
1) Menjengah tahun baru 2010, menjanjikan pelbagai perubahan yang ingin dilakukan oleh kita.
2) Adakalanya kita berjaya melaksanakan perubahan, dan adakala kita tersungkur.
3) Tanpa komitmen, kesungguhan dan istiqamah, azam yang dicita-citakan sukar tercapai.
4) Dunia dikejutkan dengan gempa kuat di Haiti; namun perubahan yang diimpikan tidak tercapai. Bantuan dunia lambat tiba lantaran double standard oleh US.
5) Palestin terus menjadi bola yang disepak ke sana sini samada oleh Israel mahupun Mesir. Hanya Turki dan Iran lantang bersuara membela nasib Palestin.
6) Di negara kita tidak terkecuali. Persaingan di antara BN dan PR memasuki episod baru di sebalik isu kalimah Allah yang menenggelamkan isu enjit jet TUDM yang hilang, cukai GST, harga gula yang naik dan sebagainya.
7) Sesungguhnya tahun baru 2010, perlu dihadapi oleh mereka yang berjiwa besar, tidak tunduk pada tekanan dalam melaksanakan perubahan ke arah kebaikan.
8) Menurut maklumat, tidak mustahil DUN Sarawak dan DUN Perak akan dibubarkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2010 ini. Justeru, ia menuntut perubahan di kalangan rakyat dalam usaha menikmati kesejahteraan dan kemakmuran ekonomi dan keharmonian agama dan kaum.
9) Moga tahun 2010 yang penuh dugaan ini, dihadapi dengan tenang, tabah dan bersemangat.
20 Januari 2010, 4 Safar 1431 Hijrah,
9.30 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan