesimpulan ceritanya mudah-setiap peristiwa yang berlaku ada hikmahnya. Ada dimasukkan unsur dakwah-terutamanya dalam mendidik mereka yang payah nak bangun Subuh. M. Rajoli yang ada ilmu agama nampaknya berjaya mainkan wataknya dengan baik sebagai ayah yang tetap sabar membimbing anaknya Munir (Zul Yahya) yang bermasalah dengan isteri, dibuang kerja dan payah bangun Subuh. Namun begitu, yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil. Kelihatan M. Rajoli memakai rambut palsu waktu flashback zaman mudanya-tak tahu hukumkah? Kemudian bila Munir(Zul Yahya) insaf atas kesilapannya masih boleh mendakapkan kepalanya dengan "isterinya"-yang jelas bukan mahramnya.


Yang terbaru-filem Melayu yang akan ditayangkan -gambar utamanya ialah hero(Zulhazmi-tak silap saya erat mendakap heroin Siti Elizad-ini jelas bertentangan dengan agama!Lihat Mingguan Malaysia-1 Julai 07)

Bagi saya, skrip yang baik kerana ada unsur dakwah tetapi percampuran antara lelaki dan perempuan bukan mahram melibatkan sentuhan, tetap dilarang agama! Kepada yang ada idea yang baik dan kreatif untuk membuat filem dakwah-silakanlah sahut cabaran ini. Filem Iran boleh jadi contoh buat kita!


Gambar TPM pernah dilihat oleh saksi dalam kes Altantuya?


TPM kita menafikannya. Namun demikian, saya bimbang teori ramai penganalisis politik menjadi kenyataan. Jika Pak Lah meragui kesetiaan Najib, mungkin inilah cara untuk memusnahkan karier Najib!

Wahid Hashim pengampu Prof. Dato' Dr. Razali Agus untuk naik NC UM?

Jelak saya membaca artikel oleh wartawan Utusan Malaysia, Jumaat lepas(29 Jun 07). Seolah-olah nampak ada hidden agenda untuk menaikkan Razali Agus sebagai NC UM selepas NC sekarang-Rafiah Salim. Benar Razali Agus mungkin ada jasanya, tetapi banyak juga penyelewengan yang pernah dilakukannya sewaktu menjadi TNC HEP-melantik kroninya memegang post penting di HEP! Sebagai wartawan, tak perlu anda bersusah payah menaikkan seseorang kerana cara penulisan sedemikian hanya memusnahkan integriti anda!



1 Julai 07, 15 Jamadil Akhir 1428

3.52 petang, Malaysia Timur

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude