Pergeseran kenyataan antara beberapa tokoh politik pembangkang berhubung agenda negara Islam PAS dalam Pakatan Rakyat menunjukkan politik golongan tua yang suka melenting dan kurang berbincang, kata seorang ahli parlimen wanita PAS.
Sambil menganggap "perang mulut" itu tidak menjejaskan gabungan tiga parti pembangkang itu, Dr Siti Mariah Mahmud berkata:
"Isu ini kadang-kadang jadi (persoalan) peribadi. Orang tertentu saja yang suka sambut menyambut dalam kes ini. Generasi baru, kami lebih suka berbincang.
"Pertama, bila kita dengar sesuatu, kita mesti dapat penjelasan. Kita tidak akan dengar dan terus melenting dan membuat keputusan.
"Kita telah faham mengenai komunikasi, bagaimana kita patut berunding cara. Ini adalah pengurusan jenis baru, lebih progresif."
Malaysiakini: Bagaimana dengan perang mulut dalam Pakatan Rakyat tentang isu negara Islam?
Dr Siti Mariah: Saya ingat generasi muda yang membuat perubahan baru-baru ini. Generasi tua, yang senior, veteren, ahli politik yang senior ini kadang-kadang....
Generasi muda yang mahu hidup sebagai bangsa Malaysia sudah boleh memahami isu-isu ini. Dan perang mulut seperti ini bagi kami tidak menjejaskan Pakatan Rakyat.
Isu ini kadang-kadang jadi (persoalan) peribadi. Orang tertentu saja yang suka sambut menyambut dalam kes ini. Generasi baru, kami lebih suka berbincang.
Pertama, bila kita dengar sesuatu, kita mesti dapat penjelasan. Kita tidak akan dengar dan terus melenting dan membuat keputusan. Kita telah faham mengenai komunikasi, bagaimana kita patut berunding cara. Ini adalah pengurusan jenis baru, lebih progresif.
Bagi saya, rakyat sendiri sedia maklum macam mana Lim Kit Siang dua kali membuat kesilapan apabila beliau meminta bebaskan (tahanan ISA) hanya lima orang sahaja daripada Hindraf.
Bagaimana dengan (tahanan) ISA yang lain?
Kita berjuang untuk semua. Kemudian timbul isu tidak mahu (menyertai majlis) angkat sumpah (dalam proses awal pembentukan kerajaan Perak) (yang) kemudian diselamatkan dengan isu (pelantikan menteri besar) Terengganu.
Masalah salah faham generasi ini tidak boleh selesai?
Saya tidak mahu ulaslah perkara itu. Pemimpin yang sudah veteran ini kita hormati kerana jasa dan pengalaman mereka. Tetapi mereka bukan maksum (tidak melakukan kesilapan) dan sempurna. Tidak semestinya mereka lebih pengalaman dan banyak berjasa, mereka tidak membuat silap.
Oleh kerana kami masih menghormati dan menghargai mereka, jadi kami anggap, macam sebuah keluarga. Kalau ibu bapa kita buat silap, mereka tetap ibu bapa kita.
Mereka pemimpin kita yang telah lama berkorban, telah lama berjuang. Bagi saya, di peringkat ini kami sudah nampak cahaya hujungnya.
Mereka dulu terpaksa mengharungi perjuangan yang amat pahit - batu, kayu, duri di tengah jalan. Terpaksa ubah. Jalan pun tidak nampak. Jadi tentulah kepahitan yang dulu itu masih ada.
Tidak mudah untuk mereka melupakan dan memaafkan kerana masih ingat lagi (peristiwa lama). Sebab itu kita lihat antara Umno dan PAS pun, cerita lama itu akan didendang-dendangkan.
Politik dulu mungkin ekstrem dan fanatik. Tapi politik sekarang politik yang lebih bertolak ansur. Saya melihat masa depan, kita dengan terbuka boleh menyokong parti lawan apabila idea yang dikemukakan itu baik. Dan kita tidak mahu membantah sekadar hendak membantah, membangkang sekadar hendak membangkang.
Kita berpolitik demi kebaikan rakyat Malaysia walaupun ideologi-ideologi kita berlainan. Tetapi ada banyak persamaan dan pertindahan. Semua kita adalah rakyat Malaysia. Cuma (bezanya) pendekatan kita.
Umno dengan caranya yang sudah lama berkuasa. Jadi, perkara yang tidak elok, kita tolaklah.
Dr Mariah setuju kalau dikatakan sekarang masanya kemunculan generasi baru, ahli politik muda yang membawa idealisme yang lebih ke depan?
Ya, saya ingat ada perubahan cara pemikiran. Masyarakat kita sudah berubah. Kalau kita tengok masyarakat 30 tahun dulu, lain. Masyarakat sekarang, lain.
Dan kita juga melihat bahawa golongan veteran masih tidak dapat berubah. Ia berada di tahap lama. Sebab itu, saluran satu (di tempat pembuangan undi) kita kalah.
Saya ada 30 lebih saluran (dalam parlimen Kota Raja). (Di) sepuluh saluran, saya kalah. Tetapi (kalah) sikitlah, tidak banyak, kerana (saluran) itu daripada golongan tua.
Ulasan : Saya agak bersetuju dengan kenyataan Dr Mariah Mahmud ini. Sebagai generasi muda, kita menilai sesuatu perkara dengan lebih rasional dan tidak terus melulu untuk membangkang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan