Selasa, 20 Mei 2008

Pak Lah yakin ahli terus sokong Umno

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperanjat dengan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar dari Umno.

"Saya terkejut dengar Tun letak jawatan, tak mahu jadi ahli Umno lagi dah. Tapi saya ingat, dia dah fikir habis. Dan Tun (Dr Mahathir) ini, bila dia kata dia nak buat sesuatu perkara, dia tak kisah dah apa orang nak kata pada dia. Dia buatlah apa dia nak."Tapi yang pentingnya dalam hal ini, kalau itu keputusan dia, ahli-ahli Umno perlulah bertenang dan memahami bahawa ahli Umno mestilah taat setia kepada parti," kata Abdullah.

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan Abdullah.

Bagaimanapun, Abdullah yakin ahli-ahli parlimen Umno tidak akan mengikut jejak mantan perdana menteri itu meninggalkan Umno.

"Semua ini bergantung sama ada kita sayang atau tidak kepada parti, dan saya percaya ahli Umno sayangkan parti. Dan kita mahu bersama-sama berada dalam parti untuk meneruskan perjuangan kita," kata perdana menteri.

‘Mahu Umno kuat'

Menjawab soalan pemberita, perdana menteri berkata, adalah tidak lojik untuk mereka meninggalkan Umno dalam keadaan sekarang.

"Saya percaya ahli Umno tidak akan meninggalkan parti kerana mereka mengambil berat, mereka sayang (pada) Umno. Mereka mahu menjadi ahli Umno, (kerana) mereka mahu Umno menjadi kuat.

"Tidak lojik mereka akan meninggalkan Umno. Meninggalkan Umno (bererti) meninggalkan BN. Itu maksudnya. Mereka tidak mahu Umno terancam dengan cara itu," katanya dalam sebuah sidang media di Kuala Lumpur.

Abdullah juga ditanya sama ada ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi akan meninggalkan Umno, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

"Kita ramai, tiga juta lebih. Entahlah, mungkin ada, mungkin tak ada. Tapi yang pentingnya, kita perlu berfikir, adakah kita benar ingin meninggalkan Umno dan kita benar memperjuangkan Umno. Kalau tak ada itu, maknanya tak ada lagi perjuangan Umno dalam diri kita," katanya.

Menjawab soalan pemberita sama ada tindakan Dr Mahathir itu akan menjejaskan parti atau tidak, Abdullah tidak menafikannya tetapi mendakwa majoriti ahli Umno mahu terus berada dalam parti.

Bangkit dalam MT

"Saya tak kata tak menjejaskan langsung, mungkin ada. Tapi yang pentingnya, saya percaya majoriti ahli Umno mahu berada dalam Umno, mahu meneruskan perjuangan Umno.

"Dulu pun begitu juga. Bila ada pemimpin besar dan berpengaruh tidak ada dalam parti (meninggalkan parti), majoriti ahli Umno tetap berada dalam Umno. Sebab itu Umno sampai hari ni (terus) wujud," katanya.

Abdullah tidak menjawab ketika ditanya sama ada beliau akan menemui Dr Mahathir.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan ditimbulkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang.

"Bila mesyuarat MT tentulah perkara ini akan timbul," tambahnya.

Ditanya soalan berikutnya dari pemberita, beliau terus menafikan akan meletak jawatan perdana menteri.

"Kenapa mesti (buat demikian)? Saya ada kerja untuk dibuat," katanya.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude