Jumaat, 29 Februari 2008

Jangan bereksperimen -- Rakyat tanggung risiko jika pilih pembangkang sepenggal – PM > Benarkah?

KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko teruk kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Perdana Menteri menegaskan, proses menubuhkan kerajaan sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main sehingga memerlukan eksperimen politik. Beliau berkata, jika eksperimen dalam tempoh lima tahun itu tidak menjadi kenyataan, risikonya pasti ditanggung oleh rakyat.

Dalam konteks ini, beliau mengingatkan rakyat hanya Barisan Nasional (BN) boleh memerintah negara dan telah pun menghasilkan kemajuan yang terbukti hari ini. “Nak buat eksperimen lima tahun, kalau tak jadi, bukankah teruk? Risikonya tinggi dan saya harap (idea itu) tidak dapat sambutan,” katanya.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri dengan Warga Pendidik Kepala Batas di Dewan Milenium di sini hari ini. Beliau mengulas dakyah pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 yang merayu rakyat memberi peluang kepada barisan pembangkang memerintah negara hanya sepenggal.

Para pemimpin pembangkang meminta pengundi memberi peluang sekali sahaja kepada mereka dengan alasan jika prestasi pembangkang tidak seperti yang digambarkan, rakyat kemudian boleh memilih kembali BN pada pilihan raya umum berikutnya. Menurut Perdana Menteri, kemajuan yang dicapai hasil usaha BN diperlihatkan menerusi kemantapan ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan 7.3 peratus bagi suku keempat 2007.

Katanya, angka pertumbuhan itu adalah sesuatu yang di luar dugaan. “Saya tahu ia akan lebih tinggi tetapi tak sangka angkanya 7.3 peratus. Jika dikira dari segi hitung panjang empat suku penggal sepanjang tahun itu, kadar pertumbuhan ialah 6.3 peratus. “Ia menandakan keyakinan rakyat Malaysia terhadap keseimbangan ekonomi ekoran pelaburan yang meningkat dari negara-negara lain. Saya amat gembira dengan perkembangan ini,” katanya.

Abdullah memberitahu, pertumbuhan yang memberangsangkan itu membolehkan kerajaan merancakkan lagi kemajuan ekonomi supaya lebih banyak faedah boleh diberi kepada rakyat. Rabu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 7.3 peratus bagi suku terakhir 2007 hasil sokongan perbelanjaan penggunaan dan pelaburan yang kukuh. Bank pusat itu berkata, kesemua sektor dalam ekonomi mencatatkan pertumbuhan kukuh, sekali gus menjadikan KDNK benar pada 2007 meningkat kepada 6.3 peratus.
Ulasan : Tidak salahkan kalau memilih Barisan Alternatif setelah sekian banyak dana negara diselewengkan? Benarkah BN cekap memerintah ? Barisan Alternatif tahu caranya jika diberi peluang untuk mentadbir negara ! Ingatlah tiada kerajaan yang akan kekal melainkan kerajaan Allah !

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude