
1) Apabila Tun Mahathir bersuara, kadangkala gelisah UMNO dibuatnya. Mengenai calon di Bagan Pinang, beliau tegas menyatakan calon perlu orang yang bersih dan tidak terpalit dengan politik wang.
2) Apabila Tun Mahathir bersuara, terdiam Samy Velu dibuatnya. Disuruh meletak jawatan, Samy Velu ambil cuti 2 bulan dulu dari menjalankan tugas Presiden MIC. Tun kata buat apa 2 bulan, ambillah terus 2o tahun cuti. Makin pening Samy Velu.
3) Apabila Tun Mahathir bersuara, kelam kabut juga Pakatan Rakyat dibuatnya. Bila melihat krisis yang berlaku di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, Tun mengatakan bagaimana PR nak perintah negara, mereka tidak sepakat dalam ideologi politik mereka!
4) Apabila Tun Mahathir bersuara, Ibrahim Ali pun cuba ambil kredit dengan mengatakan, alangkah baiknya jika Tun dilantik sebagai penasihat kerajaan. Pak Lah pula semakin tenggelam dari arus media perdana, cuma apabila dilantik sebagai Pengerusi IKIM, diharap Pak Lah lebih tegas menyuarakan pandangan berkaitan maslahat umat Islam dan imej Islam.
5) Apabila Tun Mahathir bersuara, kelihatannya seolah-olah dia sahaja yang betul, sampai Kartika disebat pun beliau mempertikaikannya. Mungkin inilah antara doa Almarhum Dato Fadzil Noor (mantan Presiden PAS) yang dimakbulkan, "BIARLAH MAHATHIR PANJANG UMUR, AGAR DIA DAPAT MELIHAT NATIJAH DARI PENYALAHGUNAAN KUASA SEWAKTU DIA MEMERINTAH MALAYSIA SELAMA 22 TAHUN". Dalam usia Tun menjangkau 84 tahun, idea dan pandangan yang masih kritikal dan tajam, diharap Tun Mahathir dapat merenungi apa yang didoakan Almarhum Ustaz Fadzil Noor itu!
28 September 2009, 9 Syawal 1430 Hijrah,
10.13 pagi, Malaysia Timur
1 ulasan:
Seseorang manusia itu dipanjangkan umurnya untuk diberikan kepadanya dua perkara samaada peluang bertaubat ataupun menambahkan dosa. Dia perlu memilih yang pertama jika seorang yang bijak.
Catat Ulasan