Jumaat, 7 Mac 2008

Undi mampu hentikan kezaliman - Dr Asri

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Sebelum membuang undi pada 8 Mac nanti, umat Islam disaran menjadikan pandangan dan saranan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam. Malah katanya undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak. Demikian antara beberapa petikan nasihat Dr Asri di dalam bukunya yang bertajuk, 'Golongan yang haram di sokong' yang sewajarnya dijadikan panduan pelbagai pihak khususnya pengundi untuk membuat keputusan dalam menentukan pemimpin yang dipilih dan masa depan negara agar dihindar pada kancah kezaliman. Katanya, menjelaskan kemungkinan ada pihak menyangka bahawa apa kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihan raya dengan kedudukannya di hari akhirat malah menganggap pilihan raya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid. "Inilah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak diajar tentang Islam yaang tulen," katanya dalam buku tersebut. Beliau di samping itu memberi panduan kepada umat Islam supaya membuat keputusan yang betul dan tidak memberi undi kepada pemimpin atau golongan yang zalim. Katanya memberi contoh apabila melihat seseorang membeli sesuatu barang yang rosak,wajib diberitahu kepadanya dan dibantahi penjualnya, inikan pula jika melihat seseorang yang ingin memberikan undi atau sokongan kepada golongan yang rosak,jahat dan zalim. "Sudah pasti kewajipan mengingatkan para pengundi lebih besar dari mengingat seorang pembeli. "Ini kerana mengingatkan pembeli untuk menyelamat individu dari ditipu sedangkan mengingatkan pengundi adalah demi menyelamatkan umat dari binasa," kata Dr Asri. Golongan zalim kata Dr Asri, akan mengadap Allah dengan kemurkaan-Nya dan begitu juga para pengikut dan penyokong mereka juga akan dihadapkan atas jenayah sokongan terhadap kezaliman. "Oleh itu, bertaubatlah jika anda pernah menyokong golongan zalim, sama ada dengan suara, perbuatan atau undi anda. "Janganlah diulangi kemungkaran ini di kala kezaliman kelihatan sangat jelas dan nyata di hadapan mata kita," katanya Difahamkan buku 'Golongan yang haram di sokong' telah dicetak sejumlah lebih 6,000 naskah dan diedar secara percuma kepada umat Islam khususnya di negeri Perlis.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude