Buat semua pembaca budiman terima kasih atas kunjungan setiap hari. Mungkin ada yang tertanya-tanya di mana nukilan original saya seperti sebelum ini. Ingin saya jelaskan, dalam kesibukan tugas mutakhir ini, sedikit sebanyak menjejaskan diri saya untuk menulis dengan fokus terhadap banyak isu yang berlaku sekarang.
Untuk itu, saya paparkan artikel-artikel yang saya peroleh dari email peribadi, yang saya kira bersesuaian untuk perkongsian bersama. Mungkin ada yang pernah membaca artikel tersebut. Walaubagaimanapun, saya paparkan sumber ambilan artikel tersebut supaya pembaca jelas, bahawa saya bukanlah penulis asal artikel-artikel yang berkenaan.
Pembaca budiman sekalian, perjuangan dalam hidup ini bukan mudah. Adakalanya kita diuji dan adakalanya kita dikeji. Untuk menjadi seorang pejuang, memerlukan ketahanan dari segenap sudut. Rohaninya, emosinya, jasmaninya dan intelektualnya-semuanya diambil kira dalam melahirkan pejuang sejati.
Kadang-kadang kita bertanya-adakah diriku layak digelar pejuang? Harus diingat, menjadi pejuang bukan bermakna mengangkat pedang atau berperang semata-mata. Masih banyak cabang perjuangan yang belum kita tembusi. Perjuangan untuk menjadikan diri dihargai oleh warga bumi dan warga langit lazuardi, bahkan yang paling penting diredhai Ilahi.
Perjuangan untuk membina keluarga yang bahagia juga banyak cabarannya. Mendidik anak tidak sama seperti kita membelai seekor anak kucing. Mendidik anak bermaksud memikul amanah yang besar bagi memastikan sejahtera aqidahnya, terjaga pembesaran fizikalnya dan mulia akhlaknya. Kini, anak-anak menjadi besar kepala kerana salah didikan. Apabila berlaku masalah di sekolah, anak sendiri dibela dan guru dicela. Maka lahirlah generasi pelapis yang tidak boleh ditegur hanya semata ibu bapa tidak endah dengan kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka!
Perjuangan menjadi seorang anak yang soleh solehah kepada kedua orang tua juga bukan senang. Tambahan pula, apabila usia merangkak dewasa, kadangkala kita merasa lebih betul berbanding orang tua. Seolah-olah orang tua kita tidak tahu tentang apa yang berlaku masa kini. Kita abaikan nasihat mereka dan kononnya kita melakukan tindakan yang betul.
Perjuangan sebagai seorang pekerja atau majikan juga menuntut stamina amanah yang tinggi. Jika tidak, mana mungkin mutakhir ini kita melihat ada pekerja dan majikan yang didakwa kerana terlibat dalam rasuah dan pecah amanah. Apa yang berlaku kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM ; Datuk Ramli Yusof perlu menjadi ingatan bersama. Banyak perkara yang tersembunyi di sebalik kes beliau ; antaranya benarkah BPR tidak melindungi saksi yang memberi maklumat dan mereka yang sedang disiasat. Sebab itu teguran Pengerusi PAC ; Datuk Shahrir Samad perlu diambilkira, iaitu BPR jangan hanya menangkap ’bilis’ tetapi melepaskan ’jerung’. Oleh itu bagi saya, kalau benar BPR ingin mengambil tindakan-dakwa juga pegawai kanan atau Menteri yang berkenaan yang mengakibatkan kerugian kepada negara jutaan ringgit sebagaimana yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2006.
Bukan itu sahaja, perjuangan untuk menjadi ahli masyarakat yang berbakti kepada mereka juga memerlukan pengorbanan yang tinggi. Berjemaah di surau atau masjid di kawasan tempat tinggal kita, bertanya khabar dengan jiran tetangga, melibatkan diri dalam program kemsyarakatan tidak akan kita lakukan jika kita tidak sanggup mengorbankan sedikit masa privacy kita. Sebab itu Nabi saw menyanjung mereka yang berbakti kepada manusia lain sebagai sebaik-baik manusia. Apa yang berlaku dalam kejadian yang mengorbankan 2 anggota polis berbangsa India minggu lalu, adalah akibat sikap nafsi-nafsi-ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Nilai kejiranan semakin terhakis, bahkan kita sendiri tidak terpanggil untuk mengetahui siapa sebenarnya jiran di sebelah rumah kita.
Perjuangan sebagai seorang pendakwah juga tidak lepas dari mehnah dan tribulasi. Jangan berkecil hati jika tidak dimuliakan dan tiada sampul yang berisi duit selepas selesai menyampaikan pengisian, merupakan duri-duri kecil yang kerap kali mencucuk pendakwah masa kini. Ada yang tidak mahu lagi menyampaikan pengisian hanya kerana tidak dihormati dalam majlis dan tiada sampul penghargaan. Sebab itu, pendakwah juga perlu membetulkan niat ; berdakwah kerana Allah bukan kerana manusia. Amal kerana Allah mulia, amal kerana manusia hina !
Perjuangan melawan hawa nafsu juga bukan kecil. Kerapkali kita tewas dek nafsu yang tidak mengenal siapa. Anda pegawai, anda buruh, anda ustaz, anda guru, anda doktor, anda pemimpin-semuanya ada nafsu. Nafsu makan, nafsu memiliki harta, nafsu seks dan pelbagai lagi bentuk nafsu yang sering menggoda kita agar menjadi hamba yang ingkar kepada Allah. Di mana ruh Ramadhan yang lepas? Di mana bacaan Qur’an yang kita boleh habiskan 30 juzu’-seolah-olah habisnya Ramadhan, lantas Qur’an ditinggalkan! Di mana tahajjud yang mampu kita lakukan hampir setiap malam Ramadhan ? Di mana solat sunat dan sedekah yang cukup hebat kita laksanakan pada bulan Ramadhan yang lepas? Dan di mana puasa sunat 6 hari di bulan Syawal-apakah sibuk menghadiri open house yang tidak putus-putus sebagai alasan untuk kita mencuaikannya! Teguran ini bukan untuk anda semua tetapi juga untuk diri saya yang lemah.
Pada waktu yang sama, perjuangan menuntut keadilan dan kebenaran merupakan antara perjuangan yang besar. Sebab itu bagi saya para sahabat sanggup berkorban nyawa demi kemuliaan Islam. Imam Nawawi dihalau negeri oleh Sultan Malik al-Zahir hanya kerana fatwanya yang tidak membenarkan Sultan itu menggunakan wang rakyat dalam menampung kos peperangan menghadapi musuh, selagi Sultan itu tidak menggadaikan barang kemas yang ada pada setiap hamba-hamba perempuannya ! Alhamdulillah, kemenangan Malik Hussin yang ditangkap secara salah di bawah ISA dan memberikannya durian runtuh sebanyak RM 2.5 juta, adalah bukti beliau ditahan dengan niat mala fide(secara jahat). Dan sesungguhnya masih ramai lagi tahanan yang tidak mendapat hak untuk diadili di mahkamah terbuka ditahan di bawah akta tersebut.
Oleh itu, 10 November ini merupakan kemuncak, golongan marhaen menuntut supaya diadakan pilihanraya yang adil,telus dan bersih. Benarlah kata Nabi saw “ Seafdal-afdal jihad ialah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim”. Saya mendoakan agar perhimpunan tersebut tidak dicemari dengan insiden berdarah dan tembakan peluru hidup. Biarlah kami berhimpun secara aman, agar tuntutan kami didengar. Biarlah kami bergerak dengan bebas tanpa sekatan ke Istana Negara, untuk menyampaikan hasrat kami kepada Yang Dipertuan Agong. Semoga perhimpunan ini diberkati Allah.
Apa yang berlaku sewaktu majlis perasmian ECER di Kelantan tempoh hari menjadi saksi bahawa kepentingan politik perlu diketepikan demi kebaikan rakyat. Kalau Pak Lah mengakui beliau juga PM buat negeri Kelantan dan berjanji tidak akan menyisihkannya, maka hayatilah juga ungkapan Menteri Besar Kelantan “ Pembangunan yang dirancang boleh diteruskan tanpa perlu ditukar nakhodanya. Kapal masih boleh terus belayar ke arah yang diredhai Allah berpandukan syariat”. Moga keikhlasan 2 pemimpin besar negara ini, dapat dijelmakan dalam bentuk praktikal kelak. Ini juga perjuangan yang besar ; memastikan orang Melayu Islam tidak ’layu’ di bumi sendiri, dek terabai oleh pemimpin yang bukannya berkhidmat untuk rakyat, tetapi mahu rakyat berkhidmat untuknya.
Dalam keadaan segalanya akan naik, minyak, tol, tarif elektrik dan lain-lain, pimpinan kini perlu mengambil kira kepentingan rakyat teramai daripada hanya menyelamatkan pihak-pihak tertentu sahaja. Moga nukilan ini dapat mencetuskan kesedaran buat kita semua. Salam perjuangan dari saya !
Di bawah ini saya sertakan banyaknya amanah yang perlu kita tunaikan mengikut posisi tertentu :Amanah Diriku
Hamba Allah :
Ø ikhlas dan istiqamah dalam amal ibadah
Ø junjung perintahNya
Ø hindari laranganNya
Ø redha atas segala ketentuanNya
Ø sabar atas ujianNya
Sikap yang perlu diperbaiki :
Ø tunaikan amanah yang diberikan
Ø berpegang pada janji
Ø seorang yang pemurah dan ringan tulang untuk membantu
Ø lemparkan senyuman
Ø tidak mudah kecil hati
Ø tegas bertempat
Ø bijak analisis suasana
Ø cepat menangkap sesuatu perkara (concerne)
Seorang anak :
Ø Taat dengan suruhan dan permintaan
Ø Pemberian bulanan
Ø Doakan kebaikan mereka
Ø Berusaha tidak mengecilkan hati mereka
Seorang suami :
Ø Tunaikan hak-hak isteri (nafkah zahir batin, makanan, pakaian, rumah& kereta)
Ø Berusaha mendidik dan membimbingnya
Ø Menunjukkan contoh yang baik
Ø Memberikan nasihat dan teguran secara berhikmah
Seorang ayah :
Hamba Allah :
Ø ikhlas dan istiqamah dalam amal ibadah
Ø junjung perintahNya
Ø hindari laranganNya
Ø redha atas segala ketentuanNya
Ø sabar atas ujianNya
Sikap yang perlu diperbaiki :
Ø tunaikan amanah yang diberikan
Ø berpegang pada janji
Ø seorang yang pemurah dan ringan tulang untuk membantu
Ø lemparkan senyuman
Ø tidak mudah kecil hati
Ø tegas bertempat
Ø bijak analisis suasana
Ø cepat menangkap sesuatu perkara (concerne)
Seorang anak :
Ø Taat dengan suruhan dan permintaan
Ø Pemberian bulanan
Ø Doakan kebaikan mereka
Ø Berusaha tidak mengecilkan hati mereka
Seorang suami :
Ø Tunaikan hak-hak isteri (nafkah zahir batin, makanan, pakaian, rumah& kereta)
Ø Berusaha mendidik dan membimbingnya
Ø Menunjukkan contoh yang baik
Ø Memberikan nasihat dan teguran secara berhikmah
Seorang ayah :
Ø Tunaikan hak-hak anak
Ø Menunjukkan contoh yang baik
Ø Berusaha mentarbiahnya sebaik mungkin
Ø Berhikmah dalam menegur dan memberikan nasihat
Ø Memanfaatkan segala kelebihannya
Ø Memperbaiki segala kelemahannya
Seorang pemegang jawatan dalam pekerjaan :
Ø menunaikan amanah yang diberikan
Ø tidak culas dengan bidang tugas yang diberikan
Ø menyatakan kebenaran pada tempatnya
Ø tidak bersetuju dengan penyelewengan atau kemungkaran yang berlaku
Ø menjadi ketua yang bertanggungawab dengan setiap keputusan yang diambil, kebajikan anak buah diambil berat dan perancang serta pelaksana yang baik
Seorang ahli gerakan Islam :
Ø sanggup berkorban masa, tenaga, harta bahkan nyawa demi agama
Ø tidak culas dengan amanah yang diberikan
Ø tidak memberikan alasan yang remeh jika tidak hadir program
Ø bersedia terima teguran dan nasihat
Ø bersedia menjadi pembangkit semangat kepada sahabat-sahabat lain
Ø sedia berkongsi pengalaman yang sedia ada
Ø perancang dan pelaksana yang baik
Ø bijak menganalisis suasana (berani bertempat dan takut jangan sampai tak buat kerja langsung)
Seorang jiran dan anggota masyarakat :
Ø berusaha menjadi seorang yang mesra dan bergaul dengan mereka
Ø berjamaah di masjid
Ø menyampaikan kuliah di masjid
Ø terlibat dengan program yang dianjurkan masjid
Ø menziarahi rumah jiran dan taulan
Ø membantu mereka jika dalam keadaan kesusahan
Jadual Harian Kita(Yang ideal) :
4.00 pagi > Bangun dari tidur dan solat tahajjud
5.00 pagi > Solat Subuh berjamaah di masjid
5.30 pagi > al-Ma’thurat dan baca al-Qur’an
6.00 pagi > Qailulah pagi
6.40 pagi > Bersedia ke pejabat
7.00 pagi > Bertolak ke pejabat (Baca surah al-Waqi’ah on the way)
8.00 pagi > Refresh gerak kerja terkini (white board dan buku catatan)
8.15 pagi > Solat sunat Dhuha
8.30 pagi > Baca suratkhabar
9.00 pagi > Laksana bidang tugas
10.30 pg > Sarapan pagi (Isnin dan Khamis puasa sunat)
11.15 pg > Laksana bidang tugas
12.30 tgh > Solat Zohor berjamaah
1.00 ptg > Baca al-Qur’an
1.20 ptg > Makan tengahari (jika perlu) atau Qailulah
2.00 ptg > Laksana bidang tugas
3.40 ptg > Solat Asar berjamaah
4.00 ptg > Baca al-Qur’an
4.20 ptg > Baca Tafsir
5.00 ptg > Balik ke rumah atau Riadah
5.30 ptg > Rehat
6.15 ptg > Mandi dan khidmat diri
6.30 ptg > Solat Maghrib berjamaah
6.50 ptg > Baca al-Qur’an dan Surah al-Mulk
7.40 mlm > Solat Isya’ berjamaah
8.00 mlm > Balik rumah (bersama keluarga) atau meeting atau usrah
10.30 mlm > Tidur (jika tiada meeting atau usrah)
12.00 mlm > Tidur (jika ada meeting atau usrah)
1/3 dari 24 jam = 8 jam untuk keluarga
1/3 dari 24 jam = 8 jam untuk pekerjaan
1/3 dari 24 jam = 8 jam untuk masyarakat
5 jam untuk ibadah khusus (Qiyam, tilawah, solat, doa dan zikir)
6.15 ptg > Mandi dan khidmat diri
6.30 ptg > Solat Maghrib berjamaah
6.50 ptg > Baca al-Qur’an dan Surah al-Mulk
7.40 mlm > Solat Isya’ berjamaah
8.00 mlm > Balik rumah (bersama keluarga) atau meeting atau usrah
10.30 mlm > Tidur (jika tiada meeting atau usrah)
12.00 mlm > Tidur (jika ada meeting atau usrah)
1/3 dari 24 jam = 8 jam untuk keluarga
1/3 dari 24 jam = 8 jam untuk pekerjaan
1/3 dari 24 jam = 8 jam untuk masyarakat
5 jam untuk ibadah khusus (Qiyam, tilawah, solat, doa dan zikir)
2 November 2007, 21 Syawal 1428,
11.06 pagi, Malaysia Timur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan