Jumaat, 2 Mei 2008

Anwar - 100 tokoh paling berpengaruh

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai seorang daripada 100 tokoh paling berpengaruh di dunia oleh sebuah majalah terkenal.

Keputusan itu dibuat berdasarkan undian secara dalam talian majalah mingguan antarabangsa Time.

Tokoh-tokoh tersebut dibahagikan dalam lima kategori: pemimpin dan revolusioner, hero dan perintis, ahli sains dan pemikir, seniman dan penghibur, serta jurubina dan titan.

Seratus tokoh paling berpengaruh dipilih daripada 207 tokoh yang dicalonkan.

Dalam majalah itu, Anwar digambarkan sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan sikap toleransi, demokrasi dan hak-hak asasi manusia.

Majalah itu melihat pemimpin pembangkang itu sebagai calon perdana menteri dan tokoh yang menuntut pilihanraya bebas dan adil di Malaysia.

Tokoh yang mendapat sokongan tertinggi, pereka permainan video terkenal Shigeru Miyamoto, mendapat 2,008,705 undi.

Tempat kedua, artis pop Korea Selatan, Rain (1,568,612 undi) dan diikuti rapat pelakon komedi terkenal Stephen Colbert (918,105).

Tempat keempat dan kelima masing-masing dikuasai Heidi Klum (26,587) dan Tyra Banks (17,011) – kedua-duanya peragawati tersohor.

Anwar, walaupun mendapat undian yang lebih tinggi (42,116) daripada dua jelitawan ini, namun bekas timbalan perdana menteri itu ketinggalan dari sudut purata pemeringkatan, menyebabkan beliau berada di tangga ke-85 dalam senarai tersebut.

Keputusan undian tersebut dimuatkan dalam edisi terbaru majalah itu dan boleh juga dicapai di laman webnya www.time.com.

Selain undian, kriteria lain yang turut dipertimbangkan termasuklah hit di enjin carian Google dan di laman web perkongsian video Youtube.com, selain masukan dalam ensiklopedia Wikipedia.

Time mengeluarkan senarai ini setiap tahun mulai 1999 dan kemudian dihidupkan semula pada 2004.

Ulasan : Ternyata karisma dan kredibilitinya masih dihormati di seluruh dunia. Tercapaikah impian Pakatan Rakyat untuk menyaksikan beliau Perdana Menteri Malaysia ke-6?

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude