Rabu, 20 Jun 2007

Moga Allah membuka pintu hati remaja Melayu Islam kita





Kita mengutuk tindakan jijik pelajar-pelajar sekolah yang melakukan aksi lucah, meraba serta merakamkan kegiatan tidak bermoral itu untuk disebarkan melalui telefon bimbit.

Pendedahan muka depan akhbar Harian Metro yang bertajuk "Aksi jijik budak sekolah" beberapa hari lepas amat mendukacitakan dan mengaibkan kita.

Kita menggesa agar pihak Polis dan Kementerian Pelajaran Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap perkara ini. Tindakan biadap ini telah menjatuhkan imej institusi pendidikan negara ini. Kita gah dengan pelbagai sistem dan program pendidikan yang dikatakan antara yang paling baik dirantau ini. Namun disebalik gahnya pakaian seragam sekolah yang kita banggakan selama ini, pelajar-pelajar kita semakin hanyut dengan dunia remaja mereka.

Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak hingga menyediakan mereka telefon bimbit yang begitu canggih serta boleh merakam gambar dan disalah gunakan seperti ini amatlah dikesali. Tidak salah untuk ibu bapa menyediakan telefon bimbit untuk memudahkan mereka menghubungi anak-anak mereka pada bila-bila masa, tetapi perlu ada pemantauan yang kerap dan telefon bimbit berkamera bukanlah satu keperluan penting pada usia mereka yang masih mentah untuk menilai sesuatu yang baik atau yang buruk. Akal budi mereka masih muda dan perlu dididik dengan baik lagi.

Ibu bapa kini juga seharusnya bersikap sensitif terhadap kisah-kisah jenayah dan seks bebas khususnya yang berlaku kalangan anak-anak remaja dan pelajar sekolah masa kini. Remaja memang tidak suka dikongkong tetapi itu tidak bermakna mereka harus diberikan kebebasan tanpa batasan sebegini. Ibu bapa perlu memerhatikan anak-anak mereka, mengenali kawan-kawan mereka dan tahu aktiviti mereka diluar rumah atau diluar waktu persekolahan.

Ibu bapa juga perlulah memperbanyakan masa bersama mereka dan memahami masalah mereka serta berkongsi kehidupan bersama mereka dalam erti kata yang sebenar bukannya sekadar ikatan antara anak dan ibu bapa sahaja. Di usia semuda ini, mereka perlukan ramai kawan dan ibu bapalah kawan mereka yang terbaik.

Sekali lagi, kita menegaskan agar pihak Kerajaan dan Polis mengambil langkah-langkah drastik terhadap perkara ini demi menjaga nama baik institusi pendidikan dan akhlak pelajar di negara ini. Kita tidak mahu negara ini diwariskan kepada generasi yang rosak seperti ini. Kita mahu negara ini kelak dipimpin oleh mereka yang berakal, berdisiplin dan sensitif terhadap masa depan mereka dan negara.
20 Jun 2007, 5 Jamadil Akhir 1428
2.52 petang, Malaysia Timur



Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude