Seluruh pelusuk negara dan mungkin dunia berdebar menyaksikan apa kesudahan di sebalik kes pembunuhan Altantuya Sharibu-warga Mongolia yang dibom hingga berkecai jasadnya.
Sejarah pernah mencatatkan 1988 dan 1998 adalah 2 detik hitam dalam sejarah perundangan negara. Pada tahun 1988,Tun Salleh Abas selaku Ketua Hakim Negara telah dipecat dan pada tahun 1998 pula, meyaksikan tokoh reformasi,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat oleh Tun Dr. Mahathir selaku PM ketika itu. Maka, apakah badi 10 tahun itu akan berulang lagi pada tahun 2008?(dijangka keputusan kes ini dimaklumkan)
Dalam keadaan seolah-olah ada pihak yang menjadi scape-goat(kambing hitam), ditambah lagi dengan pertukaran pihak pendakwaraya dan Hakim yang mempunyai hubungan 3 pupu dengan Koperal Sirul Azhar (OKT ke-3), maka kita bimbang keadilan tidak tertegak.
Walaupun mungkin perkara ini bersifat sub-judice(kerana kes masih dibicarakan), tapi kita mendesak agar keadilan dan kebenaran dapat ditegakkan secara telus. Mungkinkah Abdul Razak Baginda akan mengeluarkan pengakuan yang tidak disangka-sangka? Wallahu a'lam.
Sebagai pencinta kebenaran dan keadilan, marilah kita berdoa agar Allah menunjukkan siapa pihak yang sebenarnya terlibat dalam pembunuhan kejam ini, walau atas apa justifikasi sekalipun (kerana ada yang menyatakan Altantuya adalah ejen KGV). Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra'-"Dan katakanlah wahai Muhammad,kebenaran itu pasti tiba dan kebatilan pasti lenyap. Sesungguhnya kebatilan pasti lenyap".
22 Jun 2007, 7 Jamadil Akhir 1428,
12.11 tgh, Malaysia Timur.
3 ulasan:
KAWE KENAL DEMO.SILA LAWAT HTTP//zuldengkil.blogspot.com
"Wamakaru wamakarAllah wallahu khairul makirin"
..manusia merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah yang pasti berjaya...
benar kata saudara kumbang. Insya Allah saudara zul-saya dah lawat web anta. Tahniah-permulaan yang baik-iskandar
Catat Ulasan