1) CTOS dan penguatkuasaan yang lemah.
CTOS dah bergerak hampir 17 tahun tanpa pemantauan yang berkesan oleh pihak yang bertanggungjawab. 780,000 individu yang sepatutnya dilindungi rekod kewangan mereka terlepas kepada CTOS. Lalu berlaku perbalahan antara M. Kavyeas dan CTOS.
PM pula menyatakan Bank Negara Malaysia yang sepatutnya menubuhkan pengkalan data rekod kewangan individu sebagaimana CTOS. Persoalannya kenapa perkara ini baru disedari? Kenapa tidak dari dulu lagi disekat kegiatan CTOS ini? Apa peranan Jabatan Insolvesi Malaysia (JIM) dalam menangani isu ini? Ini kerana kebanyakan maklumat individu yang disimpan oleh CTOS berdasarkan maklumat dari jabatan tersebut! Lalu berlakulah sindrom bangau oh bangau-jelas berlaku kelemahan pemantauan dalam hal ini!
2) Sandiwara berterusan.
Semalam (3 Julai 2007)
Semalam, televisyen swasta NTV7 menafikan mendapat arahan dari 'atasan' untuk tidak menayangkan ucapan pimpinan pembangkang dalam penerbitannya.
MP Pembangkang, Tan Kok Wai (DAP) yang membuat sidang akhbar itu khabarnya mendapat informasi yang dipercayai yang memberi tumpuan kepada kepimpinan utama pembangkang.
Hari ini (4 Julai 2007)
"Tarik surat sekar siar ucapan pembangkang" - Utusan Malaysia, 4 Julai 2007
Kita ambil sedikit petikan dari Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik, antara menteri paling lama di Malaysia.
‘‘Bukan polisi kita mengarah stesen televisyen menghentikan penyiaran ucapan ahli Parlimen pembangkang,” katanya pada sidang akhbar di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau menambah, tindakan tersebut mungkin berpunca kerana wujud kekeliruan berhubung soal penyiaran laporan persidangan Parlimen menerusi televisyen.
3) Keterangan bercanggah oleh saksi ketujuh-Rohasniza dalam kes Altantuya
Saya merasakan sememangnya ada tangan-tangan ghaib di sebalik kes ini. Plot yang wujud kini menghala untuk mewujudkan ada individu lain yang membunuh Altantuya-sama sebagaimana kes Hanif Basree beberapa tahun dulu walaupun jelas beliau orang yang terakhir bersama arwah yang dijumpai meninggal dunia di atas katil dalam keadaan separa bogel.
Justeru, bagi pembaca budiman-kita nilailah dengan akal budi dengan panduan wahyu terhadap apa yang berlaku kini.
4 Julai 2007, 19 Jamadil Akhir 1428,
3.50 petang, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan