1) Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan terima kasih dan rasa kasih yang amat mendalam kepada isteri dan anak tercinta.
2) Sepanjang minggu lepas, saya berkursus di Kuala Lumpur berkenaan pengurusan kewangan Islam dari aspek peribadi dan keluarga. Banyak manfaat dan ilmu baru yang saya peroleh, dan Insya Allah akan dikongsi bersama.
3) Mohon maaf juga buat pembaca yang tidak jemu berkunjung ke blog ini, walaupun tidak diupdate hampir seminggu.
4) Balik dari KL dan setibanya di Kuching, saya diuji Allah dengan demam, batuk dan asma. Isteri dan anak yang sanggup mengambil saya di airport, terus membawa suami dan ayahnya ini ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.
5) Sepanjang cuti hujung minggu, isteri dan anaklah yang setia menemani saya dan menyuapkan ubat ke dalam mulut. Benar, baru terasa betapa besarnya nikmat sihat yang kerapkali dilalaikan oleh saya dan kebanyakan kita. Isteri yang sarat mengandung 6 bulan, begitu sabar melayani kerenah saya sebagai suami yang sedang sakit. Di saat itu, terpancar solehah pada peribadinya. Anak sulung saya juga seakan memahami, bahawa abinya tidak ceria sebagaimana biasa.
6) Buat isteri dan anak tercinta, izinkan abang dan abimu mengucapkan selautan terima kasih kerana ketabahan dan kesudian menjagaku. Alhamdulillah, hari ini berasa sedikit segar. Mungkin dengan izin Allah, kopi Sawda menjadi penawarnya dan layanan 1st class sang isteri tercinta dan anak lelaki yang tak kurang lasaknya. Terima kasih isteri dan anakku!
16 Februari 2009, 20 Safar 1430 Hijrah,
9.48 malam, Malaysia Timur.

9 ulasan:
Kemah ust izwan,gud luck,keep ur target ,watch ur back.
gud luck
Syukran prostrategik. Enta pun apa kurangnya!
salam, ustaz tlg sampaikan salam saya dekat fidah ye,i'm so hepi to reach ur blog and get news frm both of u.
thanks, asmawati muhamad,gombak.
Sama- sama Insya Allah
Ya Allah., moga di berikan kesihatan dan kemudahan dalam setiap urusan.
Tiada teman terbaik selain isteri yang solehah dan anak-anak yang sentiasa mendoakan..kirim salam kak fidah ya.
Syukran buat Abufadhl dan ummushifa atas doa dan ziarah
itulah... hikmah berumahtangga, bila time sakit2 camni, ada isteri pengubat duka, ada anak pengubat lara, derita hilang tanpa diduga, sakit kebah tidak semena-mena...
bertuah izwan dapat fidah, rajin suap ubat ye...huhu
anak kedua lahir jun ni ker?? sama la kita...anak ketiga kami pun due 9 June... moga semua selamat yer...
Samalah kita. Fidah insya allah 11 Jun
Catat Ulasan