Selasa, 22 April 2008

Memorandum bantahan filem-filem tempatan hina Islam

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) membantah sekeras-kerasnya kebenaran dan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri melalui agensi di bawah kementerian iaitu Lembaga Penapis Filem berkaitan filem-filem tempatan yang menghina Islam dan filem-filem ‘telenovela’ latin yang berunsur lucah.
DPP Pusat melihat filem-filem tersebut adalah sebagai bahan yang akan merosakkan minda rakyat dan juga menghancurkan budaya tempatan. DPP Pusat juga melihat bahawa filem-filem yang berbentuk tahyul, keterlaluan ini semakin berluasa dan ianya salah di sesi agama serta bukannya daripada budaya kita.Filem-filem tempatan yang menghina Islam.
Pada bulan Mac 2008 baru-baru ini telah di tayangkan sebuah filem yang bertajuk ‘Akhirat’ yang begitu jelas menghina Islam dan filem-filem yang seumpama dengannya yang semakin banyak yang telah dihasilkan oleh penerbit tempatan.
Sepertimana filem ‘Akhirat’ tersebut jelas menjadikan adegan zina, minum arak dan berhibur secara keterlaluan itu sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita. Konsep penggantungan sepenuhnya kepada Tuhan tidak dicerminkan di dalam filem ini malah dialog bebal juga menyalahkan Tuhan amat keterlaluan. Ada juga adegan cium leher, peluk, belai membelai, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan tajuk ‘Akhirat’ itu sendiri. Filem-filem ‘Telenovela’ Latin yang berunsur lucahDalam rancangan di televisyen setiap hari pula akan ada filem-filem ’Telenovela’ yang akan ditayangkan.
Filem-filem tersebut jelas merosakkan budaya tempatan dan masyarakat seluruhnya.Jika filem-filem ini terlalu banyak ditayangkan akan berlaku perubahan di dalam masyarakat secara negatif seperti pergaulan, pakaian, sosial dan yang lagi parah adalah beragama.Tapisan dan kawalan filemDPP Pusat berharap supaya semua pihak yang terbabit dapat membuat perubah drastik supaya perkara-perkara negatif dalam masyarakat dapat dibendung lebih awal.
Oleh yang demikian; DPP Pusat mendesak supaya kementerian dapat menapis dan mengawal semua filem-filem yang hendak ditayangkan. DPP Pusat juga meminta supaya kerajaan di bawah agensi-agensi yang terbabit agar bertindak segera seperti berikut;
1. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) nasihatkan agar filem-filem yang akan dikeluarkan tidak menghina Islam. FINAS yang ditugaskan untuk memartabatkan Warisan Budaya Bangsa melalui filem harus peka perkara tersebut. FINAS juga harus memberi khidmat nasihat kepada pengamal perfileman dalam usaha meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta tindakan memantau dan menyelaras aktiviti perfileman ke arah membangunkan industri berlandaskan fakta mesti diperketatkan.
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (JAKIM) melalui Majlis Muzakarah Ulamak harus memberikan garis panduan yang jelas supaya merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam dapat dipertahankan melalui elemen filem yang bakal ditayangkan. DPP Pusat juga berharap tugas penting Lembaga Penapis Filem sebelum setiap filem itu ditayangkan harus bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara negatif tersebut tidak ditayangkan. DPP Pusat berharap rancangan-rancangan filem ini akan membina masyarakat Malaysia bukannya mengenengahkan budaya barat yang kotor serta dapat mengelakkan gejala sosial yang terbentuk di dalam industri filem yang ditayangkan di pawagam dan di televisyen kita.
Memorandum diserahkan oleh oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua Pemuda dan disertai juga oleh Ahmad Sabki Yusuf, Setiausaha; YB. Mohd Firdaus Jaafar, Exco dan Kamarulzaman Mohamed, Exco kepada wakil Kementerian Dalam Negeri oleh Haji Alias Mamat, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Filem.
PAS: Filem tempatan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dicadang mengeluarkan garis panduan penapisan filem agar produk seni itu tidak menggugat akidah umat Islam.Dalam memorandumnya kepada Kementerian Dalam Negeri hari ini, Pemuda PAS turut mencadangkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menasihati pengamal filem agar tidak mengeluarkan filem-filem yang menghina agama.Timbalan ketua pergerakan itu Nasrudin Hassan menamakan Akhirat yang ditayangkan bulan lalu sebagai filem "yang begitu jelas menghina Islam."
"Filem Akhirat jelas menjadikan adegan zina, minum arak dan berhibur secara keterlaluan itu sebagai sesuatu yang biasa dalam masyarakat kita," katanya. "Konsep penggantungan sepenuhnya kepada Tuhan tidak dicerminkan di dalam filem ini, malah dialog bebal juga menyalahkan Tuhan amat keterlaluan. "Ada juga adegan cium leher, peluk, belai-membelai, gesel-menggesel (lelaki dan perempuan) tidak dapat mencerminkan tajuk Akhirat itu sendiri." Filem arahan Syed Mohamed Hassan Benyahya - dibintangi oleh, antaranya, pelakon-pelakon terkenal Vanidah Imran, Tony Eusoff, Nabila Huda Suhaimi, Adi Putra dan Jins Samsuddin - ditayangkan di pawagan mulai 20 Mac.
Ia mengisahkan kesengsaraan seorang wanita yang menghidap HIV tetapi merahsiakannya daripada semua orang, termasuk suaminya sendiri, sehingga menimbulkan konflik di dalam dirinya.Selain filem tempatan itu, Pemuda PAS juga membantah sekeras-kerasnya tindakan KDN meluluskan siri drama televisyen 'telenovela' Latin yang dianggapnya berunsur lucah. "Dewan Pemuda PAS melihat filem-filem tersebut sebagai bahan yang akan merosakkan minda rakyat dan juga menghancurkan budaya tempatan.
"Pemuda PAS juga melihat bahawa filem-filem yang berbentuk tahyul, keterlaluan ini semakin berleluasa dan ia salah di sisi agama serta bukannya (sebahagian) daripada budaya kita," kata Nasrudin. Selain memorandum itu, Pemuda PAS juga menyerahkan nota sokongan kepada KDN atas kesediaan menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar untuk mewujudkan persekitaran media massa yang lebih bebas.
Dalam wawancaranya dengan akhbar The Sunday Star semalam, Syed Hamid bercadang melonggarkan syarat-syarat permit penerbitan akhbar yang kini wajib diperbaharui setiap tahun.Dengan cadangan baru itu, penerbit akhbar hanya perlu memohon lesen sekali sahaja dan permit yang diberikan bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak tidak perlu diperbaharui setiap tahun seperti amalan kini.
Syed Hamid berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada kabinet tidak lama lagi. Dengan menyatakan dukungan pada cadangan menghapuskan lesen penerbitan, sayap PAS itu berkata isu kebebasan media sudah menjadi keluhan umum dalam negara sejak sekian lama. "Sikap kawalan kerajaan terhadap pengendali media dilihat menyekat kebebasan laporan media yang adil dan tanggungjawab.
Laporan media seringkali dilihat cenderung kepada agenda yang seiring dengan kehendak kerajaan dan parti yang memerintah," kata Nasrudin."Minda pengendali media mesti dibebaskan daripada budaya tekanan dan kongkongan yang diamalkan sebelum ini. "Kerapkali penyuntingan media dibuat untuk memenuhi kehendak penguasa kerajaan dan penyuntingan media takut untuk memberikan laporan yang bebas, adil dan tepat."
Ulasan : Syabas kepada Pemuda PAS atas usaha yang dibuat dalam menyatakan kebenaran terhadap filem Akhirat yang jalan ceritanya begitu memualkan.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude