
1) Seperti yang diketahui umum, beliau adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim sebelum berlakunya Reformasi 98. Pernah ditahan di bawah ISA, akhirnya beliau mengambil keputusan bersama dengan UMNO dan BN, dan tidak bersama Anwar.
2) Bermula dengan Menteri di JPM dalam hal ehwal agama Islam, beliau menegaskan meskipun beliau bukan dari aliran agama, namun beliau adalah bekas pelajar sekolah agama dan mampu mentadbir hal ehwal agama dengan baik.
3) Setelah memenangi Naib Presiden UMNO, beliau kelihatan terus mendaki hirarki kepimpinan tertinggi negara dengan diamanahkan sebagai Menteri Pertahanan. Namun, isu yang meletup kini yang berkaitan dengan beliau adalah, tentang kehilangan enjin jet TUDM dan desakan beliau sebagai Pengerusi UMNO P.Pinang agar jawatan Pengerusi BN P.Pinang diberikan kepada UMNO, atas alasan Gerakan tidak membuat kerja setelah tewas PRU Mac 2008.
4) Persoalan yang menghinggap di benak pemikiran rakyat, mengapa setelah 2 tahun kehilangan enjin jet TUDM berlaku, baru kini didedahkan? Mengapa ia hilang dari laporan Audit Negara? Sebagaimana analisis pemerhati politik, untuk menjual enjin jet bukan sesuatu yang mudah. Sudah pasti transaksi yang melibatkan puluhan juta ringgit ini direstui oleh pihak yang berkuasa.
5) Justeru, ada yang berpandangan ia mungkin strategi Zahid untuk menekan Najib dalam memperoleh kepentingannya. Walau apapun spekulasi, isu kehilangan enjin jet TUDM ini sudah menjadi sindiran rakyat. Jika enjin jet pun boleh hilang, apatah lagi enjin motosikal, kereta dan sebagainya.
6) Kita mengharapkan kes ini tidak ditutup. Hadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan sebagaimana janji Peguam Negara. Isu Pengerusi BN P.Pinang juga agak mengejutkan Najib yang kini sibuk mempromosi konsep I Malaysia. Ternyata Zahid dilihat berani dalam isu ini!
24 Disember 2009, 7 Muharram 1431 Hijrah,
9.41 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan