Ahad, 24 Februari 2008

UMNO mula gelisah

Bantahan terbuka penyokong-penyokong wakil rakyat BN, khususnya Umno, yang digugurkan terus berlanjutan hari ini walaupun jumlahnya kecil, termasuk terhadap pengerusinya dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Lebih 50 penyokong penyandang kerusi DUN Batu Maung, Ir Mansor Musa, dan anggota parlimen Bayan Baru, Datuk Wong Kam Hoong, secara terbuka menaikkan sepanduk berdemonstrasi di kompleks PISA, Pulau Pinang, untuk merayu Abdullah mengubah keputusannya, lapor Bernama.

Senarai calon Umno negeri itu diumumkan semalam - pendatang baru Norman Zahalan menggantikan Mansor, sementara calon baru Ooi Siew Kim menggantikan Wong.

Sebelum itu kediaman rasmi Abdullah di Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri (JPM) turut menjadi sasaran para penyokong wakil-wakil rakyat yang tidak berpuas hati.

Empat buah bas, bersama 240 penyokong seorang bekas anggota parlimen, sampai di Seri Perdana pada 10.30 malam Khamis. Mereka hanya meninggalkan kawasan itu hampir tengah malam selepas menyerahkan memorandum kepada seorang pegawai di JPM.
Tidak pernah lihat sebelum ini
PM seru penyokong BN bersatu





Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan pengerusi BN, berpesan kepada penyokong-penyokong agar tidak mensabotaj kempen pilihanraya calon-calon parti itu jika wakil rakyat mereka digugurkan kali ini.

Mengulas kemungkinan sabotaj dari dalam BN sendiri, timbalan perdana menteri dilaporkan berkata hari ini: "Itu dah melangar disiplin parti.

"Kalau setakat merayu dia pergi rumah Menteri Besar, atau cari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, itu biasa, tapi kalau sampai dah sabotaj itu maknanya dia dah melampaui batas dan tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka."

Kejadian membantah calon-calon muka baru yang disenaraikan dan pengguguran penyandang-penyandang BN berlaku di banyak negeri, khususnya di Terengganu dan Perlis.
Lumrah penyokong tidak puas hati
Jangan berarak, jangan desak
Perubahan mendadak terus terjadi


Tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon, dua nama BN yang diumumkan untuk kerusi-kerusi Pengkalan Chepa dan Pasir Mas hari ini sah menarik diri, umum pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Annuar Musa.

Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman yang dijadual untuk Pengkalan Chepa, manakala Datuk Abdul Halim Ahmad (Pasir Mas) dilaporkan enggan bertanding di dua kerusi tersebut walau pada asalnya berminat.

Annuar berkata, naib ketua bahagian Umno Pengkalan Chepa Rahim Othman akan menggantikan Abdullah Sudin, Rosdi Mahamad pula menggantikan Abdul Halim.
Abdul Rahim di Chetok
Senarai BN 'tidak kemas'



Ulasan : Umno dan BN mula gelisah akibat ketidaktentuan yang berlaku. Protes di banyak tempat dan sabotaj akan dibuat oleh mereka yang tidak berpuas hati. Kita tunggu dan lihat!

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude