Jumaat, 5 Oktober 2007

Tabung Bantuan Kilat

Sehubungan dengan kejadian ini generasidynamic.org melancarkan Tabung Bantuan Kilat : Kami bersamamu sahabat bagi membantu meringankan bebanan kewangan bagi menyambut syawal tidak lama lagi. Bagi pengetahuan sahabat-sahabat, Bro Hilmi juga tidak berapa lama lagi akan menyambut kelahiran cahaya mata pertama beliau pada minggu kedua syawal ini. Sesungguhnya bantuan sahabat banyak akan membantu.


Bantuan sabahat bolehlah disampaikan berpusat melalui akaun bendahari dynamic.

CIMB Hafeez 14400081669532 (No. tel : 0132602119)

Alternatif untuk sahabat-sahabat di pedalaman Sabah dan Sarawak dan luar negara.

BSN Rabiautul Adawiyah 12101-29-84390089-3 (No. tel : 0192823616)
Maybank Rabiatu Adawiyah 114254140731


Nota : Sms/telefon bendahari berkenaan bila akaun sudah dikreditkan.

Bantuan sahabat meringankan beban bagi yang memerlukan.

4 Sept, Bukit Jenun - Ramadhan tahun ini sememangnya meninggalkan kesan kepada sahabat gD.org, Bro Hilmi aka raudhah0n7 sekeluarga. Dalam kejadian awal pai itu 4 penyamun (dipercayai rakyat Indonesia) bersenjatakan parang telah mengejutkan beliau sekeluarga dengan memecah masuk ke rumah beliau dengan memotong jeriji keselamatan tingkap nako rumah beliau. Dalam kejadian itu semua ahli rumah sedang tidur nyenyak seperti dipukau telah diikat. Mereka yang terlibat sama dalam kejadian ini ialah anak saudara beliau dan isterinya Ustazah Fauziah. Bagaimanapun ibu beliau yang tidur di bilik bawah terselamat dan langsung tidak sedar mengenai kejadian yang berlaku.

Bro Hilmi sendiri luka kecil di leher akibat diancam oleh penyamun dan cedera di kaki kerana terjun dari tingkat atas rumah dalam kejadian itu. Bagaimanapun isteri beliau yang sarat mengandung dan anak saudara beliau tidak cedera. Sehubungan dengan itu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pendang dan soal siasat berlangsung sehingga ke petang hari yang sama. Beliau juga telah didatangi oleh wartawan akhbar harian utama yang mahu mendapatkan berita dan keterangan dari beliau dan keluarga.



Kerugian dianggarkan lebih dari RM10000. Dalam kejadian itu wang tunai RM3000, 4 buah telefon bimbit dan semua barang kemas isteri beliau lesap. Di ambang syawal ini kejadian seperti ini seolah-olah sudah jatuh ditimpa tangga.


Kepada sahabat yang bersumpah setia dengan ukhwwah Islamiyyah berikan sokongan anda kepada beliau, sekurang-kurangnya melalui sms ke nombor sementara beliau (0194782339). Adat bersahabat cubit peha kanan, peha kiri terasa. Moga beliau dan keluarga bersabar dengan kejadian ini. Hikmah ramadhan mengajar kesabaran dan baik sangka kepada illahi.


p/s : Buat yg mengenali beliau, bolehlah hulurkan bantuan. Takziah buat sahabatku.

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude