Jumaat, 18 April 2008

*Kerajaan setuju tingkat had umur bersara * Tiada honorarium RM2,000

PUTRAJAYA 17 April - Kerajaan bersetuju memenuhi lima daripada enam permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dikemukakan bagi meningkatkan kebajikan 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, lima tuntutan yang diterima itu adalah berkaitan kadar pencen, lanjutan umur persaraan, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan.

Bagaimanapun, kata beliau, tuntutan CUEPACS supaya kakitangan awam diberikan honorarium RM2,000 tidak dapat diterima kerajaan.

‘‘Kami gembira dan puas hati dengan pertemuan hari ini. Tolak honorarium sahaja, yang lain kami dapat. Butiran lanjut mengenai lima tuntutan yang dipenuhi itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri sedikit masa lagi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Terdahulu, beliau yang mengetuai sembilan pegawai kanan CUEPACS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan enam tuntutan kongres itu di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan selama 45 minit itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

CUEPACS sebelum ini mengancam akan memboikot sambutan Hari Pekerja 1 Mei ini jika kerajaan enggan memenuhi enam tuntutan yang telah dikemukakan oleh kongres itu sejak tiga tahun lalu.

Enam tuntutan tersebut ialah pemberian honorarium RM2,000 kepada kakitangan awam, pemberian kadar pencen mengikut perkhidmatan, lanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan kepada RM230 berbanding RM180 hari ini.

Ulasan : Banyak pro dan kontra tentang honorarium itu. Dengan harga barang yang semakin naik, ia wajar dipertimbangkan semula demi meringankan beban kakitangan awam bahkan juga insentif untuk kakitangan swasta dan rakyat seluruhnya.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude