BENCANA PEMIKIRAN
“GOLONGAN ISLAM LIBERAL”
Motto:
Allah berfirman dalam Surah Fussilat ayat 40:
إِنَّ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي آيَاتِنَا لَا يَخْفَوْنَ عَلَيْنَا أَفَمَن يُلْقَى فِي النَّارِ خَيْرٌ أَم مَّن يَأْتِي آمِنًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar (serta menyimpang ) dalam memahami ayat-ayat Kami mereka tidaklah tersembunyi dari pengamatan Kami. Apakah orang yang dicampak ke neraka lebih baik ataukah orang yang datang dengan rasa aman pada hari kiamat kelak. Buatlah apa yang kamu suka namun Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan.”
Rasulullah SAW bersabda:
"يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين"
“Ilmu ini akan dijunjung oleh orang yang terbaik dari setiap generasi, mereka menangkis penyimpangan orang yang melampaui batas, pemalsuan orang yang batil dan takwil golongan yang jahil”. (al-Hadith)
Pendahuluan
Sejarah pertembungan Islam dan kufr di bumi Allah ini begitu lama dan berlanjutan. Sejak Rasulullah diutus; Iblis, kafir, Syaitan, dan golongan yang murtad dan munafiq tidak jemu-jemu berperanan untuk menumpaskan ajaran ini keseluruhannya atau sebahagiannya. Selain dari Iblis maka tiga serangkai puaka yang terus menghantui umat ialah Imprealisme, Orientalisme dan Zionisme. Dari tiga puaka ini muncul puaka-puaka baru berupa golongan dan fahaman yang menyimpang dan mencemari akidah dan budaya umat. Fahaman seperti sekularisme, materialisme, komunisme, liberalisme dan berbagai isme-isme baru yang umumnya membawa keherotan dalam manhaj berfikir dan membuat pertimbangan.
Di antara fahaman dan amalan baru tersebut ialah apa yang dipanggil sebagai golongan Muslim atau Islam Liberal. Golongan ini secara umum menjadikan perjuangan mereka beredar sekitar pemisahan agama dari negara, hak asasi manusia, hak dan kebebasan wanita, demokrasi kebebasan berfikir dan pembangunan atau kemajuan manusia. Isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka sering ditangani dari perspektif yang menyimpang dari pengertian dan norma-norma Islam yang sah atau melampaui batas-batas syara’.
Pemangkin Kemunculan Golongan Islam Liberal
Menurut pengamatan penulis golongan ini muncul - antara lain - adalah hasil:
a) Institusi Kajian Ketimuran yang melahirkan ilmuan Islam yang berorientasikan orientalis dalam ertikatanya yang negatif.
b) Kedangkalan dalam memahami dan menguasai berbagai disiplin ilmu syara’ yang ketat dengan prasyarat keilmuan dan kriteria-kriteria khusus.
c) Usaha Imperealis untuk menonjolkan serta memberi peranan yang lebih besar kepada golongan ini dalam rangka menghalang kebangkitan Islam dan meneruskan penjajahan bentuk baru di dunia Islam melalui pemantauan kuasa politik dan informasi di tangan liberalis Muslim.
d) Media massa Barat dan Timur yang dipengaruhi oleh fahaman Imperialisme, Zionisme yang membantu dan menggembargemburkan peranan dan pembesaran imej golongan ini di dalam masyarakat orang-orang Islam.
e) Usaha golongan tertentu memperojeksikan golongan liberal Islam sebagai alternatif masa depan untuk mengambil alih kepimpinan aliran kebangkitan Islam dari kalangan ilmuan dan pejuang Islam yang sebenarnya.
f) Pembentukan keilmuan dan sahsiah cendekiawan yang tidak sempurna dan tidak merangkum aspek adab, ruhaniah dan kecintaan kepada cendekiawan leluhur.
g) Dari perspektif lain latarbelakang kemunculan golongan ini menurut pendapat Kruzman pula ialah kerana:
(a) Peningkatan Pendidikan:
Widespread higher education has broken the traditional religious institutions' monopoly on religious scholarship. Millions of autodidacts now have access to texts and commentaries, such as non-clerics with secular educations: engineers such as Muhammad Shahrour (Syria, born 1938) and Mehdi Bazargan (Iran, 1907-1995); philosophers such as Muhammad Arkoun (Algeria-France, born 1928) and Rachid Ghannoushi (Tunisia, born 1941); and sociologists such as `Ali Shari`ati (Iran, 1933-1977) and Chandra Muzaffar (Malaysia, born 1947).[i]
(b) Bertambahnya Perhubungan Komunikasi International:
“International technologies of communication-newspapers, telegraph lines, and international trade-as well as radio, television, telephones, and the internet, are bringing educated people from around in the world into ever-closer contact. The ideals of Western liberalism, like other Western notions such as nationalism, have entered people's homes around the world. People in Gabon, West Africa, for example, watched the fall of Communism in eastern Europe and started demanding democracy themselves, prompting that country's dictator to comment derisively on the "wind from the east [i.e., the Communist Eastern bloc] that is shaking the coconut trees."
(c) Kegagalan Regime Pemerintah Islam:
“A third factor in the rise of liberal Islam is the failure of alternative ideologies. In particular, there appears to be a growing sense that Islamic regimes have not lived up to their promise. The Sudan and Pakistan, for example, have proved to be no less corrupt after the Islamization of the government than before. Taliban rule in Afghanistan horrifies most Muslims.”[ii]
Tulisan Kruzman umumnya adalah seperti orientalis lain, mempunyai agenda tersirat untuk mengelirukan umat Islam dan menjuakkan populariti golongan Islam liberal di kalangan umat Islam. Kecenderungan seperti ini jelas dalam hasil kajian dan tulisan Rand Corporation yang bertajuk “Muslim World After 9/11”.
Pemangkin Khusus
Antara cadangan Rand Corporation kepada penguasa Amerika untuk menghadapi kebangkitan Islam di dunia ini ialah antara lain :
- Membina dan mendokong kumpulan Islam Liberal:
“The battle for Islam will require the creation of liberal groups to retrieve Islam from the hijackers of the religion. Creation of an international network is critical because such a network would provide a platform to amplify the message of moderates and also to provide them some protection. However, moderates do not have the resources to create this network themselves. The initial impulse may require an external catalyst.[iii]
- Memusnahkan jaringan Islam Radikal:
“Most of the networks described in this study perform socially useful functions. A key question is how the United States can identify hostile use of these networks. There are several approaches to consider. One is to examine the profiles of communities that sustain violent Islamic networks and the nodal and communicative characteristics of these networks. Once the characteristics of these networks are known and their recruitment patterns and weaknesses identified, a strategy of nodal disruption could be implemented to break up these networks and to empower Muslim moderates to take over the transmission belts that sustain the networks.[iv]
Sepuluh program yang dicadangkan oleh Rand berkemungkinan besar diterapkan oleh pentadbir Amerika berdasarkan pengamatan para penyelidik umat. Selain dari itu peperangan global yang dilancarkan kuasa besar tehadap terrorisme yang melihat dan menganggap kumpulan liberal adalah rakan kongsi dan sahabat mereka telah menyebabkan ramai golongan yang mahu mepamerkan diri mereka sebagai liberal untuk mendapat habuan tertentu; samada yang bersifat politik atau kebendaan. Trend memperluaskan musuh negara mereka merangkumi golongan Ekstrimis, Sunni dan Syiah menyemarakkan lagi semangat orang tertentu untuk menjadi manusia liberal atau kelihatan demikian di kalangan orang ramai. Maklumat terkini yang disebarkan oleh US News COM menegaskan:
“The terrorist threat against the United States is now defined as “Islamist extremism" - not just al-Qaeda. The Pentagon document identifies the "primary enemy" as "extremist Sunni and Shia movements that exploit Islam for political ends" and that form part of a "global web of enemy networks.” Recognizing that al Qaeda's influence has spread, the United States is now targeting some two dozen groups--a significant change from the early focus on just al Qaeda and its leadership.”
“The new approach emphasizes "encouraging" and "enabling" foreign partners, especially in countries where the United States is not at war. Concluding that the conflict cannot be fought by military means alone--or by the United States acting alone--the new Pentagon plan outlines a multipronged strategy that targets eight pressure points and outlines six methods for attacking terrorist networks.[v]”
Jalur Pemikiran Golongan Islam Liberal
Sebenarnya untuk lebih mengenal Islam Liberal secara lebih dekat kita perlu mengamati corak dan jalur pemikiran Islam Liberal ini secara terperinci. Menurut beberapa penulis tempatan aliran pemikiran golongan ini ditandai oleh beberapa perkara berikut:
1) Menentang keharusan berpoligami dalam Islam.
2) Menentang hak lelaki sahaja menceraikan isteri.
3) Menyokong penyelenggaraan perancangan keluarga.
4) Menghalalkan bunga/faedah bank yang kecil dan mengharamkan faedah bank berganda sahaja.
5) Menganggap dan mengiktiraf semua agama sama sahaja.
6) Menghalalkan perkahwinan antara Islam dan bukan Islam.
7) Mempertikaikan hukum jenayah hudud dan qisas atas dasar ia adalah pengaruh budaya Arab.
8) Meyakini dan mengkagumi secara totok tulisan orientalis Barat.
9) Menuduh syariat Islam sebagai tidak adil, wanita akan menjadi mangsa jika ia dilaksanakan.
10) Mempertikaikan al-Quran yang ada hari ini di samping hukum hakam yang disepakati ulama.[vi]
Mereka juga mempunyai pandangan berikut:
a) Menganggap Islam sebagai tradisional, mundur dan konservatif sebab itu perlu diubah kepada yang bersifat kini, maju, moden, progresif, tamadun dan hadhari.
b) Memperjuangkan kebebasan dari dikenakan aturan nilai dan akhlak.
c) Menentang hak dan kuasa yang diperuntukkan kepada pihak jabatan agama menangkap pesalah moral dan agama.
d) Menentang atau tidak menerima hukum hudud.
e) Tidak meyakini Islam dari segi pentadbiran dan politik.
f) Islam hendaklah terpisah dan terhad kepada agama dan nilai sahaja.
g) Menyokong atau tidak menolak cadangan menubuhkan Majlis Kaunsel Antara Agama.
h) Menuduh ulama menyalahtasfirkan al-Quran dan hukum agama dan bias terhadap kaum tertentu.
i) Mendakwa wanita sebagai bertaraf kelas kedua.
j) Memandang serong terhadap pendidikan agama.”[vii]
Menurut penulis, lain akar umbi pemikiran mereka ialah:
1) Penolakan terhadap autoriti agama. Mereka menekankan tentang kebebasan berpendapat dan sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama dan hukum. Islam menetapkan bahawa autoriti dalam ilmu pengetahuan amat penting. Banyak ayat dan hadith yang menyarankan agar menghormati ilmuwan dan berpegang kepada disiplin ilmu dan adab-adab belajar dan mengajar. Termasuk dalam seruan ini ialah penafsiran semula al-Quran yang dikatakan tidak sesuai untuk zaman sekarang dan penganiayaan terhadap wanita.
2) Islam Liberal menyeru kepada pluralisme agama dan menganggap semua agama menuju ke arah kebenaran. Mereka berdalilkan bahawa kedatangan Nabi Muhammad itu tidak memansuhkan syariat yang terdahulu dan Islam adalah menyempurnakan agama yang terdahulu. Hakikatnya, agama yang diakui oleh Allah adalah Islam yang jelas disebut dalam al-Quran dan banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan orang beriman dan orang fasik adalah tidak sama (al-Sajadah, ayat 18), (al-Hasyr, ayat 20), (Ali Imran, ayat 19).
3) Penolakan terhadap syariat Islam dan beranggapan bahawa syariat adalah ciptaan ulamak dan fuqaha selama 300 tahun pertama hijrah. Menurut mereka, syariat Islam tidak suci (divine) dan menyimpulkan bahawa syariah adalah produk ulamak dan pemerintah yang tertentu untuk terus berkuasa. Di sini jelas, kekeliruan mereka kerana tidak membezakan antara syariah dan fiqh, di antara thabit dan mutaghayyirrat, di antara perkara yang disepakati atau qat’iyyat dan perkara-perkara ijtihadi. Tanpa melihat kepada perkara-perkara tersebut, sudah tentu kekeliruan akan timbul. [viii]
Manakala tema-tema perjuangan Islam liberal pula ialah:
1) Menentang teokrasi seperti menerapkan bentuk “silent shari’a”: Wahyu ilahi menyerahkan bentuk pemerintahan pada konstruksi pemikiran manusia seperti pandangan Ali Abd Raziq dan Khalaf–Allah.
2) Demokrasi secara meluas diperdebatkan dalam model “liberal shari’a” dengan penekanan khusus pada konsep syura atau musyawarah.
3) Hak-hak kaum wanita tentang poligami, perceraian dan harta pusaka.
4) Hak-hak orang bukan Islam dan hubungan antara agama.
5) Kebebasan berfikir agar dapat memberikan dasar kebenaran terhadap pengungkapan pemikiran-pemikiran mereka yang lain. Termasuk dalam aspek ini ialah ijtihad.
6) Gagasan-gagasan tentang kemajuan, memandang kemodenan dan perlunya perubahan.
Walaupun gerakan Muslim Liberal ini rata-rata asalnya adalah terdiri dari segelintir kalangan orang Islam sendiri tapi pendokong aliran ini terdiri dari berbagai kalangan antara bangsa dan non muslim. Individu dan institusi asing ini ikut menyemarakkan perjuangan kumpulan ini dengan sokongan informasi, bantuan kewangan dan kemudahan bergerak; samada secara individu mahupun institusi.
Pendokong Islam Liberal Dari Kalangan Non Muslim
Antara penatar dan penyokong aliran ini ialah Charles Kurzman. Beliau banyak menulis dan mendokong fahaman ini di persada antarabangsa dan di Amerika khasnya. Beliau juga cenderung mengutip petikan tulisan golongn Islam Liberal dalam tulisannya sebagai hujjah. Antara petikan beliau yang terbaru ialah:
Amina Wadud-Muhsin (United States, born 1952) argues in a similar vein that "when one individual reader with a particular world-view and specific prior text [the language and cultural context in which the text is read] asserts that his or her reading is the only possible or permissible one, it prevents readers in different contexts from coming to terms with their own relationship to the text.[ix]
Selain beliau ialah Leonard Binder's yang pernah menulis sebuah buku bertajuk Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies. Beliau menegaskan betapa Islam Liberal adalah kumpulan harapan yang boleh membawa penyelesaian kepada masalah dunia ketiga termasuk dunia Islam.[x]
Juga Olivier Roy. Beliau pernah menulis sebuah buku yang bertajuk The Failure of Political Islam, Harvard University Press (1994), dengan garang beliau menegaskan kebenciannya terhadap golongan Islamis:
“Islamism” is the brand of modern political Islamic fundamentalism which claims to recreate a true Islamic society, not simply by imposing the shariat, but by establishing first an Islamic state through political action. Islamists see Islam not as a mere religion, but as a political ideology which should be integrated into all aspects of society (politics, law, economy, social justice, foreign policy, etc.).[xi]
JIL Indonesia
Ketika menyesali keputusan muktamar Muhammadiyah baru-baru ini kerana tidak memilih pemimpin perempuan, maka seorang penulis dalam web JIL Indonesia menulis dengan penuh sinis dan kesal:
“Batalnya kuota perempuan dalam Muktamar ke-45 ini merupakan satu dari sekian tanda-tanda dari kekalahan kelompok atau gagasan liberal dalam organisasi modernis ini. Kekalahan ini akan semakin komplit jika nanti Muhammadiyah betul-betul mendukung penerapan syariat Islam di Indonesia.”[xii]
Menurut Hartono Ahmad Jais:
“Islam liberal di Indonesia sudah sampai pada pemahaman pluralisme, menganggap semua agama itu sama atau parallel, semua menuju keselamatan, dan tidak boleh memandang agama orang lain dengan agama yang kita peluk.”[xiii]
Golongan Islam Liberal ini bukan hanya bergerak dalam lapangan pemikiran dan budaya tetapi juga dalam lapangan politik. Kombinasi usaha Islam Liberal dalam berbagai lapangan ini mengukuhkan kuasa politik golongan ini. Umumnya pemerintahan golongan liberal dalam masyarakat Islam banyak membibitkan kerosakan dalam struktur sistem politik, penipuan rasuah, kezaliman dan kekecewaan dunia dan akhirat. Mereka mewakili bentuk pemerintahan yang buruk dan korup seperti yang yang dikupas oleh seorang penulis muslim berdasarkan hadith-hadith Rasulullah.
Jenis-Jenis Pemerintahan “Liberal” Yang Buruk Menurut Hadith:
Ustaz Ahmad al-Khatib dari Quds menerangkan lapan kategori pemerintah yang buruk berdasarkan hadith nabi:
1) Para Pemerintah yang Menyesatkan:
Rasulullah telah memberikan indikator khas dengan susunan ayat yang tersendiri untuk menunjukkan betapa serius dan buruknya padah yang dibawa oleh golongan pemerintah seperti ini terhadap rakyatnya. Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah menitipkan kepada kami suatu pesanan: “Bahawa apa yang paling aku takuti terhadap umatku ialah para pemerintah yang menyesatkan mereka”. Baginda menggunakan ungkapan perkara yang paling aku takuti untuk menekankan bahaya besar mereka. ‘Aus meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku tidak bimbang apa-apa terhadap umatku kecuali bimbang terhadap para pemerintah yang menyesatkan (mereka)”. Penggunaan perkataan “kecuali” di sini membawa makna yang tersendiri.
Thauban meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Apa yang aku bimbangkan ialah (bimbang) terhadap para pemerintah yang menyesatkan (umat).” Di sini Rasulullah gunakan gaya ungkapan pengukuhan dan umum untuk menyedarkan (umat) tentang bahaya mereka.
Abu Umamah berkata saya mendengar Rasulullah bersabda: “Perkara yang paling aku takuti terjadi kepada umatku selepas pemergianku ialah tiga faktor. (Namun) aku tidak takut mereka mati kelaparan atau musuh yang melanda mereka tapi yang aku sangat takuti (boleh merosakkan mereka) ialah para pemerintah yang menyesatkan”. Dalam hadith ini digunakan pendekatan bercakap secara “al-Hasr” dan diungkapkan tiga faktor yang dibimbangi oleh beliau. Tapi dua faktor Baginda tidak terlalu fokus dan Baginda menekankan kepada faktor ketiga iaitu: para pemerintah yang menyesatkan.
Kalau kita amati isu ini, dan kaji telatah para pemerintah yang menyesatkan umat ini, ternyata mereka lebih bahaya dari mana-mana regim pemerintah yang buruk. Ini kerana mereka mengamalkan pendekatan mengeliru dan menyesatkan. Perbuatan tersebut mungkin menjebak umat dalam kekufuran.
2) Umara’ al-Safahah atau Para Pemerintah yang Berfikiran Cetek. Mereka tidak mengikut jejak-langkah Rasul, tidak mengamalkan sunnah, suka berdusta dan menganiaya orang lain.
Watak Safahah ini kerap digunakan dalam banyak hadith Rasulullah. Umpamanya, Jabir Bin Abdullah meriwayatkan ujar Rasulullah kepada Ka’b Bin ‘Ujrah: “Semoga Allah melindungi anda dari para pemerintah yang cetek akal. Kemudian beliau sifatkan golongan itu sebagai: para penguasa selepas zamanku yang tidak mengikut bimbinganku dan tidak mengamalkan sunnahku. Siapa yang percaya dengan pembohongannya, menolongnya melakukan kezaliman (terhadap rakyat) maka orang tersebut bukan dari kalangan (umat) ku dan aku bukan dari kalangan mereka. Mereka tidak akan dapat mendekati kolam minuman (haudh) ku. Akan tetapi siapa yang tidak mempercayai pendustaan mereka, tidak menolong mereka melakukan kezaliman maka dia adalah dari kalanganku dan aku dari kalangannya. Kumpulan ini akan dapat minum dari haudhku”.
Ibnu Sa’id meriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa: Akan wujud para pemerintah yang dikerumuni oleh para penasihat yang korup dan rendah akhlak melakukan pembohongan dan kezaliman. Ka’ab meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Selepas era aku akan wujud pemerintah yang engkar dengan perintah Allah. Siapa yang ikut serta dalam (kerajaan) mereka, menolong mereka melakukan kezaliman maka dia bukan daari kalangan (umat)ku dan aku bukan dari kalangannya. Tapi siapa yang tidak bersekongkol dengan mereka dan tidak membantu mereka melakukan kezaliman maka dia adalah dari kalangan (umat)ku dan aku dari kalangannya. Umar Ibnu al-Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah berdoa (dengan doa berikut): “Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari “A‘Immatu al-Kharj” yang mengheret umat ke (arena) kezaliman”. Jabir bin Samurah berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga gejala yang paling aku takuti melanda umatku: berubat dengan mengharapkan berkat bintang-bintang, kezaliman pemerintah dan mendustkan qada’ qadar”. Dalam hadith ini Nabi menghubungkaitkan tiga bentuk kejahatan, kezaliman penguasa dengan amalan khurafat pendukunan jahiliah dan perbuatan kufur. Salman meriwayatkan sabda Rasulullah: “Tiga golongan tidak akan masuk syurga, orang tua yang berzina, pemerintah yang berdusta dan pemimpin keluarga yang bongkak”.
3) Para pemerintah yang menolak amalan Ma’ruf sebaliknya menyuruh kepada Munkar.
Qatadah meriwayatkan bahawa Hasan meriwayatkan sabda Nabi: “Selepas aku akan datang para pemerintah yang melakukan perkara yang kalian kenal sebagai makruf dan juga perbuatan munkar. Siapa yang mencegah dan menegurnya maka ia terlepas (dari tanggungjawab). Siapa yang tidak suka (perkara itu) ia juga selamat. Tapi siapa yang redha dan ikut bersekongkol (maka ia celaka)”. Ubadah Bin Samit meriwayatkan sabda Rasulullah bahawa akan wujud selepas zamanku para pemerintah yang menyuruh perbuatan yang bukan makruf dan melakukan perbuatan munkar, maka mereka itu bukanlah para pemimpin kalian. Abu Said berkata bahawa Rasulullah pernah berkhutbah dan berkata: “...Selepas itu akan datang para pemerintah yang buat perkara yang kalian tidak tahu dan buat perkara yang bukannya perkara makruf maka barangsiapa yang menurut mereka dan menunjuk ajar mereka maka golongan itu binasa dan membinasakan (orang lain).”
4) Pemerintah (Diktator) yang Mencekik Leher dan Rezeki.
Abu Hisham al-Salami meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Kalian akan diperintah oleh para pemerintah yang menguasai tengkok kamu (bagaikan memiliki hamba sahaya) bertutur kepada kamu tapi berbohong, memerintah tapi dengan budaya korup. Mereka tidak puas kecuali apabila kamu memuji keburukan (amalan) mereka, kamu percaya kepada pendustaan mereka. Oleh itu ajukan hak mereka setakat yang boleh memuaskan hati mereka.
5) Para Pemerintah yang Melantik Para Pegawai Korup dan Melewat-lewatkan Solat.
Abu Said dan Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Lambat laun kalian akan diperintah oleh para pemerintah yang melantik sebagai penolong golongan banjingan, melewatkan penunaian solat dari waktunya. Siapa yang hidup pada ketika itu maka janganlah dia menjadi pemimpin (bersama mereka) atau polis atau pengutip cukai atau penjaga kewangan. Abu Hurairah meriwayat bahawa Rasulullah bersabda: Pada akhir zaman kelak akan ada pemerintah yang zalim, para menteri yang fasiq, hakim-hakim yang khianat, para fuqaha’ yang dusta. Maka siapa yang hidup pada zaman itu janganlah dia menjawat jawatan pemungut hasil, pemimpin kumpulan (mereka) atau menjadi polis.
6) Para Pemimpin Zindiq (liberal).
Ma’qal Bin Yasar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Dua golongan dari kalangan umatku yang tidak akan mendapat syafaatku. Pemerintah yang zalim, pemerintah yang keterlaluan dalam agama dan menyimpang jauh dari ajarannya. Ibnu Abbas pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Akan wujud para pemerintah di kalangan kamu yang lebih buruk dari orang majusi.
7) Para Pemerintah Yang Suka Meroboh (Memusnah).
Dalam hadith di sebutkan bahawa Para pemerintah yang paling jahat ialah yang suka meroboh/meruntuh. Al-Hutamah atau al-Tahtim adalah suatu pengungkapan yang membayangkan cara pemerintahan yang buruk terhadap rakyat suka memusnahkan harga diri mereka sebagai manusia. Abu Laila al-Asya’ri meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Akan ada kelak para pemerintah yang kalau dirayu minta dikasihani ia tidak akan kasihan, kalau dituntut hak daripadanya ia tidak akan memulangkannya. Kalau diminta berbuat makruf ia tidak akan menerimanya. Kalian akan tunduk takut kepada mereka dan kumpulan kalian akan berpecahbelah (berhadapan dengan mereka). Segala titah perintahnya terus menjadi bebanan kepada kalian dan terpaksa dibuat rela atau tidak rela. Layanan yang paling sesuai untuk mereka ialah kalian tidak perlu mengambil pemberian mereka dan tidak perlu hadir dalam majlis mereka.
8) Pemerintah yang Bengis, Totalitarian, dan Serba Memaksa
Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Enam orang yang dikutuk Allah dan seluruh Nabi yang doa mereka makbul (di sisi Allah)… pemerintah yang memerintah dengan kuku besi, menghina orang yang dimuliakan oleh Allah, sebaliknya memuliakan orang yang dianggap hina oleh Allah. Dari ‘Amr Bin Sa’wa’ al-Yafi’I meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Tujuh (orang) aku laknat (mereka) dan setiap nabi yang doa mereka makbul… penguasa yang berkasar dengan kuasanya untuk memuliakan orang yang Allah hina dan menghina orang yang Allah muliakan. Khaithamah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah berrsabda: Selepas (pemerintahan)ku akan tampil (memimpin kamu) para Khulafa’, selepas mereka akan tampil pula golongan Umara’. Tapi selepas itu akan muncul kumpulan pemerintah “Muluk Jababirah” pemerintah totalitarian yang beraja di mata bersultan di hati. Abu Tha’labah al-Khusyani meriwayatkan dari Abu ‘Ubaidah dan Mu’az bahawa kedua-dua mereka meriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah pernah bermuzakarah dengan mereka; di mana Rasulullah menegaskan. (Urusan pemerintahan) dalam Islam bermula dengan sistem kenabian yang serba rahmat, kemudian digantikan dengan sistem Khilafah yang penuh rahmat. Kemudian ia bertukar menjadi sistem beraja totok. Akhirnya beralih kepada sistem ganas, zalim dan totalitarian; yang sangat korup dan merosakkan umat. Mereka menghalalkan sutera (dipakai oleh lelaki), arak, zina dan korupsi dalam masyarakat.[xiv]
Sikap buruk dan jahat dari kalangan pemerintah dan elit cendekiawan ini adalah kerana kesan keruntuhan akidah, ibadah, moral dan spiritual. Mereka tidak lagi mewarisi ciri-ciri Khaira Ummah; sebaliknya telah berubah dan menyerapi faham, agama dan budaya asing yang serba jakun, tidak bertamadun dan sangat memusuhi agama dan manusia agamawan. Mereka telah dibentuk oleh kaum kuffar dengan semangat benci kepada Islam dan mahu merobak-robek ajaran Islam itu menjadi sederhana kata mereka tetapi sangat janggal dan bertentangan dengan prinsip Islam yang sederhana dan perdana. Apa yang mereka katakan bebas adalah belenggu. Apa yang mereka panggil moderat adalah sangat memihak kepada kekufuran. Umat tertipu dengan ungkapan dan istilah muluk-muluk untuk membangun hidup berperadaban tetapi justeru itulah cara hidup yang sangat tidak bertamadun dan dimurkai Allah.
Kumpulan Islam Liberal ini berkait rapat dengan usaha mengembangkan pemikiran bid’ah dan amalan yang menyimpang dalam masyarakat. Sebab itu kita perlu menyorot kaitan kumpulan ini dengan kejahatan bid’ah. Dengan demikian kita akan dapat menginsafi betapa buruknya kejahatan membawa bid’ah dalam masyarakat dengan nama kemajuan atau slogan-slogan lain.
Kumpulan Islam Liberal Dan Bid’ah
Pandangan dan konsep agama yang dipugar tanpa mengikut kaedah dan disiplin ilmu syara’ yang ketat menyebabkan lahir tulisan dan gagasan pemikiran pseudo Islam atau yang dikaitkan dengan Islam; baik yang bernama fiqh baru[xv], mahupun nama-nama lain yang isinya menyimpang dari manhaj keilmuan dan aliran ilmu Islam yang sihat. Golongan ini dengan sengaja atau tidak sengaja mencipta rekahan dan musibah perpecahan baru dalam tubuh umat. Akhirnya lahirlah wartawan, sasterawan, cendekiawan dan asatizah yang mendokong fahaman sesat dengan berjubahkan Islam. Akibat dari merebaknya fahaman seperti ini amat buruk terhadap masa depan umat dan kekuatan mereka. Sebab itu Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi menegaskan bahwa Islam amat mengharamkan perbuatan bid’ah dalam agama, baik aqidah maupun syari’ahnya.
Beliau menegaskan mengapa Islam mengharamkan perbuatan bid’ah. Beliau menulis: Mengapa Islam sangat mencegah perbuatan bid’ah dengan menganggap perbuatan tersebut sesat dan bakal ditempatkan pelakunya dalam neraka. Ini adalah kerana:
1) Pembid’ah berkenaan melantik dirinya sebagai Musyarri’ menyaingi Allah.
Pembid’ah seolah-olah melakukan koreksi terhadap tuhan. Ia mahu menyatakan bahawa ia lebih tahu dari Allah. Perbuatannya seolah mahu mengungkapkan bahawa syariatMu wahai tuhan tidak cukup. Kami mahu menambah syari’atMu. Dengan itu, ia telah melantik dirinya sebagai musyari’. Ia memberikan kepada dirinya wewenang mentasyri’ padahal itu adalah hak mutlak Allah. Pada hal perkara ini telah disebut oleh Allah dengan penuh sindiran: Allah berfirman dalam surah al-Syura, ayat 21:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ
“Apakah mereka mempunyai sekutu yang boleh mensyari’atkan (mengeluarkan undang-undang) untuk mereka (mengenai perkara-perkara) yang tidak dizinkan oleh Allah..”
2) Pembid’ah Menganggap Agama Masih Kurang dan Mereka Mahu Melengkapkannya.
Makna ini adalah unjuran dari perkara di atas. Oleh kerana pembid’ah menganggap agama masih kurang lalu mereka mahu melengkapkannya. Pada hal agama telah Allah sempurnakan komponennya untuk kita sekelian. Allah berfirman dalam surah al-Maidah, ayat 3:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, Aku lengkapkan nikmat Ku kepada kamu dan Aku redha Islam menjadi agama kamu.”
Sebab itu, Ibnu al-Magisyun meriwayat pendapat Imam Malik yang mengatakan: Siapa yang melakukan bid’ah dalam Islam yang dia anggap baik maka ertinya dia telah menganggap baginda Rasulullah mengkhianati risalah. Justeru Allah dengan tegas telah berfirman: “Pada hari ini Aku telah sempurnakan untuk kamu agama kamu”. Oleh itu sesuatu yang dulunya bukan dari agama ini maka dia tetap bukan dari agama ini sekarang. Pembid’ah dalam agama seolah menuduh nabi berrkhianat dan tidak menyampaikan risalah agama yang lengkap. Pada hal Allah telah berfirman dalam surah al-Maidah, ayat 67:
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ
“Hai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepada mu dari tuhan kamu. Seandainya tidak engkau lakukan (suruhan ini) tidaklah engkau menyampaikan risalahNya.”
Agama Islam ini sudah sempurna ia tidak perlu lagi ditambah. Apa yang telah sempurna tidak dapat menerima apa-apa tambahan.
3) Perbuatan Bida’h Menyulitkan lagi Agama dan Mengalihnya dari Sifatnya yang Serba Mudah.
Dari satu sudut yang lain Allah telah menjadikan syaria’t Islam ini serba mudah. Ia agama yang Hanif dari sudut akidah, Samhah dalam taklif dan amalan. Allah menegaskan (al-Baqarah, ayat 183):
يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
“Allah hendak memudahkan kamu dan tidak hendak menyusahkan kamu”
Dalam surah al-Haj, ayat 78:
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
“Dan Dia tidak hendak menyusahkan kamu dalam beragama.”
Dalam Hadith: “Kalian diutus sebagai (umat) yang membawa kemudahan dan bukan menyulitkan.”
Jadi agama Islam membawa misi memudahkan manakala pembid’ah mengalihkan sifat ini dengan mengenakan ciri dan syarat baru yang tidak pernah wujud dalam Islam.
4) Bid’ah Dalam Agama Mematikan Sunnah.
Leluhur silam pernah berkata: “Mana–mana kaum yang menampilkan bid’ah nescaya akan padamlah kadar itu juga amalan sunnah”. Ini adalah lumrah alam. Apabila bida’ah dikerjakan maka akan lenyaplah pada masa yang sama dalam dalam kadar yang sama amalan sunnah. Sebab itu kita dapati para pembuat bid’ah begitu gigih menghadirkan diri dalam bid’ah dan dalam masa yang sama mereka begitu lambat untuk mengerjakan sunnah.
5) Bid’ah Dalam Agama Akan Melemahkan Umat Dari Bersikap Inovatif Dalam Urusan Dunia.
Sebagaimana telah kita ungkapkan sebelum ini bahawa umat jika sibuk dengan urusan menambah-nambah agama dengan membawa unsur bid’ah baru maka tenaga dan masa mereka akan terhad untuk mereka cipta dalam urusan dunia. Para ulama dan umat silam sibuk merekacipta dalam urusan dunia sehingga menghasilkan suatu perkara yang tidak ada sebelumnya. Di tangan mereka terbangun tamadun yang hebat.
6) Perbuatan Bid’ah Dalam Agama Memecahbelahkan Umat.
Berpegang kepada sunnah menyebabkan umat ini bersatu dan berpadu. Mereka bagaikan benteng yang teguh di sebalik satu bentuk amalan sunnah yang dibawa oleh baginda Rasulullah. Manakala bid’ah ini sifatnya rencam dan berbagai. Jalan Allah itu satu tapi jalan syaitan itu berbagai ragam. Dalam hal ini Rasulullah pernah menunjukkan kepada para sahabat dengan menggariskan satu garisan lurus di atas pasir kemudian baginda mengatakan inilah jalan Allah yang lurus. Kemudian baginda membuat garisan-garisan pada garisan lurus tadi di sebelah kanan dan kiri sambil berkata: Yang ini adalah simpang-simpang (kesesatan). Di kepala tiap simpang ini terdapat seekor syaitan yang mengajak orang agar memasukinya. Kemudian baginda membacakan ayat Allah dalam surah al-An’am, ayat 153:
وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ
“Bahawa inilah jalanKu yang lurus maka ikutilah.”
Apabila umat Islam bersatu mempertahankan dan mengamalkan sunnah maka mereka menjadi kompak dan bersatu. Tapi apabila muncul berbagai Firaq umat berpecah menjadi lebih tujuh puluh kumpulan. Malah setiap kumpulan itupun berpecah pula menjadi kumpulan kecil. Setiap kumpulan menganggap pegangan mereka adalah agama yang benar. Kumpulan ini pula mencipta bid’ah baru. Antaranya bid’ah dalam akidah sampai ke tahap kufur. Umpamanya ada yang menafikan ‘Ilmu Allah. Mereka mengatakan setiap perkara itu baharu diketahui Allah apabila ia terjadi. Kumpulan inilah yang dicela oleh Saidina Omar. Baginda berkata: Kalau setiap orang dari mereka membawa amalan sebesar bukit Uhud pun nescaya Allah tidak akan menerimanya.[xvi]
Pendek kata, al-Qaradawi menegaskan bahawa dengan usaha yang berterusan memerangi bid’ah inilah Islam dapat dipertahankan dari semasa ke semasa.[xvii]
Kelemahan Pokok Kumpulan Islam Liberal
Mengkaji tulisan, pengucapan dan bentuk penyelewengan mereka dalam berbagai isu kita dapati mereka mempunyai kelemahan dari segi metode keilmuan dan kelemahan berakidah. Atau seperti yang diterangkan oleh Saudara Ahmad Jaiz bahawa mereka:
a. Tidak punya landasan dalil yang benar.
b. Tidak punya paradigma ilmiah yang bisa dipertanggungjawabkan.
c. Tidak mengakui realiti yang tampak nyata.
d. Tidak mengakui sejarah yang benar adanya.
e. Tidak punya rujukan yang bisa dipertanggungjawabkan.[xviii]
Selain dari itu mereka gagal mencerap ilmu dan disiplin Islam dari sumber yang murni dan dalam persekitaran yang baik dan mulia di samping ketiadaan asas-asas ilmu Bahasa Arab yang baik dan niat yang berpenyakit menyebabkan muncul gejala berfikir yang menyeleneh dan herot. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi ulama-ulama yang muktabar telah menyingkap asas pendalilan dan kaedah berfikir mereka yang palsu dan berniat serong tersebut.[xix]
Penutup
Untuk mengatasi gejala Muslim Liberal atau kumpulan Islam Liberal ini maka pendidikan di kalangan umat mesti diperkasa. Pengajaran Islam hendak disampaikan oleh ilmuan Islam yang terasuh dengan didikan syariat secara teratur dan dari Institusi yang diketahui ramai melahirkan ulama dan cendekiawan yang jujur dan benar. Buku-buku dan kitab rujukan perlulah disaring dan dipastikan bersih dari keherotan berfikir golongan orientalis, sekularis, liberalis dan imperialis.
Campurtangan asing dalam usaha mereka merombak sukatan pendidikan Islam, mendangkal dan menyelewengkan pemahaman agama mesti disekat. Media massa hendaklah dikuasai oleh para penulis dan wartawan yang berorientasikan Islam. Golongan politikus yang menguasai media mestilah terdiri dari kalangan yang tidak memihak kepada kumpulan liberalis dan sekularis.
Hartawan dan golongan korporat perlu membantu dengan kekayaan mereka kelancaran media Islam untuk menghadapi cabaran pemikiran liberal yang merosakkan. Umat Islam seluruhnya harus bersatu menentang perang ideologi yang dilancarkan oleh musuh untuk mengukuhkan aliran penyimpangan berkembang di dunia Islam.
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
Kelang
21 Jamadil Akhir 1426
28 Julai 2005
NOTA KAKI
[i] Charles Kruzman “Liberal Islam: Prospects and Challenges” http://liberalinstitute.com/LiberalIslam.html
[ii] Ibid
[iii] Rand Corp.” The Muslim World After 9/11”hal.10 http://www.rand.org/pubs/monographs/2004/RAND_MG246.sum.pdf
[iv] Ibid
[v] Lihat tajuk berita : Plan Of Attack dlm URL http://www.usnews.com/usnews/news/articles/050801/1terror.htm
[vi] Hj.Saleh Ahmad “Islam dan Cabaran Pemikiran Semasa “ Ucaputama Seminar Islam dan Cabaran Pemikiran Se Masa Cet. PUM 2005
[vii] Lihat tulisan Dr Syafie Bakar :” Aminawadudisme dan Hadharisme: Kaitan” dalam Harakah Daily 18/4/05 di URL berikut : http://www.harakahdaily.net/print.php?sid=12610
[viii] Ghazali, Mohd Rumaizuddin: Aliran-Aliran Pemikiran Islam di Malaysia
[ix] Ibid : http://liberalinstitute.com/LiberalIslam.html
[x] Lihat ulasan mengenai tulisan beliau dalam URL berikut : http://www.al-islam.org/al-tawhid/islamicresurgencewritings/4.htm
[xi] Baca ulasan buku beliau “Neo-Fundamentalism” http://www.ssrc.org/sept11/essays/roy.htm
[xii] Lihat tulisan Ahmad Najib Burhani “Perempuan dan Liberalisme di Muhammadiyah” dalam URL berikut: http://islamlib.com/id/index.php?page=article&id=853
[xiii] Ahmad Jaiz, Hartono ;” Bahaya Islam Liberal “ Cet Pustaka al Kautsar, Jakarta 2001, hal. 40
[xiv] Teks Arabnya seperti berikut:
1) الأئمة المضلون: لقد ميز الرسول الأئمة المضلين بصيغ خاصة تدل على فظاعة خطورتهم وعلى مدى الضرر الذي يلحقونه برعيتهم. فعن أبي الدرداء قال: عهد إلينا رسول الله: "إن أخوف ما أخاف على أمتي الأئمة المضلون" فاستخدام صيغة "أخوف ما أخاف" تدل على المبالغة في بيان خطرهم وضررهم، وعن أوس قال: قال رسول الله: "إني لا أخاف على أمتي إلا الأئمة المضلين" استخدم في هذا الحديث "إلا" التي تفيد حصر الخوف فيهم، وعن ثوبان قال: قال رسول الله: "إنما أخاف على أمتي الأئمة المضلين" استعملت صيغة التوكيد والتعميم هنا في التحذير منهم، وعن أبي أمامة قال: سمعت رسول الله يقول: "أخوف ما أخاف على أمتي من بعدي أعمال ثلاثة: لا جوعاً يقتلهم ولا عدواً يجتاحهم ولكني أخاف على أُمتي أئمة مضلين" فقد أضيف في هذا الحديث إلى جانب صيغة "أخوف ما أخاف" صيغة حصر ثلاثة أعمال يُخاف منها أسقط الحديث منها عملين وأبقى واحداً وهو الأئمة المضلين.
وبالتدقيق في واقع الأئمة المضلين يظهر لنا أنهم أخطر من غيرهم من الأمراء الفاسدين الآخرين لأنهم يقومون بعمل الإضلال والتضليل، وبالتالي فإن عملهم هذا قد يوصل إلى الكفر، وقد وصفهم سفيان الثوري بقوله: "معاملة اليهود والنصارى أحب إلي من معاملة هؤلاء الأمراء" وقال: "لا تنظروا إلى الأئمة المضلين إلا بإنكار من قلوبكم عليهم لئلا تحبط أعمالكم".
2) أمراء السفاهة الذين لا يهتدون بهدي الرسول ولا يستنون بسنته والذين يكذبون ويظلمون: صفات هذا النوع من الأمراء هي الأكثر استخداماً وشيوعاً في أحاديث الرسول فعن جابر بن عبد الله أن رسول الله قال لكعب بن عجرة: "أعاذك الله من إمارة السفهاء" ووصفهم بأنهم: "أمراء يكونون بعدي لا يهتدون بهدي ولا يستنون بسنتي فمن صدَّقهم بكذبهم وأعانهم على ظلمهم فأولئك ليسوا مني ولست منهم زلا يردون على حوضي ومن لم يصدقهم بكذبهم ولم يعنهم على ظلمهم فهم مني وأنا منهم وسيردون على حوضي"، وعن ابن سعيد عن النبي: "يكون أمراء يغشاهم غواش وحواش من الناس يكذبون ويظلمون": وعن كعب قال: قال رسول الله: "يكون بعدي أمراء يعملون بغير طاعة الله فمن شاركهم في عملهم وأعانهم على ظلمهم فليس مني ولست منه، ومن لم يشاركهم في عملهم ولم يعنهم على ظلمهم فهو مني وأنا منه"، وعن عمر بن الخطاب قال: سمعت رسول الله يقول: "اللهم إني أعوذ بك من أئمة الخرج الذين يخرجون أمتي إلى الظلم"، وعن جابر بن سمرة قال: قال رسول: "ثلاثة أخاف على أمتي استشفاء بالأنواء وحيف السلطان وتكذيب بالقدر" وفي هذا الحديث قرن الرسول ظلم الحكام بالكهانة والكفر، وعن سلمان قال: قال رسول الله: "ثلاثة لا يدخلون الجنة: الشيخ الزاني والإمام الكذاب والعائل المزهو" فقرن الحديث الشريف هنا الحاكم الكذاب بالعجوز الزاني وبالفقير المتكبر، وعن عمرو بن عوف قال سمعت رسول الله يقول: "إني أخاف على أمتي من بعدي من أعمال ثلاثة، قالوا: ما هنّ يا رسول الله؟ قال: زلة العالم وحكم جائر وهوى متبع"، حيث قرن الرسول هنا الحاكم الجائر والحكام الظلمة بزلة العالم وبحكم الكفر والهوى.
3) الأمراء الذين ينكرون المعاريف ويأمرون بالمنكرات: عن قتادة عن الحسن أن النبي قال: "ستكون عليكم أمراء بعدي فيعملون أعمالاً تعرفون وتنكرون، فمن أنكر فقد برئ، ومن كره فقد سلم، ولكن من رضي وشايع"، وعن عبادة بن الصامت قال: قال رسول الله: "سيكون أمراء من بعدي يأمرونكم بما لا تعرفون ويعملون ما تنكرون فليس أولئك عليكم بأئمة"، وعن أبي سعيد قال: خطبنا رسول الله فقال في خطبته: "... فيليكم عمال من بعدهم يعملون بما لا تعلمون ويعملون بما لا تعرفون فمن قادهم وناصحهم فأولئك قد هلكوا وأهلكوا".
4) الحكام الذين يتحكمون بالرقاب والأرزاق: عن أبي هشام السلمي قال: قال رسول الله: "سيكون عليكم أئمة يملكون رقابكم ويحدثونكم فيكذبون، ويعملون فيسيئون، لا يرضون منكم حتى تحسنوا قبيحهم، وتصدقوا كذبهم فأعطوهم من الحق ما رضوا به"، وواضح في صفات هؤلاء الأمراء أنهم يحملون الناس حملاً على تحسين أعمالهم القبيحة وتصديق أحاديثهم الكاذبة فكأنهم يريدون امتلاك الناس ليكونوا رقيقاً عندهم.
5) الأمراء الذين يتخذون بطانة من الأشرار ويؤخرون الصلاة: عن أبي سعيد وبي هريرة قالا: قال رسول الله: "ليأتين عليكم أمراء يقربون شرار الناس ويؤخرون الصلاة عن مواقيتها فمن أدرك ذلك منكم فلا يكونن عريفاً ولا شرطياً ولا جابياً ولا خازناً"، وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله: "يكون في آخر الزمان أمراء ظلمة ووزراء فسقة وقضاة خونة وفقهاء كذبة فمن أدرك ذلك الزمان منكم فلا يكونن لهم جابياً ولا عريفاً ولا شرطياً" وظاهر في هذا النوع من الأمراء أنهم يقربون منهم بطانة من الفسقة والخونة والكذبة يستعينون بهم في تطبيق الكفر على الناس، وكني عن ذلك بتأخير الصلاة.
6) الحكام الزنادقة: عن معقل بن يسار عن رسول الله أنه قال: "صنفان من أمتي لن تنالهما شفاعتي: إمام غشوم وآخر غالٍ في الدين مارق منه"، وعن ابن عباس قال: قال رسول الله: "يكون عليكم أمراء هم شر من المجوس".
7) حكام الحطمة: عن يروي قال: قال رسول الله: "إن شر الولاة الحطمة" والحطمة من التحطيم وهو وصف للرعاة الذين يحطمون الغنم في رعايتهم السيئة لهم، ومثلهم الحكام الذين يحطمون الناس في سياستهم لهم، وعن أبي ليلى الأشعري عن رسول الله: "وسيلي أمراء إن استُرحموا لم يرحموا، وإن سُئلوا الحق لم يُعطوا، وإن أُمروا بالمعروف أَنكروا، وستخافونهم، ويتفرق ملأكم حتى لا يحملوكم على شيء إلا احتملتم عليه طوعاً وكرهاً، فأدنى الحق أن لا تأخذوا لهم عطاء ولا يحضر لهم في الملأ". وهذه الأعمال الواردة في الحديث لهذا النوع من الأمراء من الواضح أنها تدل على انتهاجهم لسياسة تحطيم الرعية.
8) الحكام الجبريون المتجبرون المتسلطون: عن عائشة قالت: قال رسول الله: "... ثم ستة لعنهم الله وكل نبي مجاب ... المتسلط بالجبروت يذل من أعز الله ويعز من أذل الله ..."، وعن عمرو بن سعواء اليافعي قال: قال رسول الله: "سبعة لعنتهم وكل نبي مجاب ... والمتجبر بسلطانه ليعز من أذل الله ويذل من أعز الله"، وعن خيثمة عن رسول الله قال: "سيكون من بعدي خلفاء ومن بعد الخلفاء أمراء ومن بعد الأمراء ملوك جبابرة"، وعن أبي ثعلبة الخشني عن أبي عبيدة ومعاذ قالا: حدثنا رسول الله جعلا يتذاكرانه قالا: "إنه بدأ هذا الأمر نبوة ورحمة ثم كائن خلافة ورحمة ثم كائن ملكاً عضوداً، ثم كائن عتواً وجبرية وفساداً في الأمة يستحلون الحرير والخمور والفروج والفساد في الأمة ...".
Lihat tulisan yang bertajuk :
الحكام المذمومون من منظورٍ شرعي وآليات التعامل معهم
Dalam URL berikut: http://www.albasrah.net/ar_articles_2005/0605/khate_250605.htm
[xv] Umpamanya buku Fiqh Lintas Agama Cet. Yayasan Wakaf Paramadina dan The Asia Foundation.
[xvi] Al-Qaradhawi, Yusuf. “ Al Sunnah Wa al-Bid’ah” Cet. Maktabah Wahbah, Kaherah 1999, halaman
26-39
[xvii] Ibid 39-42
[xviii] Loc. cit hal: 64
[xix] Lihat tulisan al Qaradhawi :” al Ijtihad al Mu’asir Bainal Indhibat Wa al Infiratd” dan “ al-Islam Wa al-‘Ilmaniah. Lihat juga Tulisan sdr Ahmad Jaiz Hartono “ Bahaya Islam Liberal.”
1 ulasan:
يا لطيف جدا بلوق! الرجل.. جميلة.. مذهلة.. وسوف المرجعية الخاصة بك بلوق واتخاذ يغذي أيضا...
Catat Ulasan