Rabu, 21 November 2007

Keperibadian Hakiki Ulama

Sifat atau perangai seseorang adalah hakikat dirinya sendiri. Sifat yang baik adalah lambang baiknya orang itu. Manakala sifat yang buruk membuatkan buruknya seseorang itu pada pandangan orang lain.Kadang-kadang nama dan kedudukan yang baik itu tidak bermakna lagi kalau akhlaknya buruk. Seseorang ustaz misalnya, akan dibenci orang kalau perangainya buruk.

Demikianlah bahawa nama ulama akan jadi hina kalau pemegang title itu tidak senonoh. Sebab itu untuk seseorang ulama mempertahankan kesucian namanya,sifat-sifat mereka mestilah sifat yang agung. Yakni sesuai dengan kedudukannya sebagai pewaris nabi. Sifatnya juga adalah bayangan Nabi. Yang nama Nabi kita seorang yang berakhlak agung. Ini disahkan sendiri oleh ALLAH SWT.

FirmanNya:

Sesungguhnya engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang agung.(Al-Qalam: 4 )

Untuk mengukur akhlak ulama yang haq, dipeturunkan kayu ukurnya iaitu sifat-sifat yang penting bagi Rasulullah. Di antara akhlak-akhlak yang agung yang ada pada peribadi nabi kita ialah:

Sangat berani dalam mempertahankan agama ALLAH.

  1. Tidak pernah rehat dalam perjuangan fisabilillah.
  2. Sangat pemurah dan berkorban habis-habisan di jalan ALLAH.
  3. Ibadahnya sembahyangnya terlalu banyak, sampai bengkak-bengkak kakinya.
  4. Pengasih penyayang pada semua mukmin sangat terserlah.
  5. Sangat merendah diri sekalipun pada serendah-serendah manusia.
  6. Terlalu inginkan keselamatan bagi umatnya dan sangat susahkan kesusahan umatnya.
  7. Terlalu sabar dan berlapang dada dengan ragam manusia.
  8. Sangat memaafkan dan suka meminta maaf.
  9. Bersopan santun, lemah lembut dan sangat pemalu.
  10. Hidupnya begitu zuhud sekali, wafat tidak meningalkan apa-apa harta. Akhlaknya denagn ALLAH tiada tandingannya. Keyakinannya, cintanya, takutnya, syukurnya, sabarnya, redhanya, tawakalnya, rindunya dan segala-galanya terlalu agung dan penuh kehambaan.

Itulah sifat Rasulullah. Akhlaknya yang terlalu agung hingga dengan akhlak itulah baginda berjaya menawan hati manusia untuk tunduk pada ALLAH. Sebab itu pada pewaris baginda tentunya akhlak yang agung juga yakni bayangan akhlak Rasulullah. Barulah ulama akan dapat menawan hati manusia. Supaya manusia itu dapat diajak sama-sama melaksnakan kerja ALLAH. Tanpa akhlak mulia manusia akan benci dan mereka tidak pandang ilmu yang tinggi. Waktu itupun kalaupun ada orang yang dengar cakap kita, tapi meraka tidak akan taat.Memang tidak munkin kita dapat jadi betul-betul berakhlak macam akhlak Nabi, tapi usaha menirunya amat penting sekali.

Diantara akhlak yang patut dimiliki oleh ulama kalaupun tidak dapat benar-benar meniru Rasululullah. Di antaranya ialah seperti berikut:

1. > Segalanya usahanya diniatkan kerana ALLAh. Dengan kata lain, hidupnya benar-benar untuk ALLAH.

2. >Hatinya begitu dekat dengan ALLAH. Jadinya dia cukup kenal ALLAH dan berakhlak sekali dengannya.

a. >Takut dengan ALLAH terutamanya kalau berbuat dosa.

b. >Sering bersyukur yakni apabila terkenangkan nikmat –nikmat ALLAH yang dilimpahnya

c. >Sangat merendah diri dan menghina diri dengan ALLAH. Maka selalu berselindung dengan ALLAH dari kejahatan nafsu dan dari ilmu yang tidak bermanfaat.

d. >Sabar dan redha dengan ALLAH terhadap ujian-ujian yang ditimpakan.

e. >Selalu ingin menghambakan diri dengan melakukan berbagai2 ibadah tambahan untuk ALLAH. Spert sembahyang sunat, qiyamullail, baca Quran, wirid, zikir, selawat, puasa sunat dan lain-lain lagi.

3. Ilmu yang ada itu dituntut semata-mata kerana ALLAH dengan maksud mengamalnya. Bila dia mengajar, juga kerana niat keran ALLAH. Ilmunya tidak digunakan untuk mencari kedudukan atau mendapat upah. Tidak juga untuk tunai hajat.

4. Bila bertambah ilmunya, bertambah tawadhuk dan lemah lembutnya. Dalam majlis banyak berdiam terhadap perkara-perkara yang tidak sesuai dan tidak bermanfaat. Sikap demikian membuat orang lain rindu untuk mendengar padangannya.

5. Bermuzakarah adalah untuk cari kebenaran bukannya mencari kemenangan. Atas dasar itu, dia senang hati kalau kebenaran itu dating dari orang lain dan berdukacita kalau orang lain buat silap dalam majlis itu.

6. Dengan sesama ulama digauli penuh beradab. Bila bertanya penuh khuduk. Pertanyaannnya kepada orang alim ialah tentang ALLAH. Bila terasa tarbiah dan dapat faedah yang banyak, tidak lupa berteima kasih. Yang mendukacitanya ialah kalau tidak sempat mendengar masalah itu.

7. Jika mengendali majlis ilmu, dibaili pergaulan dengan orang semajlisnya. Berlemah lembut pada yang bertanya. Yakni tidak berkasar dan tidak herdik atau tidak caci-serca. Tegasnya, tidak buatkan orang malu. Kalau orang bertanya itu suka bermujadalah dan suka menunjuk-nunjuk pandai, tinggalkan sahaja. Tidak dilayan mujadalah. Tapi tidak pula menyakiti orang yang bodoh itu.

8. Terhadap soalan2 yang dapat dijawab, dijawabnya bersandar pada AL QURAN, hadis dan ijmak ulama. Terhadap hal yang ikhtilaf, dibenarkan masing-masing berijitihad. Manakala soalan yang tidak dapat dijawab di katakan Wallahu a’lam.

9. Suka memberi ilmu kepada orang yang mahu mengamalkannya sekalipun pada fakir miskin.untuk itu dia merendakan diri pada fakir miskin dan orang soleh. Supaya ilmunya dapat di manfaatkan pada mereka. Tapi pada yang enggan tidaklah dia memaksa.

10. Jika dia sudah terkenal dan masyhur dengan izin ALLAH, hingga orang ramai sudah berhajat padanya,maka ia menerimanya dengan tawadhuk dan lemah lembut.

11. Berjalan di muka bumi dengan tenang, lemah lembut dan berwibawa. Kalau orang jahil menegurnya dengan biadab atau menfitnah atau meghina, dia tidak menjawab. Bila di marah juga tidak menjawab. Sangat mengelak mujadalah atau membina diri sekalipun sekalipun ia benar. Apa lagi kalau yang menyusahkan itu golongan ulama juga.

12. Bila membaca AL QURAN atau hadis, sangat mengambil berat untuk memahami dan mengamalkan perjalanan Rasulullah itu. Yakni sangat beradab dengan ilmu. Sangat mempertahankannya, memperjuangkan hak ALLAH dan Rasul. Sanggup berkorban dan terkorban dalam perjuagan.

13. Peribadinya indah dan suci terhias dengan akhlak mulia. Selamat dari penyakit nafsu bangga diri, hasad dengki, dendam, bersikap dungu, kasar dan keras, melaknat dan lain-lain lagi.

14. Bergaul dengan kawan2 adalah untuk membantu dalam mentaati Tuhan dan mencegah apa yang dibenci oleh tuhan. Dengan orang-orang jahat pun berakhlak baik.

15. Di antara akhlak yang baik yang lain ialah baik sangka, warak, khusyuk dan selalu menagisi persoalan akhirat.

Cukuplah sebanyak itu sifat2 ulama secara umum untuk perhatian kita. Supaya kita tahu memilih ulama yang yang hendak kita ambil didikan dan pimpinannya. Sedangkan kalau hendak didetailkan setiap gerak geri mereka , makan, minum, tidur baring, pakaian, hiburan dan pergaulan dengan kawan, dengan keluarga, orang besar, dan seluruh jadual hidup mereka, bab ini akan menjadi terlalu panjang.

Cuma perlu juga diingatkan tentang sifat2 yang tidak sepatutnya ada pada ulama. yang akan merosakan imej ulama sekali gus merosakkannya. Secara umum ia adalah kebalikan daripada sifat ulama itu. Biar saya sebut yang penting-pentingnya sahaja sebagai contoh:

1. 1) Ulama tidak mengidap penyakit gila dunia dan takut mati. Kalau sudah terkena ia akan turut menjadi mangsa keseronokan Yahudi dan nasrani. Yakni jadi sama saja dengan dengan orang awam yang berjuang untuk dunia semata-mata. Walhai tempoh hidup didunia terlalu pendek di bandingkan hidup diakhirat.

2. 2) Ulama tidak sombong dan tidak hasad dengki. Supaya orang senang dengannya dan suka mendekatinya untuk dapatkan ilmu, didikan dan nasihat yang berguna.

3. 3) Ulama tidak mengasingkan diri dari masyarakat. Mereka hidup ditengah-tengah masyarakat supaya ilmu ALLAH dapat disampaikan, disamping mendidik mereka melaksanakan ilmu itu.

4. Ulama mesti kelihatan lebih berakhlak, lebih zuhud lebih kemas dan bersih, lebih berwibawa, lebih tenang dan bahagia dari orang lain. Barulah orang yakin dan rela mengikutinya. Begitu juga dari segi indentitinya pada cara hidupnya, pergauloannya, pakaiannya, makan minumnya dan lain-lain. Barulah orang akan hormatnya dan mendengar kata-katanya. Ulama jangan inferiority complex kerana menjadi ulama, lalu cuba mengguna topeng untuk menyorok dirinya.

Demikianlah, seorang ulama itu adalah peribadi contoh yang mendapat perhatian istimewa dari masyarakat. Ulama disegani, dipatuhi dan sebagainya. Walaupun ia bukan pemimpin negara, namun kewujudannya begitu berpengaruh. Hingga pemimpin pun segan dan belajar serta meminta pandangannya dalam urusan agama. Hakikatnya ulama ialah pemerintah di balik tadbir dan pemimpin di hati rakyat. Itu lah ulama, dan bertuah sekali siapa yang dapat mencapainya

Walau bagaimanpun ulama yang mendekat sunnah Rasulullah SAW selalu tidak disenangi oleh ulama rasmi atau ulama suk kerana berpengaruh dan banyak pengikutnya. Maka dengan sebab itulah ulama rasmi atau ulama suk selalu tercabar. Mereka pun hasad dengki ulama yang mendekati sunnah Rasulullah SAW itu.

Dipetik dari Ulamak Dalam Pandangan Islam karya Abuyaku tahun 1992



Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude