Duch atau nama sebenarnya, Kaing Guek Eax kelihatan bersahaja ketika dibawa masuk ke mahkamah yang padat hari ini untuk diadakan praperbicaraan dalam menentukan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan bermula pada 2008.
Duch, 66, yang didakwa melakukan jenayah kemanusiaan, telah berdiri di kandang saksi dengan memakai baju polo putih selepas dipanggil bagi menyatakan namanya.
Seorang hakim perbicaraan kemudian membaca pertuduhan daripada fail kes: “Di bawah kuasanya, pencabulan yang tidak terkira banyak telah dilakukan termasuk pembunuhan besar-besaran, penahanan tidak sah dan penyeksaan.”
Beratus-ratus wartawan, pemerhati antarabangsa dan rakyat Kemboja berkumpul di perkarangan bangunan tribunal tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terletak di pinggir Phnom Penh bagi menyaksikan sesi mahkamah ini, selepas tiga dekad rejim Khmer Rouge runtuh.
“Ini amat bersejarah,” kata Sin Khor, 58, yang suami dan dua abangnya telah mati dibunuh semasa pemerintahan Khmer Rouge.
Katanya, seorang daripada abangnya ditembak ala pembunuhan.
“Tiga puluh tahun sudah berlalu tetapi kejadian itu terus hidup,” ujarnya.
Dua lori satelit milik stesen televisyen Kemboja turut diletakkan di luar bangunan mahkamah bagi membolehkan siaran langsung diadakan di seluruh negara.
Sepanjang pemerintahan rejim Khmer Rouge dari 1975-1979 lebih 1.7 juta penduduk Kemboja mati akibat kebuluran, penyakit, kerja berlebihan, pembunuhan dan penderaan.
IPOH 20 Nov. – Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima tuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan wang tunai RM5,200 dalam tiga kes berasingan antara Ogos dan September lalu.
Difahamkan beliau adalah hakim mahkamah syariah pertama di negara ini yang didakwa atas pertuduhan rasuah.
Dalam kesemua tuduhan yang dihadapi, Hassan Basri, 53, didakwa meminta dan menerima suapan daripada individu yang sama iaitu Mohamad Imran Abdullah yang bertindak sebagai orang tengah bagi ‘menyelesaikan’ satu kes melibatkan seorang pengusaha pusat hiburan dan dua kes poligami.
Bagaimanapun, Hassan Basri yang kelihatan tenang sepanjang prosiding itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng kemudiannya membenarkan Hassan Basri diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Perbicaraan ditetapkan selama dua hari pada 31 Mac tahun depan.
Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Nordin Hassan dan Mohamad Sinti manakala peguam bela, S. Theivanthiran dan T. Shan mewakili Hassan Basri.
Mengikut tuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta rasuah sebanyak RM3,000 daripada Mohamad Imran sebagai dorongan untuk melepaskan wang ikat jamin kepada seorang pengusaha pusat hiburan, Yoong Hor Kit yang terlibat dengan lima kes jenayah syariah.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Restoran Wawa, Tambun pada pukul 8.15 malam, 15 Ogos lalu.
Bagi tuduhan itu, dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan seterusnya, dia didakwa menerima wang tunai sebanyak RM3,000 bagi melepaskan jaminan kepada Hor Kit dalam sebuah kenderaan di tempat letak kereta di Taman DR. Seenivasagam di sini pada 6 September lalu.
Hassan Basri didakwa mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama bagi tuduhan tersebut.
Tuduhan ketiga pula, Hassan Basri didakwa meminta suapan sebanyak RM1,100 sebagai dorongan membantu Mohamad Asri A. Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.
Seterusnya, Hassan Basri dituduh bersetuju menerima suapan wang tunai sebanyak RM1,100 bagi membenarkan Mohamad Asri berkahwin dengan Nor Farihan.
Beliau juga menghadapi tuduhan kelima kerana didakwa bersetuju menerima suapan wang tunai RM1,100 sebagai dorongan untuk mengeluarkan
Terdahulu, Nordin memohon mahkamah menahan pasport tertuduh kerana pihaknya menerima maklumat tertuduh sering melakukan perjalanan ke
Mahkamah juga diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.
SINGAPURA 20 Nov. – Pemimpin-pemimpin anggota ASEAN hari ini menandatangani Piagam ASEAN yang memberikan kumpulan berusia 40 tahun itu satu landasan perundangan dan menjadi sebuah pertubuhan serantau yang lebih efektif dan kohesif.
Mereka termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menurunkan tandatangan pada dokumen setebal 40 muka surat itu di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 di sini.
Kesepakatan untuk mewujudkan piagam itu adalah satu sejarah bagi perkumpulan 10 negara tersebut.
Piagam itu menggariskan prinsip-prinsip pegangan ASEAN, selain bagi menubuhkan sebuah badan hak asasi manusia, mengukuhkan Sekretariat ASEAN di Jakarta serta menetapkan kriteria kemasukan anggota baru dan bagi menyelesaikan pertikaian.
Menerusi piagam itu juga, ASEAN buat pertama kali menggariskan landasan untuk memberi perlindungan kepada alam sekitar dan mewujudkan blok ekonomi bebas di rantau itu.
Abdullah semasa mengulas mengenai piagam itu pada sidang akhbarnya, melahirkan keyakinan kesepakatan kesemua negara anggota untuk menandatangani Piagam ASEAN akan menjadikan wilayah tersebut sebagai sebuah rantau yang berkembang pesat dan lebih dinamik.
Menurut Perdana Menteri, pemeteraian tandatangan pada piagam itu sebenarnya adalah satu detik sejarah kepada ASEAN bagi merintis langkah ke hadapan yang lebih besar dan gemilang.
Dengan adanya piagam ini, jelas beliau, hubungan antara negara ASEAN akan menjadi lebih erat dan pelaksanaan apa juga program mampu dilakukan dengan lebih berkesan, terutamanya membabitkan soal penguatkuasaan peraturan secara terperinci.
Ulasan : Walaupun ASEAN sudah hampir 40 tahun, masih banyak isu yang tidak diselesaikan dengan baik. Antaranya perjuangan menegakkan demokrasi di Myanmar, ancaman kekuatan ketenteraan Singapura dan ancaman jerebu oleh Indonesia. Malaysia juga tidak ketinggalan kadangkala dipertikai dari sudut kebebasan hak asasi seperti himpunan BERSIH baru-baru ini. Diharap agar segala isu yang berlaku dapat ditangani sebaik mungkin. Jangan hanya menunjukkan jaguh di luar sedangkan pengamalan di tempat sendiri tiada bezanya.Menurut Khazanah, keputusan itu dibuat selepas kerajaan membenarkan Proton beroperasi secara bersendirian berikutan perkembangan positif dalam syarikat kereta nasional itu dari segi jualan domestik dan eksport.
Khazanah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, kerajaan berpendapat pengurusan Proton perlu dibenarkan untuk meneruskan rancangannya bagi mengukuhkan syarikat kereta tersebut.
Isu berhubung pakatan strategik hanya akan dipertimbangkan pada masa depan, sekiranya perlu, tambah kenyataan itu.
Kerajaan dan Khazanah merakamkan penghargaan kepada Volkswagen dan GM atas komitmen dan sikap profesional mereka sepanjang rundingan itu diadakan, kata syarikat pelaburan kerajaan itu dalam kenyataan tiga perenggannya bagi mengulas keputusan kerajaan tersebut.
Ulasan : Diharap Proton akan terus berdaya saing, meningkatkan kualiti pembuatan dan pengenalan model baru yang mampu menawan rakyat Malaysia untuk kembali melonjakkan Proton sebagai pengeluar utama segmen kereta nasional yang kini didahului oleh Perodua.
PUTRAJAYA 20 Nov. – Senarai ahli yang akan menganggotai Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman klip video yang dikatakan mengandungi perbualan seorang peguam terkemuka dengan seorang hakim kanan akan ditentukan pada mesyuarat Kabinet esok.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat tersebut juga akan menentukan terma-terma rujukan suruhanjaya itu.
Bagaimanapun katanya, senarai ahli yang dilantik itu tidak akan diumumkan esok.
‘‘Kita akan bincang mengenai Suruhanjaya Diraja dalam mesyuarat Kabinet esok.
‘‘Kita juga akan bincang terma-terma rujukannya dan lepas itu kita tentukan pelantikan ahli-ahli yang bakal menganggotai suruhanjaya itu,” katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-63 di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman klip video yang dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka dan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim di negara ini.
Ulasan : Sepatutnya Suruhanjaya Diraja tentang isu ini telah lama ditubuhkan. Apapun kita berharap keadilan dapat ditegakkan. Mereka yang bersalah perlu dibicarakan.
Beliau berkata, angka yang dibelanjakan itu dijangka terus meningkat berikutan semakin ramai remaja mula merokok.
Mengikut statistik Bahagian Kawalan Penyakit kementerian itu, jumlah perokok di Malaysia diramal meningkat kepada 3.8 juta orang pada tahun 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.
Menurutnya, peningkatan jumlah perokok itu menyebabkan lebih 10,000 kes kematian di kalangan perokok direkodkan setiap tahun.
‘‘Mereka yang meninggal dunia menyebabkan keluarga kehilangan punca pendapatan sementara yang berpenyakit kronik seperti strok akan terus melibatkan kos rawatan yang tinggi,’’ katanya.
Ulasan : Buat perokok, alangkah baik wang yang dibelanjakan itu disalurkan kepada perkara yang lebih bermanfaat. Bila merokok-duit habis, sakit pun dapat.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar berkata, ada pihak menimbulkan pelbagai isu mengenai bahasa Melayu yang dianggap seperti tidak mempunyai peranan dalam pembangunan dan kemajuan negara.
Menurutnya, antara yang dipersoalkan ialah peranan DBP yang menunjukkan mereka tidak meyakini bahawa bangsa Melayu merupakan umat yang tersebar luas ke merata dunia.
“Malah terdapat kumpulan pemikir pendidikan, 99 peratus ahli-ahlinya tidak mempunyai kecintaan terhadap bahasa Melayu.
“Tetapi akhirnya mereka menyedari, malah tidak seorang pun yang setuju mengenai bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana ia sepatutnya diajar dalam bahasa ibunda,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kualiti DBP 2007 kali ke-16 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP di sini hari ini.
Ulasan : Bahasa Melayu tidak akan menjadi unggul jika ia terus dipandang sepi oleh semua kelompok masyarakat baik pemimpin mahupun rakyat. Identiti Bahasa Melayu akan terus terhakis jika DBP tidak menggiatkan kempen memperkasa Bahasa Melayu.
INGAPURA 20 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sebagai ketua kerajaan di
Sebuhungan itu, kata Perdana Menteri, adalah menjadi hasratnya untuk memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi sebuah badan yang adil dan demokratik serta membolehkan rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih keluar mengundi.
‘‘Sebagai ketua kerajaan dan parti yang menang dan dikehendaki oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan, tentu sekali kami mahu kemenangan kami itu sebagai kemenangan yang berwibawa dan datang daripada kehendak rakyat yang mengundi dalam pilihan raya.
‘‘Bagaimanapun kalau mereka (pemilih) tidak mahu mengundi, apa yang kita boleh buat, inilah suruhanjaya yang telah sekian lama mengendalikan pilihan raya di negara kita,” katanya pada sidang akhbar di akhir Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang menyebut Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.
Ulasan : SPR telah terbukti banyak melakukan perkara yang dipertikaikan dalam konteks amalan demokrasi. Hujah yang angkuh oleh Pengerusi SPR sepatutnya diteliti oleh PM agar tindakan yang telus dibuktikan dengan tidak menyambung kontraknya yang akan berakhir 31 Disember ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan