Khamis, 4 Oktober 2007

Penentuan Kemenangan di UM hari ini ! Moga pro-mahasiswa menang.


UNIVERSITI MALAYA, 4 Oktober 2007- Hari ini akan menyaksikan pertembungan penentuan di antara Aspirasi-UMNO dengan Pro Mahasiswa. Pengundian yang akan dilakukan bermula jam 9.30 pagi hingga 3.00 petang ini di Kolej Raja Dr Nazrin Shah (KK12) merupakan undi penentu antara dua pihak yang bertanding.

Universiti Malaya adalah satu-satunya universiti yang menangguhkan keputusan pilihan raya kampus berbanding IPTA yang lain. Ini adalah ekoran penangkapan tiga pengundi hantu yang ditahan semasa membuang undi di Kolej Kediaman Dr Raja Nazrin Shah. Naib Canselor menangguhkan keputusan serta melupuskan peti undi kolej berkenaan dan mengumumkan pembuangan undi pada Khamis dengan syarat tiada sebarang kempen dibenarkan.

Menurut Naib Canselor Dato’ Rafiah Salim apabila ditanya mengenai perkembangan ini, beliau menjawab insiden ini sedikit sebanyak memberikan kesan dan tamparan kepada pihak unversiti. Namun, beliau menggesa agar seluruh mahasiswa bertenang dan memberi peluang kepada beliau dan seluruh kakitangan universiti menjalankan proses pilihan raya ini dengan adil dan saksama.

Insiden ini juga telah membuka mata semua pihak bahawa Aspirasi telah memperkudakan pihak universiti dan segala kemudahan awam demi kepentingan politik sempit mereka dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, mahasiswa yang mempunyai kesedaran tinggi terus bersatu dan berusaha mengekang campur tangan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ini.


Semalam dan hingga sekarang (5.30 pagi), jentera Pro Mahasiswa mengadakan kawalan dan pemantauan ketat di segenap penjuru kolej berkenaan. Ini adalah bagi memastikan tiada pihak yang berani memperbodohkan mahasiswa dengan taktik kotor dan tidak demokratik.


Ditanya kepada jentera yang bertugas, adakah tindakan ini bersalahan dengan larangan Naib Canselor bahawa dalam tempoh sebelum pengundian dilarang sama sekali mana-mana pihak untuk berkempen.


“Larangan itu hanya terpakai kepada calon dan wakil calon yang bertanding sahaja, tetapi kami merupakan warganegara dan mahasiswa kampus adalah berhak secara mutlak untuk berkempen sehingga kebenaran tertegak di bumi UM ini!” ujar salah seorang jentera Pro Mahasiswa yang enggan namanya disiarkan.


Manakala bagi pihak Apirasi pula, pagi tadi pihak pentadbiran kolej ini telah menjalankan temuduga kepada semua penghuni kolej bagi tujuan pengekalan status penginapan di kolej itu bagi semester hadapan. Taktik ini boleh dibaca sebagai unsur kempen dan ugutan agar mahasiswa tidak mengundi Pro Mahasiswa.


Pilihan raya yang hanya tertumpu di peti undi kolej kediaman ini akan menjadi undi penentu kepada pihak yang bertanding. Jumlah pengundi di sini juga antara yang terbesar antara kolej-kolej kediaman yang lain iaitu lebih 1600 pengundi. Jentera kedua belah pihak kelihatan tegang menjelang pembuangan undi sebentar lagi.


Dengan ini, harapan adalah terletak ditangan pengundi. Setakat maklumat tidak rasmi, Pro Mahasiswa mendahului undi popular di kampus tertua negara ini. Oleh itu, undi di kolej kediaman ini adalah undi penentu sama ada untuk kekal di bawah politik bodoh Aspirasi atau memilih kepimpinan baru di kalangan Pro Mahasiswa memimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa kali ini. Sama-sama kita menunggu keputusannya yang dijangka akan diumumkan sebelum berbuka puasa petang nanti.

Ihsan http://hisommudin.wordpress.com. Sila rujuk laman web sahabat saya untuk gambaran perjalanan keseluruhan PRK 2007 kali ini. Lengkap dengan gambar-gambar menarik dan maklumat yang tidak disiarkan di akhbar utama!

Tiada ulasan:

Site Meter

Web Counter

Diskusi Santai


Ukhuwwah.Com

Bacalah dengan mata hati

Pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a: Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 belas tandanya : 1) Benar-benar kenali Allah 2)Benar-benar jaga perintah Allah 3)Berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah saw 4)Selalu berwudhu' 5)Redha menerima qadha dan qadar Allah 6)Yakin dengan janji Allah 7)Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk 8)Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan 9)Rajin dalam beribadah 10)Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah 11)Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda 12)Sedar syaitan musuh utama

Globetrackr

Histats.com

Mengenai Saya

Your attitude determine your altitude