
Saya merasakan umat Islam di negara ini juga perlu menunjukkan satu stand yang kukuh sebagaimana umat Islam di Pakistan. Kita ucapkan tahniah kepada pihak PAS yang telah membantah penganugerah Sir kepada Salman Rushdie dengan mengadakan himpunan di depan Kedutaan Britain minggu lepas.
Persoalannya, apa stand Pengerusi OIC? Dan kita mengharapkan adanya himpunan umat yang lebih menyeluruh selepas ini dan dibuktikan dengan tindakan yang praktikal-boikot barangan Britain!
Semoga sense of belonging antara kita umat Islam masih hidup. Ternyata penyakit al-wahn(cinta dunia dan takutkan mati) semakin nyata;membuktikan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw hampir 1428 tahun yang lalu! Umat Islam semakin lemah daya juangnya, semakin hilang daya caknanya dan semakin terhakis penhayatan Islam dalam hidupnya!
24 Jun, 9 Jamadil Akhir 1428,
3.05 petang, Malaysia Timur
3 ulasan:
Bila agaknya ahli perniagaan Malaysia menawarkan perkara yang sama?
Bila agaknya ahli perniagaan Malaysia menawarkan perkara yang sama?
bila....harta dan kekayaan bermatlamatkan untuk membangun bersama islam...
Catat Ulasan