Isnin, 4 Jun 2007

Apa perlunya karaoke 50 jam?

Umat Islam kesal dengan tindakan Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR) yang bekerjasama dengan Nescafe bagi mengadakan program Karaoke 50 jam tanpa henti mulai 8 Jun ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Program ini adalah sebahagian dari Majlis Citrarasa 2007 yang dianjurkan MOTOUR. Setelah diadakan siasatan,bahawa program ini sebenarnya tiada dalam Kalendar program Kementerian ini dan wakil Kementerian yang dihubungi memaklumkan bahawa program ini adalah program syarikat Nestle di bawa produk Nescafe dan mereka dibenarkan menggunakan nama MOTOUR bagi mempromosikan program ini.

Walau siapa pun penganjurnya, kita melihat bahawa program ini adalah satu program yang tidak berfaedah dan tidak mengambarkan ciri – ciri Malaysia atau Malaysia Truly Asia sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh MOTOUR.

Kita berharap agar Kementerian ini tidak mengambil pendekatan seperti ini bagi menarik pelancong kerana ianya akan membosankan mereka. Kebanyakkan pelancong, khususnya yang datang dari Asia Barat mahukan satu kelainan dan keaslian budaya rakyat Malaysia.

Apa yang dilakukan MOTOUR ini hanya satu perkara yang memalukan kerana ia mempamerkan budaya rakyat Malaysia yang buruk dan suka berhibur serta terlalu mengikut-ikut budaya masyarakat di Barat.

Pandangan ini mungkin dianggap sebagai satu pandangan yang kontradik, tetapi disudut lain, DPPWP melihat bahawa program ini bakal mengundang bahana yang lebih besar dan akan merosakkan generasi sekarang.

Setiap hari rakyat Malaysia disajikan dengan hiburan. Sama ada media elektronik atau bercetak, dunia hiburan menguasai lebih dari 50% pengisiannya. Perkara ini harus dipandang serius oleh Kerajaan dan satu garis panduan perlu diwujudkan bagi memastikan industri hiburan Negara dapat memainkan peranan mereka sebagai pendidik dan penghibur, bukannya sebagai perosak pemikiran rakyat. Budaya keBaratan yang masih lagi dipasakkan dalam pemikiran rakyat melalui sentuhan hiburan ini haruslah dicabut segera.

Langkah mengadakan program Karaoke 50 jam ini seakan-akan cuba mencabar akar budaya rakyat Malaysia dan kita bertegas untuk menolak program ini.

Kita juga khuatir jika program ini menjadi punca kemaksiatan sebagaimana yang berlaku di pesta-pesta menyambut Kemerdekaan Negara serta sambutan Tahun Baru yang diwarnai dengan arak, rempit, seks bebas, dadah dan jenayah lain. Program – program seperti inilah yang akan merosakkan belia Negara ini kerana mereka diberikan ruang dan tempat untuk berpesta 3 hari dua malam tanpa henti.

Selain itu kita juga khuatir jika program ini akan menyebabkan Tasik Titiwangsa dibanjiri oleh pekerja-pekerja asing yang mengambil kesempatan untuk melepak sambil berhibur. Jika inilah suasananya, maka, hasrat Kerajaan untuk menarik ramai lagi pelancong akan tergendala kerana acara hiburan seperti ini tidak dapat menarik mereka.

Oleh umat Islam di Malaysia berharap agar MOTOUR dapat membatalkan program ini bagi memastikan imej Kuala Lumpur dan Malaysia dapat dijaga di mata para pelancong diseluruh dunia.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude