
1) Kita perlu berterima kasih kepada Allah di atas nikmat Iman dan Islam yang tidak dapat diwarisi dan dicari di tepian pantai atau di gunung yang tinggi.
2) Kita perlu berterima kasih kepada Allah yang telah menjadikan kita semulia-mulia makhluk yang diciptakan dengan pancaindera yang sempurna.
3) Kita perlu berterima kasih kepada Rasulullah SAW kerana asbab dakwahnya, maka kita menjadi penganut agama Islam ; agama yang mulia di sisi Allah.
3) Kita perlu berterima kasih kepada kedua orang tua yang telah melahirkan kita, membesarkan dan mendidik kita sebagai anak.
4) Kita perlu berterima kasih kepada isteri kita yang telah banyak menolong kita dalam mentarbiyyah anak-anak dan mengurus hal ehwal rumah tangga. Dan begitu juga berterima kasih kepada suami yang memberikan kita perlindungan dan kasih sayang serta keperluan rumah tangga.
5) Kita perlu berterima kasih kepada sahabat, rakan-rakan yang membantu kita dalam kesusahan. Yang sering diperhatikan, dalam situasi yang cukup mudah, apabila kita meminta no seseorang dengan sahabat kita, apabila dia memberikan, ucapkanlah terima kasih. Walaupun nampak kecil, besar kesan dan implikasinya.
6) Kesimpulannya, renungkan ayat Allah di dalam surah Ibrahim "sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan nikmatKu kepadamu, dan sekiranya kamu kufur, maka sesungghnya azabKu amatlah pedih".
15 Oktober 2009, 26 Syawal 1430 Hijrah,
10.04 pagi, Malaysia Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan