Selasa, 13 November 2007

Untukmu Palestin



MOTIVASI MUTIARA DR DANIAL ZAINAL ABIDIN

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan-tuan dan puan-puan, para peminat Mutiara FM yang saya muliakan. Lagi sekali Dr Danial bersama-sama dengan anda pada pagi yang permai ini. Pada pagi ini, ingin saya menyatakan pada kita bersama bahawa salah satu model atau contoh tentang golongan manusia yang bermotivasi tinggi atau highly motivated people. Bagi saya golongan yang boleh kita contohi itu ialah rakyat Palestin. Mereka ditindas, dipijak, dihina, diperkosa dan sebahagian daripada mereka dibunuh sejak tahun 1948 apabila rejim Israel diberikan tanah dan di situ mereka menegakkan negara baru yang bernama Israel.

Sejak itulah rakyat Palestin yang sebahagian daripada mereka merupakan orang-orang Islam tidak pernah hidup dalam keamanan. Hak asasi mereka yang paling asas pun tidak dapat mereka perolehi. National Geographic memaparkan suatu ketika dahulu bahawa hendak memperbaiki rumah sendiri pun tidak diizinkan. Begitu sekali keadaan mereka sehingga ke hari ini. Malah pada hari ini keadaan mereka menjadi lebih teruk daripada sebelum ini dengan serangan-serangan di Gaza dan seumpamanya yang berlaku pada hari ini.

Mereka tidak pernah berputus asa. Mereka tidak kenal erti kekecewaan seolah-olahnya dalam kamus mereka tidak ada kalimat putus asa dan kecewa. Dalam kamus mereka dipenuhi dengan kalimat pengorbanan dan perjuangan, usaha, ikhtiar, harapan, tawakkal dan istiqamah. Anak-anak muda mereka hidup dengan misi yang jelas tidak seperti sebahagian daripada anak-anak muda kita yang terkinja-kinja sehingga larut malam. Tidak mahu belajar, memberi perhatian kepada perkara yang serius dan idola mereka ádalah artis-artis yang terkinja-kinja. Pemuda dan pemudi Palestin tidak boleh berkelakuan seperti itu. Hidup mereka mempunyai misi yang jelas iaitu perjuangan untuk membebaskan diri mereka daripada cengkaman kuku besi dari pihak rejim Israel.

Lantas pada hari ini bila kita membaca dan melihat di kaca TV tentang penderitaan mereka, bolehkah kita tidur dengan aman. Bila saya melihat kisah mereka, saya telah menceritakan kepada anak-anak saya, saya berkata: “Inilah contoh bagi kamu. Artis-artis itu bukan contoh bagimu. Rakan-rakan kamu juga bukan contoh bagimu. Contoh bagimu adalah anak-anak muda Palestin yang berjuang tanpa mengenal putus asa”.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Kita perlu membantu mereka dengan semampu yang boleh. Sudah pastinya bukan dengan senjata. Tetapi mungkin dengan wang. Jika ada ruang salurkan bantuan anda kepada mereka yang bermotivasi tinggi ini yang berjuang demi mempertahankan agama dan tanah air. Sebab itu pada hari ini di samping saya bersedih dengan keadaan mereka, saya tidak mahu bersedih sekadar komen dan menuturkan kalimat kesedihan. Saya hendak membantu mereka paling kurang dengan doa dan wang yang sedikit sebanyak yang ada pada saya untuk saya salurkan kepada mereka mengikut saluran-saluran yang sah. Saya mengharapkan jika anda mempunyai hati, jiwa, otak, perasaan dan sedikit semangat perjuangan, jangan lupa berdoa untuk mereka yang bermotivasi tinggi ini dan juga jangan lupa untuk memberi sedikit sebanyak rezeki yang ada pada diri anda mengikut saluran yang sah untuk membantu mereka pada hari ini.

Selepas saya menceritakan tentang mereka yang bermotivasi tinggi di Palestin ini saya lebih bersedih hati bila melihat anak-anak muda kita di Malaysia. Lebih-lebih lagi bila perbincangan kita merupakan perbincangan tentang isu-isu yang sebenarnya tidak menguntungkan kita sedikit pun. Seminggu dua ini di mana saja saya pergi orang akan bercakap tentang artis putus tunang dan seorang artis perempuan yang akan berkahwin di bulan Ogos ini dengan Datuk K. Media massa kita meletakkan kisah ini di muka depan akhbar. Ada lintas langsung pula dibuat untuk pengisytiharan tarikh perkahwinan mereka.

Artis ini pula mengisytiharkan bahawa gaunnya berjumlah RM40 ribu. Subhanallah, subhanallah, subhanallah! Artis nak berkahwin silakan. Nak putus tunang pun silakan. Perlukah kita gahkan semua ini berdepan dengan rakyat Palestin, umat Islam di Afghanistan, Iraq yang tidak dapat menjamah makanan? Jangankan nak membeli gaun RM40 ribu, nak makan setiap hari pun belum tentu ada makanan untuk mereka. Kita ceritakan tentang artis-artis dengan kisah-kisah seperti ini, minta maaf tuan-tuan dan puan-puan kadang kala saya merasakan menyampah dengan kisah-kisah ini. Minta maaf sebab kita sebenarnya kadangkala bercakap tentang perkara yang tidak boleh menjadikan kita cemerlang, gemilang dan terbilang.

Adakah kisah artis-artis ini jika dicontohi boleh menjadikan kita insan kelas pertama seperti yang dilaung-laungkan oleh pimpinan negara kita. Pimpinan negara kita mahukan kita menjadi golongan minda kelas pertama dan adakah kisah-kisah artis ini boleh menjadikan anda, kita dan anak kita golongan kelas pertama. Fikir-fikirkanlah. Pedih sedikitkan tuan-tuan dan puan-puan. Tetapi kebenaran sentiasa pedih pada hari ini.

Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 110 menegaskan:

“Kamu merupakan sebaik-baik umat yang Allah keluarkan bagi manusia dengan syarat kamu mengajak kepada makruf dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Itulah 3 agenda yang akan menjadikan kita cemerlang, gemilang dan terbilang. Menjadikan kita rakyat Malaysia golongan kelas pertama. Kita tidak lupa untuk mengajak kepada makruf dan tidak lupa mencegah mungkar dan kita beriman kepada Allah dan menghayati konsep iman. Itulah yang perlu sama-sama kita lakukan insya Allah. Semoga perjuangan rakyat Palestin menjadi satu iktibar kepada kita agar kita menjadi golongan yang tidak mengenal erti kekecewaan dan putus asa dalam hidup. Ceritakan kepada anak-anak kita tentang perjuangan mereka. Semoga insya Allah kita akan cemerlang, gemilang dan terbilang!

Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 25 Julai 2006, hari Selasa jam 7.30 pagi di Mutiara FM Pulau Pinang 95.7 MHz.



Subject: Pokok Gharqad / Boxthorn


Hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Banyak artikel yang terdapat dalam internet yang dijumpai mengenai pokok gharqad ini, ianya juga dikenali dengan nama boxthorn.

Dalam begitu banyak halaman internet yang paling menarik perhatian saya ialah halaman kerajaan yahudi ini sendiri di israel.

Halaman ini ialah Jewish National Fund.( <http://www.jnf. org/> ) dari maklumat yang ada di
halaman itu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!


Bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut di samping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal. jnf ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain.





Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude