
1) Seminar khas telah berlangsung dengan jayanya, meskipun belum tentu dapat menyelesaikan semua masalah.
2) Kelihatan ada dua kelompok kini di dalam PAS-ada yang teguh bersama Nik Aziz dan ada yang teguh bersama Hadi Awang.
3) Namun ingatan dari perwakilan Johor-Suhaizan Kayat, 2 tok guru yang dikasihi ini perlu mengelakkan pergeseran secara terbuka.
4) Kini, sebagaimana pendedahan Dr Abu Hassan dari UM, imej PAS semakin merosot pada kacamata rakyat. Ingatan Dr Aziz Bari juga perlu diambil perhatian, tentang perlunya kepimpinan yang dinamik bagi menerajui perubahan PAS.
5) Media massa juga semakin giat memburukkan imej PAS dengan yang terbaru, isu bai'ah calon PAS, yang melafazkan taklik talak tiga sekiranya mengkhianati parti, dengan melompat ke parti lain atau keluar parti. Moga isu ini dapat dijelaskan dengan baik dan bijak oleh pimpinan PAS.
9 November 2009, 21 Zulqaedah 1430 Hijrah,
8.39 pagi, Malaysia Timur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan