Sabtu, 17 November 2007

Macam-macam Ragam 2


Bangunan guna enam ribu tan keluli dan material telus cahaya jadi mercu tanda baru di Putrajaya

BERKONSEPKAN seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.

Indahnya binaan dari keluli itu mungkin masih belum dapat dilihat dengan mata kasar namun keunikan masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.

Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun depan. Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Perbadanan Putrajaya, Ir Mohd Ridzwan K Othman, berkata cetusan idea untuk membina sebuah masjid baru di Putrajaya wujud sekian lama dulu. Malah, dalam Pelan Induk Putrajaya yang diluluskan kerajaan, ada diperuntukkan dua kawasan untuk dibina masjid di Putrajaya.

“Hasrat perbadanan adalah menyediakan tempat beribadat yang selesa bagi umat Islam sekali gus menampung keperluan kakitangan kerajaan dan juga penduduk setempat iaitu dari sekitar pusat bandar atau core island di Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18.

Ulasan : Masjid yang indah dan mahal seakan-akan tidak bermakna jika sepi dari jemaah. Oleh itu diharapkan, jangan sekadar berbangga dengan kehebatan design masjid semata-mata, jika ianya tidak diimarahkan oleh penduduk setempat dan sekadar menjadi pusat pelancong melawat semata-mata. Nabi saw bersabda " Akan tiba suatu zaman di kalangan umatku(akhir zaman), tidak akan kekal keIslamannya kecuali hanya pada nama(tiada penghayatan Islam dalam kehidupan seharian), tidak akan kekal al-Qur'an kecuali hanya pada rasmnya(tulisan tanpa diambil panduan dari al-Qur'an) dan masjid mereka besar dan hebat tetapi kosong dari petunjuk Allah swt. Wal 'iay zubillahi min zalik!




KUALA LUMPUR 16 Nov. – Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman klip video yang dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka dan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penubuhan suruhanjaya itu difikirkan wajar berdasarkan laporan panel khas bebas yang menyiasat kesahihan klip video itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pada waktu ini kerajaan cuma hendak menetapkan bidang tugas suruhanjaya tersebut.

Mengenai bilangan keanggotaan suruhanjaya tersebut, Abdullah berkata: ‘‘Biarlah Kabinet putuskan.’’

Ditanya adakah kerajaan terdesak menubuhkan Suruhanjaya Diraja itu atas gesaan pihak tertentu, Abdullah menjelaskan: ‘‘Dahulu kita kata kita tunggu laporan (panel khas) itu dulu.

‘‘Setelah laporan dikeluarkan, berasaskan laporan itu kita lihat ada kewajaran untuk Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.’’

Panel khas bebas yang ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan klip video itu pada 25 September lalu dianggotai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd. Noor; aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar.

Ulasan : Alhamdulillah akhirnya harapan dari pihak yang teramai direalisasikan. Semoga dengan penubuhan suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video VK Lingam ini akan membongkar perkara sebenar, yang ternyata sedikit sebanyak telah mencalarkan imej badan kehakiman negara.


BEIJING 16 Nov. - Tokoh bahasa, Prof Dr Awang Sariyan, dilantik sebagai pemegang pertama Kursi Melayu di Universiti Pengajian Asing Beijing (BSFU) mulai tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed yang kini berada di China mengesahkan pelantikan itu ketika melawat BSFU semalam.

Dr Awang ketika dihubungi di Kuala Lumpur melahirkan rasa bangga dengan pelantikan itu dan dengan menyifatkan ia sebagai satu pengiktirafan kepada bangsa Melayu.

“Saya bangga dan terharu dengan pengiktirafan ini, di mana ia juga menunjukkan berlakunya satu pengangkatan darjat maruah dan tamadun Melayu,” katanya.

Beliau berkata, penubuhan Kursi Melayu di China itu merupakan satu agenda penting bukan sahaja melibatkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara malahan menarik minat orang asing terhadap ilmu kebudayaan dan tamadun Melayu.


Ulasan : Tahniah buat Prof Dr Awang Sariyan. Saya pernah berjumpa dengan beliau, dan ternyata beliau seorang yang telus dalam menyampaikan pendiriannya terutama yang melibatkan isu kedaulatan Bahasa Melayu. Beliau pernah berpesan kepada saya agar terus istiqamah menyebarkan dakwah walau pun di mana saya berada. Insya allah Prof, akan saya cuba sedaya upaya menyampaikan dakwah berdasarkan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada di Bumi Kenyalang ini.

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong satu perhimpunan haram di sini Sabtu lepas.

Tuanku Mizan bertitah sebagai Ketua Utama Negara, baginda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa prinsip sistem pentadbiran negara berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati dan dipatuhi semua.

Baginda berharap agar rakyat Malaysia sentiasa bertindak dengan mematuhi undang-undang negara dan tidak melibatkan diri dalam apa-apa juga kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang negara.

“Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara,” titah baginda.

Seri Paduka Baginda juga berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu-padu dan dihormati.

Ulasan : Kami rakyat menjunjung ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong dalam usaha menjunjung keadilan dan kebenaran di bumi tercinta. Timbul beberapa persoalan, mengapa kenyataan ini dikeluarkan selepas seminggu himpunan BERSIH diadakan dan pihak Istana menerima memorandum pada hari tersebut? Jangan pula ada pihak tertentu, yang cuba mengheret Baginda agar tunduk kepada sistem pilihanraya yang ternyata masih ada kepincangan dan ketidakadilan.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude