Selasa, 5 Februari 2008

Medan Tempur PRU Ke-12 Semakin Hampir !

Salam buat semua pembaca budiman. Mohon banyak kemaafan kerana saya tidak mengemaskini blog ini. Saya pun tak pasti kenapa semangat diri semakin pudar untuk mengemaskini blog, sedangkan sebelum ini saya begitu bersemangat.
Kalau nak dikatakan saya sibuk, ada lagi orang yang lebih sibuk dari saya. Lihat sahaja top 5 blog dalam ukhuwwah portal-bukankah semuanya orang yang sibuk seperti Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Roslan SMS, Ustaz Hasrizal Jamil, Muhtar Suhaili dan lain-lain? Mungkin inilah penyakit yang biasa melanda kita iaitulah cepat jemu dan tidak istiqamah dengan apa yang kita lakukan.
Tetapi memandangkan blog ini terus mendapat kunjungan setiap hari, saya merasa bersalah kerana tidak berkongsi dengan anda semua apa yang terbaru untuk ditatap bersama. Saya rasa koleksi kertas kerja mungkin telah habis dibuka, latihan ilmiah dan disertasi saya juga telah habis ditelaah, teks Ghulam Dakwah mungkin ada yang telah menjadikannya sebagai teks usrah, serta ruangan macam-macam pun telah habis dibaca. Justeru, saya cuba sedaya upaya menulis dari hati nurani tentang apa yang berlaku di depan mata serta apa yang didengar melalui media massa mutakhir ini.
Sahabat semua, gerbang pilihanraya umum semakin hampir. Yang saya dapat maklumat, kemungkinan besar Parlimen dibubarkan pada 25 Februari ini atau sejurus selepas Tahun Baru Cina (antara 12-25 Februari) dan pilihanraya akan diadakan pada antara 6-16 Mac. Apapun yang pasti, kita masih menunggu ilham dari PM kita.
Ingin saya tegaskan, dalam konteks pilihanraya kali ini beberapa perkara perlu diberi perhatian. Di antaranya ialah :
1) Harga minyak yang bakal naik dalam masa yang terdekat
2) Harga barang harian yang juga mungkin naik
3) Pemerintah yang ingin dipilih perlu telus dari sudut integritinya dan visi yang jelas untuk kebajikan rakyat
4) Gula-gula pilihanraya yang rancak ditaburkan-dividen, bonus, geran dll
5) Kepekaan rakyat untuk berubah dari keadaan tak kisah kepada kisah apa yang berlaku di sekeliling
Justeru, saya mengharapkan agar kita semua yang dapat mengundi dapat memilih apa yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara yang kita cintai. Kita bukan sekadar mahu bermegah dengan projek yang kadankala menjadi simbol tetapi tidak dapat dinikmat faedahnya oleh rakyat yang teramai. Antara yang terbaru pembinaan Taman Tamdun Islam yang menelan belanja hampir 290 juta ringgit. Apa siginifikannya dan bukankah lebih baik ia disalurkan kepada projek yang lebih bermanfaat?
Akhir kalam, kita berdoa dan berusaha untuk melakukan perubahan-mengajak ummah di temapt kita agar lihat, fikir dan pangkah apa yang patut dan bukan sekadar terimbau dengan nostalgia silam semata-mata!
5 Februari 2008 , 27 Muharram 1429 Hijrah
4,12 petang, Malaysia Timur

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,
saya dulu pernah melawat Smap (K) pada tahun 1997, ketika ustaz jadi KU..saya budak taman dato haron..
ustaz pernah belanja nasi lemak kat kami sebab ustaz menang hafazan ..ingat tak???

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ridwantoi atas memori lama tu. Apapun ana doakan moga enta terus istiqamah dengan semangat dan idealisme sbg anak muda yang berjiwa Islam. Syabas dan tahniah-iskandar

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude