
1) Membaca surah al-Sajadah dan Surah al-Insan di subuh pagi Jumaat, di antara amalan Nabi SAW.
2) Jika menjadi imam, sebaiknya dihabiskan dua surah ini sekaligus.
3) Namun begitu, imam perlu menimbang dalam suasana di mana waktu Subuh mula lewat, dan orang hendak bergegas ke tempat kerja.
4) Boleh juga dibaca surah al-Sajadah dengan membahagikannya kepada setiap rakaat ataupun pada rakaat kedua surah al-Insan digantikan dengan surah yang seperti surah al-A'la.
5) Sebab itulah, imam perlu bijak membaca keadaan. Bersederhana dalam setiap urusan adalah dianjurkan Nabi SAW.
6) Jangan lantaran merasa hebat dek menghafal surah al-Sajadah dan surah al-Insan, lalu kita mendapat rungutan dari makmum di belakang!
22 Janurai 2010, 6 Safar 1431 Hijrah,
8.32 pagi, Malaysia Timur
1 ulasan:
Salam 'alaik.
em, ana pun duk pikir pkara ni 2-3 hr ni,subuh msuk lbh kurg 6.05 pg..jam 6.15 bru solat. imam bc panjang plk..
ana 6.30 pg dh kene bgerak, kalo tak sesak..
Catat Ulasan