Khamis, 15 November 2007

Kerja Sebagai Satu Ibadah



Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan hamba kepada Allah. Ibadah memberikan kesan yang mendalam di dalam perhubungan sesama manusia dengan Allah dan makhluk yang lain. Menurut pandangan ulama’, ibadah merupakan setiap seuatu yang disukai dan diredhai oleh Allah.

Ia meliputi ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah khusus yang terdapat di dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lain yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Ilahi dan dalam mengamalkan syariatNya adalah termasuk dalam pengertian ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah, Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi ibadah dan taat kepada Allah SWT seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mebgabdikan diri kepadaKu. (Surah al-Dzariyyat: 51)

Tuntutan Penting Dalam Melakukan Ibadah

1. Mesti memastikan ibadah saya mempunyai hubungan dengan Allah. Ia merujuk kepada martabat ihsan dalam ibadah sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya,jika engkau tidak melihatnya(sekalipun)sebenarnya ia melihat engkau (Muttafaq ‘Alaih)

2. Mesti melakukan ibadah dengan penuh khusyuk sehingga dapat merasai kelazatan serta kemanisan, malah mendatangkan kekuatan pada saya untuk berterusan mengerjakannya.

3. Mesti beribadah dalam keadaan hati saya merasai kehadiran Allah dan pengawasan Allah yang berterusan setiap masa.

Kerja Sebagai Satu Ibadah

Setiap pekerjaan(yang pada lahirnya tidak dilarang oleh Allah), tidak akan menjadi baik melainkan apabila amal itu terbit daripada niatnya yang baik, bersih dan tulus kerana Allah. Ia tidak mencari sesuatu daripada amalan itu melainkan redha Allah semata-mata.


Tuntutan Penting Dalam Menjadikan Kerja Sebagai Ibadah

1. Niat Ikhlas Kerana Allah

Ia akan mengangkat manusia kepada kemuncak ketinggian dan kemuliaan insan. Ikhlas juga akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan, membawa kedamaian dan kesejahteraan serta terhindar dari sifat riya’ demi mengharapkan redha Allah.

2. al-Sidq (Benar)

Ia akan menjamin dalam mengembalikan hak-hak kepada yang berhak, memperkukuh ikatan antara masyarakat tidak kira seorang alim, pemimpin, hakim, saudagar, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Menurut Imam al-Ghazali ada beberapa jenis sifat sidq. Di antaranya ialah :

Ø Benar pada lidah – menyampaikan suatu kenyataan atau berita menepati apa yang sebenarnya

Ø Benar pada niat – membuat sesuatu amal kebajikan kerana Allah

Ø Benar pada azam – Membulatkan tekad melakukan kebajikan seperti yang telah diazam

Ø Benar pada janji dan benar pada amal – Berusaha bersungguh-sunnguh supaya amalan lahirnya menepati dengan apa yang tersembunyi dalam dirinya.

3. Amanah

Orang yang amanah akan mendapat kepercayaan orang ramai sebaliknya orang khianat menjadi tumpuan kemarahan dan kehinaan Ia merupakan asas kepada ketahanan umat, kestabilan negara, dan roh kepada keadilan.

4. Fatanah (Bijaksana)

Bijaksana dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan menghindari perkara- perkara yang boleh mendatangkan ketidakpuashatian tidak bertempat, mengagihkan kerja mengikut keupayaan seseorang, menyampaikan arahan serta memelihara aib saudara seIslamnya yang lain.

Kesimpulan

Sebagai hamba Allah, amat penting untuk kita menyedari untuk memastikan segala pekerjaan yang kita lakukan tidak lain dan tidak bukan, hanya semata kerana Allah. Tidak terlintas di dalam hati untuk mengharapkan pujian, pangkat dan harta tetapi apabila dikurniakan Allah lantaran ikhlas dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, anggaplah ia merupakan kurniaan Allah yang menghargai hambaNya yang ikhlas sepanjang perjalanan hidupnya dalam menjunjung apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu info yg berguna untuk saya.

tq

naza

http://enaza.blogspot.com

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude